Saturday, December 31, 2011

Da real WRONG TURN

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..




Ha, pernah tengok Wrong Turn? Kalau tak pernah, takyah la tengok. Haha. Cerita tu lebey kurang cam cerita zombi la kot. Manusia tuh termakan toksid apa tah, terus jadi makhluk huduh tak hengat. Kalau tak silap aku la. Huhu. Menatang tuh suka bunuh orang secara kejam. Macam bunuh binatang. Pastuh masak gulai, makan. Haish, pening kepala tengok. Dia ada sampai part 4. Ala, macam Final Destination, Saw, dan yang seantero kengerian dengannya la. Yang part 1 aku tak tengok lagi. 

Yang sekarang nih aku nak cerita pasal real Wrong Turn. Cam cerita betol. Tapi aku pun tak sure. Hehe. Tapi ni bukan manusia berubah jadi makhluk huduh, tapi memang manusia yang sihat tubuh badan yang mempunyai tabiat huduh. Diorang nih kejam tahap apa tah. Macam kanibal la. Aku kata real Wrong Turn sebab wrong turn la. Salah pusing. Ala cam silap jalan la. Silap besar kalau lalu kat kawasan diorang. Diorang ni dok kat kawasan terpencil kat China. Kalau orang luar yang lalu kat kawasan tu, pastu tumpang tidur kat kampung tuh, kompem jadi mangsa. Especially pompuan. 



Ni sebahagian gambar mangsa2 diorang. Tak sanggup aku nak letak pic yang lain. Ni aku ambik kat blog TAO TAU AJE. Kalau nak tengok pic2 yang lebih ekstrem, usha la blog beliau. KLIK SINI. Boleh dapat banyak info pasal ni. Ngeri siot. Wallahualam.


P/S: Aku memang suka layan cerita ngeri sambil tutup mata sikit2.

Friday, December 30, 2011

Cerpen: Anugerah [Part 6]




Akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan. Sebentar lagi Aisya akan berkahwin dengan orang yang tak dikenalinya. Bercakap dan berjumpa pun tak pernah.
“Aduh..kenapa la hidup aku macam ni” Aisya merungut sendirian.
“Hai..kenapa dengan Aisya ni? Pakai cantik-cantik macam ni tapi muka masam je.” Asmah menyedari keadaan anaknya pada pagi itu sehingga saat untuk dinikahkan. Asmah tahu, bukan senang bagi Aisya untuk menempuh hidup yang seterusnya dengan keadaan begitu.
“Eh, mak. Bila mak ada kat sini?”
“Dah lama mak perhatikan Aisya. Kenapa ni? Aisya menyesal ke?”
“Nak kata menyesal tu tak la. Nanti nampak macam Aisya tak ikhlas dengan atuk. Hmm..tak tau la mak. Aisya tengah fikir macam mana hidup Aisya nanti dengan orang yang Aisya tak sayang, tak cinta, jumpa pun tak pernah, bercakap lagi la tak pernah.”
“Itulah..mak suruh jumpa dia hari tu Aisya tak nak.”
“Takpe la mak. Nanti jumpa jugak.”
“Eh, nampak macam tok kadi dah sampai. Ha, cepat la siap Aisya.” Saat yang mandebarkan buat Aisya akan tiba sekejap lagi.
“Alamak..takutnya aku..”

“Aku terima nikahnya Aisya Ellina Bt Mohd Hasrul dengan mas kahwinnya RM80 tunai..”Dengan sekali lafaz sahaja Aisya telah menjadi milik Ammar. Inilah pertama kali Aisya bertemu Ammar. Jantungnya berdegup kencang ketika Ammar menyarungkan cicin dan mengucup dahinya. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Ammar. 

Aisya masih lagi termenung seperti tadi. Dia belum berjumpa lagi dengan suaminya. Selepas majlis tadi dia terus ke bilik tanpa mempedulikan siapa-siapa lagi. Tiba-tiba seseorang telah masuk ke biliknya. Dia tidak menoleh kerana menyangka emaknya yang masuk. Dia terlupa bahawa dia kini berada di rumah Ammar.
“Ehem! Jauh termenung.”Akan tetapi suara garau yang didengarnya. Sebaik ditoleh, Ammar sedang terpacak di depannya sambil tersenyum. Aisya mencuba untuk berlagak cool. Dia tidak menjawab dan terus melangkah keluar.
“Ish, apahal minah ni? Dah la dari tadi diam je. Ape pun tak cakap. Ntah-ntah bisu.” Ammar mula meneka yang bukan-bukan kerana Aisya tidak ingin bercakap dengannya walau sepatah pun.

Setelah beramah mesra dengan ahli keluarga Ammar pada malam itu, Aisya terus masuk ke bilik. Dia sebenarnya takut kerana malam itu malam pertamanya bersama Ammar. Adik beradik Ammar ramai yang mengusiknya. Dia memutuskan untuk terus tidur.

