Ah, lelaki. Semua sama aje. Aku dah naik muak, mual, nak termuntah, nak terberak, tercirit semua ada dengan perangai manusia2 yang bergelar lelaki. Entahlah. Aku tak boleh hentikan hati aku ni daripada terus membenci kaum Adam itu. Mungkin kerana kaum lelaki ni telah banyak menyusahkan serta menghancurkan hidup aku. Sial la. (Abang Long Dil yang cakap)
(flashback ke zaman dolu2)
"Ape ni Pak Long? Ape yang Pak Long cuba lakukan ni??" Aku tersentak apabila terlihat Pak Long sedang memeluk ibuku ketika aku pulang dari sekolah. Ibu pula meronta2 sedaya upaya untuk melepaskan diri. Celaka punya orang tua. Berani dia mengambil kesempatan terhadap ibu aku yang ketika itu sedang memberi makan Tompok, kucing aku. Demm you jantan keparat! Tapi dengan kadar segera, Pak Long aku terus memblahkan diri apabila terpandangkan aku yang comel tercegat di depan pintu.
Peristiwa tersebut telah lama berlaku, iaitu ketika aku masih bersekolah rendah. Ketika itu, hampir setiap hari Pak Long datang ke rumah aku untuk mengorat ibuku yang ketika itu telah kematian suami dua tahun yang lalu. Semakin hari, semakin menyampah dengan perangai beliau. Hingga aku menyimpan dendam kesumat terhadap lelaki jongos itu. Kalau boleh, ketika itu juga aku ingin merobek jantungnya hingga mampus. Tetapi apakan daya. Ketika itu aku hanya seorang budak hingusan yang masih lagi mengusung anak patung ke hulu ke hilir.
Anak2 Pak Long yang lelaki juga memiliki perangai yang lebih kurang serupa dengan bapaknya. Bapak rintik, anak borek. Eh, bapak borek, anak rintik. Aku yang merupakan satu-satunya anak perempuan mak aku selalu menjadi mangsa mainan perasaan oleh anak2 Pak Long. Ada juga yang cuba untuk mencabuli kehormatan aku walaupun hingus aku masih belum kering. Tapi belum tercabul lagi sehingga sekarang kerana setiap kali aksi itu ingin dilakukan, aku secara otomatiknya akan bertukar menjadi hulkhogen kaler pink.
Bersambung...
P/S: Ini cerita ar..hanya rekaan semata-mata ok. Takda kena-mengena dengan hidup dan mati aku atau sesiapa sahaja.
1 comment:
huhuhu.....
aku masa kecik2 pun kena gangguan...
aku pun pernah ada rasa benci sangat kat lelaki..
Tapi, alhamdulillah, skang dh ok dh sikit..
Post a Comment