Sunday, November 20, 2011

Ujang

Ujang. Ala.. Majalah Ujang tu.. Yang katun2 lawak antarabangsa, lawak antarabenua, lawak antaradunia...antaralogik, antarataklogik, macam2 lawak la. Time kecik2 dulu aku selalu beli Majalah Ujang ni pakai duit mak aku. Memang la, time kecik2 mana ada duit sendiri lagi. Kecik2 dulu aku suka baca buku tau. Bagos kan aku. Tapi buku yang tak berpekdah la banyak. Hahah. Majalah Ujang la yang aku selalu baca. Sebab banyak lawak2 bodo yang aku bleh jadikan idea ntok perbodohkan kenakan orang. Eh, tak..tak..Majalah Gila-Gila ngan Apo pun aku selalu baca jugak. Selalu paksa mak aku beli. Haih. 


*Erk! (Tetiba tersedar) Apa kejadah aku cerita pasal ni semua? Err.. Blank jap.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ni apa kena mengena plak ni??Err..kompius!

Plink! (Baru teringat) Sekarang pun aku ada baca Ujang. Tapi bukan Majalah. Baca blog Ujang. Bukan blog katun2, tapi blog macam blog manusia normal yang lain. Gambar kat atas, yang lelaki bukan pompuan tu, Encik Ujang la. Takkan Lisa pulak Ujang. Poyo ja Encik Ujang ni suka amik pic ngn retis. Hukhuk! Nama owner blog tuh Azfar Roslan. Tapi beliau suruh panggil diri beliau Ujang. Best jugak blog beliau. Kadang aku bleh cari idea ntok berlucah bercerita ngan member2 bila baca entri2 beliau. Huhuh. Takyah cerita lebih2 pasal mamat ni. Kang kembang sana sini. Payah. Cukup la YanaMB yg kembang. Ye dok. Hihihi...
(YanaMB tuh wife Ujang. Takkan wife aku pulak kan.Impossible!)




P/S: Sebenarnya first time tengok muka Encik Ujang ni rasa macam familiar. Err..pernah jadi jiran ke? Kalau Encik Ujang baca ni, maap ye.. Gurau2 jek. 

Sunday, November 13, 2011

"Together We Will Make A Different"

Tanggal 8 November 2011, maka bermulalah sesi presentation kitorang. Lebih kurang cam final project la. Fuh, rasa macam hilang satu beban. Yela dok bersengkang mata, bergaduh, bertumbuk, semata2 nk buat preparation ntok presentation nih. Serius wa cakap lu. Kitorang nak kena siapkan montaj lagi. Pergh. Takdop idea beb. Maklumlah, grup aku semua cik kak. Takdop cik abang. So, susah la sikit. Tuhan je la yang tau macam mana perasaan aku time tuh. Ok takpe lah. Benda dah lepas. Presentation ni pun Alhamdulillah berjalan lancar. Walaupun tak seberapa, aku still berbangga. I dont know why. Maybe we had put a lot of effort on it. Ni ada la aku tepek sikit2 gambar ngn video time presentation tuh. 




Ni kitorang punye montaj. Katun2 tu yg macam aku lukis kat entri sebelum ni. Aku rasa macam buruk jak montaj ni sebab kebanyakkan grup2 lain montaj hebat2. Tapi takpa lah, bukan competition pun. Just a part of our esaimen jek. Heheh. 










Yang baju biru tu grup 1 lagi. Tapi semua tu budak2 kelas aku la jugak. Ada dua orang jak hero dalam kelas aku. Heheh. Nice kan we ols. Hahah.

Tajuk entri ni merupakan tag line untok company bagi projek kitorang.
"Together We Will Make A Different"
(memang batch ni different pun)

FAKta pasal BATCH HND aku kat KPMB

1. Batch aku batch fisrt yg ada presentation mcm ni. Sebelum ni mana ada.
2. Batch aku yg tetiba terpaksa tukar nama kos daripada HND in Business Information Technology kepada HND in Software Development. So, silibus smua terpaksa tukar secara drastik dan terpaksa diiktiraf balik oleh MQA or LAN. Nak copy saimen senior memang tak dapat la kan. Eh kantoi selalu copy saimen. 
3. Start batch aku dah tak belajar bahasa asing. Batch sebelum ni diorang ada belajar bahasa mandarin. Pastuh mai tang junior, bahasa asing ada balik. Wat da hal!
4. Batch aku batch HND yg paling ramai. Ada 4 kelas. Batch yang lain just ada 1 kelas ja.
5. Batch ni banyak puak. Sampai sekarang ada lagi budak2 yang 1 batch, 1 kos ngan aku yg aku tak kenal walaupun KPMB ni kecik jak. Kalau UITM kot la, besor. Aku rasa stadium besaq lagi kot drpda kolej aku. Huhuh. Takpa, kecik2 cili padi. 
6. Start batch kitorang la LI (praktikal) dah takda ntok kos HND SD ni.

Setakat ni tu je la kot yang aku tau. Unik kan batch aku. 

P/S: Sikit lagi nak habeh da kat KPMB nih. InsyaAllah. I will mish u ols! 
HND tu apa? Err.. cari sendiri. Malas nak explen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...