Maaf” Perlahan-lahan Ammar mengambil sehelai kertas yang tertulis perkataan tersebut. Ringkas tapi bermakna. Kertas tersebut berada di atas bantal tempat untuk Ammar tidur. Melihatkan keadaan Aisya yang berselimut tebal walaupun tidak sejuk pun Ammar sudah tau.. Dia tergelak kecil kerana Aisya turut menutup kepalanya dengan tuala kecil.
Baiklah. Saya tak akan ganggu awak.” Ammar membalas semula nota Aisya dengan menulis di atas kertas juga.
“Hahh..sedapnya tidur” Aisya mengeliat besar. Dia terlupa Ammar berada di sisinya. Tangannya terhantuk kepala Ammar. (Baru nak terkejut beruk.)
“Hah! Alamak..” Cepat Aisya bangun dan tiba-tiba sehelai kertas terjatuh. Kertas tersebut merupakan nota yang dibalas Ammar. Dia menoleh ke arah Ammar. Dilihatnya Ammar sedang mengeliat kecil. Dia segera membalas nota tersebut. “Terima kasih
“Hai.. bila la pompuan ni nak cakap ngan aku? Asyik tulis nota je.”

Bersambung...


Tarian tiang


Assalamualaikum..

Ish zaman sekarang...dengan tiang pun boleh jadi. Yela, kalau menari dengan papan kang, tercucuk selumbar pulak kan. Tiang licin sikit kot. Ingatkan kat luar negara ja benda nih. Kat Malaysia pun dah belambak2. Aku rasa dah lama depa dok buat tarian pusing2 tiang ni. Tapi 2, 3 ari ni baru masuk paper, berita, pasal tarian tiang ni. Baru2 ni ada sorang makcik ni buat tarian tiang kat tiang rumah beliau. Rilek ja buat depan anak dia. Siap pakai ala2 style Fasha Sendat, which is style berkemban. Ha, tengok la ni. Hish, apa nak jadi la.

Ish, mana gambar hot ni. Bawah lagi kot.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ni lah beliau. Tergelak sorang2 aku baca ni. Kat dalam paper KOSMO!.
LOL!

P/S: Malaysia da jadi negara omputih.

Thursday, December 29, 2011

Tentang dia bukan aku

Assalamualaikum..


Aku tau mesti ramai yang tengok Tentang Dhia kan. Mesti 1 Malaysia ni banjir. Banjir ngan air mata. Haha. Tapi aku tak nanges pun. Kena tahan sebab depan mak ngn ayah aku. Mana boleh jatuh air mata depan diorang beb. Haha. Tapi mak aku nanges2 sampai ayah aku gelakkan mak aku. Aku memang nak nanges da, tapi tahan. Terbaek la Nora Danish. Memang kali ni lakonan beliau memberi kesan kat aku. Sebab bila aku tengok lakonan beliau bawak watak Dhia tuh, aku dapat rasa betapa menderitanya seorang wanita bernama Qamardhia (tah betol ke tidak eja nama nih). Pergh..ayat tak boley kan aku nih. Hukhuk. 

Tapi tak aku tak puas hati diorang terus tak tunjuk pasal mak angkat Melly yang kat umah flat tuh. Makcik apa tah nama dia. Takde pun Melly pi mintak maaf kat beliau. Pengarah ni lupa ke saja nak cepat habeskan cerita nih? Ending dia boley la tahan. Kalau tak, takkan ramai yang merembes2 air mata kan. Tapi tak tunjuk or tulis plak apa yang jadi kat yang lain2. Tambah2 mak Zikir tuh. Aku tengok cerita ni rasa nak mencarut2 ja ngan mak Zikir tuh. Tension kot tengok. Haha. By da way, not bad la citer nih walaupun aku tak tengok daripada awal. 

P/S: Yeay dah habes!

Monday, December 26, 2011

Cerpen: Anugerah [Part 5]


“Waa.. tak lama lagi kawan kita ni nak jadi isteri orang. Tak kawan la dengan kita nanti.” Salah seorang kawan Aisya menyakat Aisya. Dari mana diorang tau tentang perkara tersebut pun dia tidak mengerti. Bosan dia mendengar usikan tersebut. Tapi hidupnya tidaklah tertekan sangat.
“Mana korang tau semua ni? Ni mesti ada beruk disebalik pokok neh..” Aisya menduga kalau-kalau ada di antara rakannya itu mengintipnya.
“Eh, mana ada.. berita hangat macam ni mesti ramai orang tau.” Berderai mereka semua ketawa.
“Eleh, ye la tu.. macam mana la aku nak hidup dengan lelaki yang aku tak pernah kenal langsung. Korang tau tak mamat tu sebaya kita. Nampaknya kamilah pasangan pengantin termuda di abad ini. Huh!”
“Apa? Ye ke? Waa.. mesti hensem dia tu. Kenapa aku tak jadi macam kau ha? Senang-senang je dapat kahwin. Tak payah susah-susah nak cari. Bestnye.. Eh, apa nama dia ek?” Awa memang pantang kalau sebut pasal lelaki. Dialah nombor satu.
“Nama dia Ammar. Ammar Ezzra bin Amran bin Ahmad bin.. ah, aku tak tau la..” Aisya bergurau.
“Kau ni sampai nama datuk dia pun kau tau. Macam dah lama kenal je..”
“Memang dah lama kenal, tapi bukan aku dengan dia, atuk aku dengan atuk dia kawan baik. Diorang la yang berjanji nak kahwinkan kami. Tah macam mana diorang tetiba berjanji macam tu pun aku tak tau.”
Ala.. biarlah.. kira ok apa. Haha. Eh, kau pernah jumpa tak dengan si Ammar tu?” Awa semakin berminat untuk mengetahui tentang Ammar. Seolah-olah di yang hendak dikahwinkan dengan Ammar.
“Ai.. ni kau ke aku yang nak kahwin dengan dia.. Entah, buat masa ni aku tak pernah jumpa dia lagi. Aku hanya tengok gambar di aje.”
“Hensem tak?”
“Eh, sibuk je engkau ni. Erm.. bagi aku boleh la tahan. Dah la. Tak payah cakap pasal dia lagi. Mana tau tengok muka je ok, perangai tak ok, mati aku.”
“Kejap, aku nak tanya lagi. Aisya, kau rasa kan, macam mana kau nak hidup dengan dia?” Awa memang mempunyai semangat inkuiri yang tinggi.
“Kau ni banyak betul soalan. Aku hidup macam tu la. Bernafas melalui peparu.”
“Ish, kau ni. Buat lawak pulak. Menyampah aku. Huh!”
“Kau tanya banyak sangat siapa suruh? Kau tengok je la nanti aku hidup macam mana.”   

Aisya mula mamikir-mikir bagaimana masa depannya nanti apabila terpaksa berkahwin dengan orang tidak dicintai malahan tidak dikenalinya langsung. “Aduhai..kenapa la aku boleh terjebak dengan perkara macam ni. Aku dah la tak pandai nak layan orang lelaki. Habisla..” Hatinya mula gelisah walaupun pada mulanya dia seakan tidak kisah. Tetapi apabila difikirkannya berkali-kali, baru la dia nak ambik kisah. Macam tu lah Aisya..



Bersambung....

Saturday, December 24, 2011

Oldskool: Aku dan denda

Assalamualaikum...

Dok saja2 ni tetiba teringat zaman2 sekolah dulu. Pasal denda. Semua orang mesti pernah kena denda kan. Aku yang budak inesen kat sekolah pun selalu kena denda. Siap kena kad merah lagi. Dem gila. Haha. 



  1. Berdiri atas meja. Ni time kelas BI. Time tu dapat madam baru. Nama beliau Madam Ida. Nama penuh aku tak ingat la plak. Beliau ni bila masuk kelas tak pernah senyum. First time beliau masuk kelas, dah kena marah. Ni satu kelas kena denda sebab SATU KELAS FAIL subjek BI. Membebel la beliau. Bukan apa, beliau ni strict. Susah nak pass subjek BI kalau exam. Yang bestnya, bleh plak aku rasa ngantuk time berdiri atas meja. Sebab kitorang terpaksa belajar macam tu sampai habes kelas. Serius ngantuk. Huhu.



2. Berlari keliling padang sekolah. Time ni pun time kelas madam Ida jugak. Setiap kali kelas beliau, mesti kena denda. Haha. Tu yang best tuh. Time ni kitorang kena denda sebab kitorang satu kelas tak buat homework beliau. Siap bepakat lagi tak mau hantar lagi. Bayangkan la, before tuh beliau ada tanya bila nak hantar homework, tapi kitorang semua diam. Apalagi, turun padang la. Banyak round jugak la. Aku pun dah tak ingat.

3. Ketuk ketampi depan kelas. Ni standard la. Aku rasa ramai yang pernah merasa ketuk ketampi di khalayak ramai. Time ni subjek sains kot. Form 3. Dapat markah rendah. Bangang jugak aku time nih. Kena ketuk ketampi sat. Ceh. Nasib baik PMR sains dapat A. Wakaka.


4. Lap debu2 pakai tangan. Ni pun best jugak. Time ni kelas B.Melayu. Cikgu tu nama beliau cikgu Norma. Tegas jugak dia ni. Warden kot. Before mengajar, beliau mesti cek kelas dulu bersih ke tak. Pastu beliau mesti tanya sapa yang bertugas hari tu. Kalau tak kemas, orang tu la yang kena. Tapi time ni satu kelas kena. Sebab apa tah. Tak ingat. So, semua calit2 la tangan kat lantai, tingkap. Cikgu Norma ni pun suka cubit orang. Aku pernah kena sampai lebam2. Hihi. Aku gak pernah kena rotan dengan beliau sebab ikut rombongan rumah sukan yang bukan rumah sukan aku tanpa pengetahuan cikgu. Lebih kurang cam ikut secara haram la. Haha.


5. Kena rotan. Yang ni pun aku rasa standard la kot. Biasa la tu. Time ni kelas Cikgu Rahim. Kelas matematik Form 2. Cikgu Rahim pun tegas jugak. Tapi kadang2 lawak pun ada jugak. Aku kena rotan sebab exam ke test matematik tah salah banyak. Pastu kena rotan ikut banyak mana yang salah, banyak tu la kena rotan. Aduu.. Pedih gak la. Banyak kali kot. Piap! Piap! Piap!


6. Kena kad merah. Lebih kurang cam merit la kot. Tah aku pun tak tau. Time ni aku ngan member aku pegi outing. Hari Sabtu. Kalau ikutkan pompuan takleh outing hari sabtu. Laki ja bleh. Pompuan sepatutnya hari jumaat. Kalau nak keluar jugak, kena mintak kebenaran khas la lebih kurang. Time tu sebab apa tah kitorang keluar hari sabtu. Tak ingat. Kitorang keluar tanpa mintak kebenaran khas dulu. Lebih kurang macam fly la. Budak2 hostel, perkara biasa la tu. Aku pulak hantar buku outing. Tapi cheating la. Tanda tangan warden tah bila2 punya tah. Huhu. Pastu time balik outing tu tengok2 cikgu2 HEM (Hal Ehwal Murid) dah tunggu depan pintu pagar sekolah. Hambik hang. Terus kena marah, bebel, kaw2 punya. Time tu pun ada lagi dak2 pompuan yang kantoi. Cikgu2 marah sebab diorang ingat kitorang fly sebab nak pi tengok Sure Heboh. Time tu kebetulan ada Sure Heboh. Sekarang Jom Heboh la. Aku tak pi pun situ. Pastu cikgu tu siap amik gambar kitorang. Beliau kata nak letak kat notice board sekolah. Oh my... Tapi dia tak letak pun. Just bagi nama kitorang masuk dalam kad merah. Siap hantar surat kat rumah lagi. Mak aku buat bodo ja. Hak2.



P/S: Aku bukan budak jahat. Tapi budak inesen macam aku ni sekali buat salah, konpem kantoi punya. Banyak lagi yang aku dah kena. Tapi tak ingat da. Heheh.

Friday, December 23, 2011

Cerpen: Anugerah [Part 4]




“Umi, betul ke Am perlu berkahwin sekarang?”  Rokiah terkejut akan pertanyaan anak terunanya itu. Setahunya, dia belum beritahu lagi kepada Ammar tentang perkahwinannya. Tanpa sempat dia memberitahu, Ammar terlebih dahulu bertanya kepadanya.

“Err.. macam mana Am tahu?” Rokiah bertanya untuk mendapatkan kepastian.

“Nenek yang beritahu. Semua ni demi atuk kan?”

“Betul Am. Umi tahu kau belum bersedia lagi. Berat untuk kau memenuhi permintaan datuk dan nenek kau.” Rokiah cuba menyelami isi hati Ammar.

“Umi, pada mulanya memang Am berfikir begitu. Tapi bila Am fikir banyak kali, Am akan cuba. Mana la tau kahwin ni best. Haha!” Ammar berjenaka seolah-olah dia tidak risau langsung dengan perkara itu.

“Hish, orang tengah serius dia main-main pulak. Am kena ingat, kahwin ni bukan benda main-main tau.” Rokiah bersuara memberi peringatan. Geram betul dengan anaknya itu. Tak pernah serius.

“Am tau la umi.. sebab tu Am nak cuba. Mana tau orang tu jodoh Am. Tak payah la Am susah-susah nak cari calon isteri lagi. Hehe.. Am dah beritahu nenek yang Am dah setuju. Nenek dah tunjukkan gambar gadis tu kat Am. Boleh tahan. Cantik jugak.”

“Am ni biar betul? Tak kan senang-senang je Am setuju? Oo.. sebab dia cantik la Am setuju?” Rokiah mencubit anak lelakinya itu. Dia hairan macam mana la si Ammar tu boleh setuju macam tu saja.
            
“Aduh, sakit la umi. Aduhh... Bukan macam tu umi.. sebenarnya Am memang tunggu nenek atau mama yang carikan. Am tak nak cari sendiri. Tapi tak sangka pulak cepat pulak umi jumpa calon menantu.”
           
“Ye la tu.. Kalau Am dah setuju, eloklah. Tak payah umi susah-susah pujuk Am. Tapi, bila dah kahwin nanti Am jangan merungut macam-macam pulak tau. Ini keputusan Am. Umi pun tumpang gembira untuk nenek.” Rokiah menasihati Ammar sambil tersenyum supaya dia tidak menyesal suatu hari nanti.
            
“Baiklah umi. Umi jangan risau. Am akan jaga dia baik-baik. Lagipun Am tak akan berhenti belajar. Am nak belajar sampai habis. Umi, apa nama dia? Aisya kan? Aisya Ellina?”
            
“A’ah.. Betul la tu. Sejuk sikit hati umi bila dengar Am nak teruskan belajar. Tapi tanggungjawab Am dah bertambah tau.”
            
“Am tau. Am akan cuba sehabis baik ye umi.” Ammar memeluk uminya dengan penuh kasih sayang.

 ********************

“Hasrul, nampaknya kedua-dua anak kita dah setuju. Eloklah kita percepatkan perkahwinan mereka. Saya tahu Aisya menerima ini semua dengan terpaksa demi atuknya.” Amran cuba berbincang dengan Hasrul tentang perkahwinan anak mereka.
            
“Saya pun rasa begitu. Tak perlu lah dirtangguh-tangguh lagi. Tentang Aisya, awak jangan risau. Pandai-pandai la dia nanti. Dah memang jodoh dia agaknya.”
            
“Kalau macam tu, marilah kita bincang tentang tarikh yang sesuai.”
Mereka bersama-sama berbincang untuk majlis perkahwinan anak mereka. Bagi mereka cukuplah hanya majlis yang biasa sahaja walaupun mereka orang berada.

Bersambung...

I Love You

I love you sayang. Saya sangat sayangkan awak. Tanpa awak, mungkin saya tak sanggup nak hidup lagi. Hari2 saya dengar awak cakap "i love u" kat saya. Awak tau? Saya bahagia sangat. Kalau boleh, setiap saat saya nak awak cakap macam tu kat saya. Saya pun nak cakap "i love u too dear" banyak2 kali supaya awak tau yang saya pun sayangkan awak. Hari tu before jawab test, awak cakap "i love u" kat saya. Awak cakap nak ambik berkat. Time awak sembelit pun awak tepon and cakap "i love u" kat saya. Awak cakap nak bagi berak lancar. Bangang jugak awak ni kadang2. Tapi takpelah. Janji awak cakap "i love u" kat saya. Bukan kat orang lain. 


3 words. 3 perkataan. Sapa2 pun boleh cakap. Budak kecik mulut belemoih (comot) pun boleh cakap. Silap2 kambing tepi jalan pun boleh cakap "i love u" bila pompuan seksi lalu. So, apa masalahnya? Takda masalah pun. Aku just kurang yakin or percaya kalau someone senang2 ja cakap "i love u", "saya sayang awak". Serius sukar dipercayai. Bagi aku la. Lain orang, lain perasaan. 

Satu lagi kalau aweks or balaks yang hari2 dok tanya pasangan masing2 "b, b sayang ayang tak?", "syg, syg cinta abang tak?". Kalau aku orang dok tanya macam tu hari2, rimas kot. Lagipun aku bukannya jenis yang suka ekspresikan sesuatu or feeling melalui kata2. Aku nak cakap nak wish besday orang pun susah. Apatah lagi nak cakap "i love u", "aku sayang kau".  Serius susah nak cakap if i'm not really meant it. 

Lagipun, any word yang kita dengar tak semuanya eklas. Banyak yang plastik semata2. Bak kata orang, kata2 manis. Kalau orang yang pandai bermain kata2, memang la semua orang boleh cair. Silap2 air batu pun boleh cair. Tambah2 zaman sekarang ni. Kalau nak tau orang tu sayang kita ke tak, tak perlu tanya or harapkan yang dia cakap "i love u" hari2. Tengok je la cara orang tu layan kita. Perasaan sayang or cinta tu boleh dirasa slow2. Bila sampai satu masa tu, perasaan cinta boleh diluahkan. Tapi bukan selalu. KRU ada sebut, '3 kata paling menyentuh, tapi jarangnya disebut'. Bila tetiba orang yang kita sayang tu cakap "i love u" , kita akan tersentuh kan. Tapi bila hari2 dok sebut tu ja, dah tak tersentuh dah. Sebab hari2 dengar. Dah jadi meaningless.

Nak cakap hari2 boleh tahan lagi kot, tapi aku paling tak suka kalau orang dok tanya kita sayang dia tak hari2. Rasa macam kena push.

P/S: Apahal aku wat entri gini? Tetiba geli pulak.

Tuesday, December 20, 2011

Cerpen: Anugerah [Part 3]



“Err.. Aisya, mari sini kejap. Mak ada sesuatu nak bincang dengan Aisya. Err..sebenarnya….” Asmah tidak sanggup untuk menerangkan apa yang berlaku kepada Aisya. Dia takut anaknya yang seorang itu akan memberontak dan akan melakukan sesuatu di luar jangkaan.

“Kenapa mak? Cakap je la.” Aisya bersuara setelah melihat ibunya lama terdiam.
“Kalau mak cakap, Aisya jangan marah ye..”
“Cakap je la.. Takkan Aisya nak marah mak pulak.”
“Sebenarnya..atuk teringin nak lihat Aisya kahwin.”
“Apa?? Kahwin? Mak.. Aisya kan muda lagi. Aisya baru je sambung belajar. Lagipun Aisya tak tahu apa-apa pun pasal kahwin ni.”
“Aisya, dengar dulu mak nak cakap. Sebenarnya, atuk dah menjodohkan Aisya dengan seseorang yang mak sendiri pun tak kenal. Atuk telah berjanji dengan kawan baiknya satu masa dulu. Tapi kawan atuk tu dah meninggal dunia. Atuk kan tengah sakit. Jadi, dia nak lihat Aisya kahwin sebelum dia pergi.” Asmah menerangkan satu persatu kepada Aisya dengan berhati-hati. Dia takut Aisya akan terkilan dengan tindakan atuknya tanpa pengetahuannya.

“Mak.. Aisya sebenarnya serba salah. Aisya tak tahu nak buat apa. Kalau Aisya menolak permintaan atuk, Aisya takut atuk akan kecewa. Aisya sayangkan atuk mak. Tapi Aisya belum bersedia untuk berkahwin mak. Apa yang harus Aisya lakukan mak..?”
Air mata Aisya tak dapat ditahan lagi. Dia tahu, perkahwinan ni bukan perkara main-main. Dia takut gagal untuk melaksanakannya. Hatinya penuh dengan rasa bersalah.

“Macam ni lah. Aisya ikut je permintaan atuk. Nanti mak akan ajar tentang perkahwinan. Mana tahu mungkin orang itu merupakan jodoh Aisya.” Dia tidak tahu bagaimana senang-senang sahaja dia munyuruh Aisya memenuhi permintaan atuknya. Dia tahu bukan senang untuk melakukannya. Dia faham keadaan Aisya yang masih remaja. Anak-anak muda seperti Aisya sekarang majoritinya masih belum berfikir tentang soal perkahwinan termasuk Aisya.
Aisya terus mendiamkan diri tanpa sepatah kata. Asmah berasa bersalah.

“Err.. maafkan mak Aisya. Mak tak sepatutnya cakap macam tu tadi.”
“Tak apalah mak. Bukan salah mak. Malah tak ada sesiapa pun yang bersalah dalam hal ini. Mak, boleh tak bagi Aisya sedikit masa? Aisya tahu, Aisya terpaksa lakukannya demi atuk. Aisya akan cakap sendiri dengan atuk.” Aisya cuba bersuara dengan terpaksa. Dia tahu, banyak risiko yang akan ditempuhnya jika berkahwin pada usia begini. Macam-macam persoalan yang difikirkannya. Bagaimana dengan pelajarannya? Hidupnya? Siapakah bakal suaminya? Adakah sebaya dengannya? Arghh… banyak yang perlu difikirkannya. Dia hanya mampu berserah pada takdir. Mungkin jodohnya sudah sampai.

Bersambung..

Monday, December 19, 2011

Cerpen: Anugerah [Part 2]


Selepas lima hari iklan tentang pencarian keluarga Pak Ahmad disiarkan, Hasrul mendapat panggilan daripada seseorang yang tidak dikenalinya. Seperti yang sudah dijangka, panggilan tersebut merupakan panggilan daripada keluarga Pak Ahmad. Kebetulan mereka juga sedang mencari keluarga Hasrul. Panggilan tersebut dibuat oleh anak Pak Ahmad sendiri iaitu Amran. Dia mengatakan bahawa Pak Ahmad telah meninggal sebulan yang lepas. Tetapi Mak Timah masih ada. Sebelum meninggal, Pak Ahmad juga telah menyuruh Amran mencari Pak Samad, ayah Hasrul serta menyatakan hasrat yang sama untuk mengahwinkan cucu mereka. Untuk memudahkan urusan, Hasrul mengajak Amran datang ke rumahnya bersama keluarganya untuk bertemu dengan Pak Samad.

Pada hari yang ditetapkan, keluarga Amran tiba di rumah Hasrul. Tetapi Amran tidak membawa anaknya yang akan dikahwinkan dengan anak Hasrul kerana sibuk belajar di universiti. Begitu juga Aisya yang sedang belajar di universiti. Mereka dibawa bertemu dengan Pak Samad yang sedang sakit. Mak Timah yang masih kuat bercakap sesuatu dengan kawan baiknya yang telah lama tidak berjumpa. Terketar-ketar Pak Samad berusaha untuk bersuara.

“Amran, mak rasa kita perlu cepatkan perkahwinan anak kamu. Mak takut Pak Samad tak sempat untuk melihat cucunya bersanding. Mak tak nak dia jadi macam ayah kau. Tak sempat untuk melihat cucunya kahwin. Eloklah kamu beritahu Ammar segera.”
Mak Timah menyuarakan pendapatnya.

“Baiklah mak. Saya akan percepatkan perkahwinan mereka. Err..bagaimana En. Hasrul? Keluarga kamu setuju?” Amran bertanya Hasrul untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka.

“Kalau keluarga kamu sudah bersetuju, kami juga begitu. Demi ayah saya, saya sanggup lakukan apa saja untuk memenuhi permintaannya sebelum dia pergi. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberitahu anak kami, Aisya.” Hasrul bersuara dengan nada sedih. Berat rasanya untuk menyerahkan anak gadisnya yang masih muda kepada orang lain. Walaupun Aisya sudah berusia 20 tahun, namun dia masih perlu memberikan perhatian kepadanya. Baginya, masih terlalu awal untuk Aisya berkahwin. Tapi, apakan daya, kehendak ayahnya perlu dipenuhi. Dia tidak mahu ayahnya kecewa.

Bersambung..


PART 1

Sunday, December 18, 2011

Cerpen: Anugerah [Part 1]


“Ayah, ayah…mengucap yah…” Hasrul bercakap dengan ayahnya yang sedang sakit. Ayahnya sudah lama terlantar akibat sakit tua. Dia redha sekiranya ayahnya pergi meninggalkannya kerana dia tidak sanggup lagi untuk melihat ayahnya menderita.

“Rul…uhukk!” dalam keadaan begitu, ayahnya masih ingin menyatakan sesuatu kepada Hasrul. “Aku teringin nak tengok cucu aku kahwin sebelum aku pergi”. Hasrul berpandangan dengan isterinya, Asmah.

“Tapi ayah, Aisya kan belum habis belajar lagi. Calon menantu pun belum ada lagi.”
“Ayah dah lama ada calon untuk Aisya. Cuma kamu semua yang masih belum mengetahuinya. Ayah nak kamu pergi cari Pak Ahmad dan Mak Timah. Mereka kawan baik ayah, dan ayah telah berjanji dengan mereka untuk kahwinkan Aisya dengan cucu mereka. Uhukk..!uhukk..!”

“Cukuplah ayah. Jangan cakap lagi. Ayah kan tak sihat. Baik, saya janji akan cari mereka secepat yang mungkin.” Hasrul berjanji dengan ayahnya walaupun sukar untuk mematuhi janji tersebut.

“Macam mana ni Mah. Mana kita nak cari Pak Ahmad dan Mak Timah? Abang buntu la. Bukan senang nak cari. Tapi abang kesiankan ayah tu.” Hasrul menyatakan keresahannya untuk mencari Pak Ahmad dan Mak Timah.

“Saya pun kesiankan ayah. Kalau macam tu, kita kena cari juga la nampaknya. Erm..apa kata kita iklankan dalam surat khabar. Cepat la sikit nak mencarinya. Abang kan ada kawan yang bekerja di syarikat akhbar. Abang cuba la minta tolong dengan dia.”
Asmah menyuarakan pendapatnya.

“Betul juga. Esok abang cuba tanya dia. Tapi yang abang risaukan lagi, mahu ke anak kita tu kahwin. Aisya kan muda lagi. Baru 20 tahun. Nanti memberontak pulak budak tu.”

“Itu la..saya pun tengah fikir macam mana nak pujuk si Aisya tu. Nantilah saya fikirkan jalan untuk beritahu Aisya. Ini semua untuk atuknya juga.”

Bersambung....

Friday, December 16, 2011

Nasik dalam pasu


Ni la nasik dalam pasu. Haha. Benda tak ada apa pun. Perkara biasa ja. Selalu ja makan nasik dalam pasu ni. Ni nama dia claypot chicken rice. Saja ja tetiba suka panggil nasik dalam pasu. Masak dalam ni, pastu makan terus dalam ni. Ni bukannya pi ambik pasu kat belakang umah dia, pastu masak nasik dalam tu. Dak aih. Nak balik try ambik pasu bunga kat depan umah tu pn boleh. Unik sikit. Aku tau, mesti ramai yang pernah makan dalam ni. Sebab tu aku kata perkara biasa. Sekarang ni macam2 ada. Makan dalam daun pisang, dalam periuk, dalam belanga. Belanga tu kuali la kot. Makan megi dalam cebok pun ada. Tapi aku tak pernah buat la. Haha. Hish, apa aku merepek panjang2 ni? Rasa cam berbelit2 pulak. Dah lah.

P/S: Ntahlah. Takda motif. Pffftt...

Thursday, December 15, 2011

Mamai

Assalamualaikum...

Dah masuk 2 ari aku kt kampung. Tahap kemalasan aku berganda2 bila balik kampung. Cek pun tak tau pasaipa. Hukhuk. Gemok la aku pasni. 

Erm pagi tadi lepas subuh, aku tidur balik. Pastu terjaga sebab cam bunyik mesej. Tet tet.

* PSD- subjek yang aku ambik kat kolej ari tu. 

Aku pun berasa pelik. PSD? sainkan? untuk apa? Kelas dah sah dah habes dah. Aku pun kat kampung. Dah habis belajo pun. Nombor tu, takda dalam list kontek aku. Pastu aku pun reply.

Pastu aku sambung tidur balik. Then, tetiba nombor tu call. Tengah mamai2 tu, aku angkat jugak la. Suara lelaki. Macam bapak orang.

Aku: Hello. Sapa ni?
Orang tu: Hello, ni daripada mana? Sampai mesej kat nombor ni.
Aku: Err..Nak cakap ngan sapa? (Masih tak perasan nombor tu sama ngan nombor yang mesej aku tadi)
Orang tu: Tak, ni daripada mana? Ni bla bla bla...(tak jelas apa dia cakap sebab aku separuh sedar)
Aku: Ha? Azizah?
Orang tu:...........................(terus letak fon)
Aku: (Sambung tidur balik)

Pastu bila aku betul2 terjaga dari tidur, aku pun terpikir pasal mesej tu. Herm.. Mimpi kot. Pastu aku pun cek fon. Memang betol la. Ada mesej tu. Haih, sapa lak ni? Hari ni ada la empat belas ratus kali aku cek fon. Tengok mesej tu. Aku pikir, maybe mesej yang lama2 kot. Baru sampai kat aku. Maybe member aku guna nombor ayah beliau ke..pakwe beliau ke..Maybe la. Maybe. Eh, berapa banyak maybe da..Erm..possible tak? Celcom ni pun kadang2 gila. Ye dok?

Kepada member2 aku yang terbaca ni, mesej hang ka? Sori la aku tulis kat blog. Sebab aku rasa pelik.  Lagipun aku tak tau sapa. Hehe. Kalau hang punya mesej, diam2 dah la. Tapi kalau betol2 la mesej ni, nak kena sain untok apa? 

P/S: Masih lagi kompius (@..@). Hanya orang2 tertentu saja paham.

Sunday, December 11, 2011

Eskrim connect-toe


Semalam aku makan eskrim 2 ketul berturut-turut. Eskrim lam pic tu la. Eskrim connect-toe tu saja ja bagi nama. Haha. Sebab ni bukan eskrim koneto (camna tah ejaan btol2 koneto. Cam lucah lak ni). Ni eskrim biasa ja. RM1.40. Bosan yang amat sampai tak tau nak buat apa semalam. Sebab tu aku bantai sampai 2 ketol eskrim, eh batang, eh papan eh, eh, dan eh. Apa ek penjodoh bilangan ntok eskrim? Err...

P/S: Semalam memang makan banyak.

Friday, December 9, 2011

Err..Arr..Uhh..Fuh..Ark!















P/S: Serius takdak idea..lalalala

Monday, December 5, 2011

Cerita Lucah

Nampak ja perkataan lucah, mesti semua nak bukak baca. Huhu. Ok semua orang tau cerita lucah tu apa kan. Kalau tak tau jugak, takleh nak cakap apa la. Huhu. Ni bukan aku nak buat cerita lucah. Hish! Memang tak la. Tak sopan orang pompuan berlucah secara terang-terangan. Err.. Secara tertutup pun tak ley gak sebenarnya. Erk, panjang lak intro aku ni.

Aku nak cakap pasal cerita melayu zaman sekarang. Dah macam malay porn da aku tengok. Setiap filem baru mesti ada aksi2 lucah. Bahasa lucah memang banyak la. Diorang ingat orang dewasa je ke yang tengok cerita melayu. Haih. Ni ada yang sebut t***k la, k***k la secara terang2 dalam muvi. Oh, maybe t***k tu juz anggota badan yg biasa je kot. Macam kaki, tangan, mata, idung. Sebab tu aku selamber tapir ja taip kat sini. Pompuan sekarang pun dah tak pakai baju kuar jalan2. T***k ja. Semua orang ada. Laki, pompuan. Apa yang nak dimalukan. Kan? Pikir la sendiri.

Budak2 zaman sekarang semua perangai macam apa tah. Masalahnya yang baru umur doblas tahun pun dah pandai berlucah sana sini. Pergi la masuk pertandingan idola kecil ke, nasyid ke, ada gak pekdah. Ni mesti pengaruh movie ni. (Nak salahkan cerita melayu jugak. Tapi aku tengok ja cerita melayu. Tak boikot pun. Haha)

Pelakon2, retis2 pun suka benor kalau dapat berlakon aksi di ranjang. Tak tau lah apa yang diorang rasa sebenarnya. Hish! Pastu diorang nak tiru macam movie dari negara luar. Gay beromen la, semua ada. Bukannya aku nak menjatuhkan industri hiburan tanah air, (eh, macam melodi pulak), tapi diorang sekarang dah melampau. Agak2 la. Bila orang tegur, nak marah orang tu balik. Patut la banyak bencana alam yang tak diduga selalu jadi kat Malaysia ni. Macam kat Kajang ari tu. Tetiba banjir dalam sekelip mata. 

P/S: Kompem search keyword yang masuk dalam blog aku banyak berbaur or berbunyi lucah. Huhuhu

Sunday, December 4, 2011

Repair blog

Rasa macam kena repair esaimen jek. Yelar.. Baru2 ni memang aku tengah repair ngan redo esaimen. Banyak wooo.... Sambil2 tu sempat lagi repair blog. Sebab apa aku repair blog? Sebab..... En Ujang, owner blog Erti Kehidupan dah review and bg komen kat blog aku. Ni takda tujuan apa2 pun. Just suka2 ja. Bukan nak cari publisiti daripada menepek kat blogger pemes. Dak aih.... Cek tak mau buat lagu tu. Huhu.


Ni la komen daripada beliau...ok dah betulkan da...hihihi:D

P/S: Dari segi jarang update tu, takleh nak watpa la. Sebab aku memang tak berkesempatan nak update blog. Idea pun tak ada sebab dah banyak bagi idea nak betulkan esaimen je. Hihi..

Sunday, November 20, 2011

Ujang

Ujang. Ala.. Majalah Ujang tu.. Yang katun2 lawak antarabangsa, lawak antarabenua, lawak antaradunia...antaralogik, antarataklogik, macam2 lawak la. Time kecik2 dulu aku selalu beli Majalah Ujang ni pakai duit mak aku. Memang la, time kecik2 mana ada duit sendiri lagi. Kecik2 dulu aku suka baca buku tau. Bagos kan aku. Tapi buku yang tak berpekdah la banyak. Hahah. Majalah Ujang la yang aku selalu baca. Sebab banyak lawak2 bodo yang aku bleh jadikan idea ntok perbodohkan kenakan orang. Eh, tak..tak..Majalah Gila-Gila ngan Apo pun aku selalu baca jugak. Selalu paksa mak aku beli. Haih. 


*Erk! (Tetiba tersedar) Apa kejadah aku cerita pasal ni semua? Err.. Blank jap.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ni apa kena mengena plak ni??Err..kompius!

Plink! (Baru teringat) Sekarang pun aku ada baca Ujang. Tapi bukan Majalah. Baca blog Ujang. Bukan blog katun2, tapi blog macam blog manusia normal yang lain. Gambar kat atas, yang lelaki bukan pompuan tu, Encik Ujang la. Takkan Lisa pulak Ujang. Poyo ja Encik Ujang ni suka amik pic ngn retis. Hukhuk! Nama owner blog tuh Azfar Roslan. Tapi beliau suruh panggil diri beliau Ujang. Best jugak blog beliau. Kadang aku bleh cari idea ntok berlucah bercerita ngan member2 bila baca entri2 beliau. Huhuh. Takyah cerita lebih2 pasal mamat ni. Kang kembang sana sini. Payah. Cukup la YanaMB yg kembang. Ye dok. Hihihi...
(YanaMB tuh wife Ujang. Takkan wife aku pulak kan.Impossible!)




P/S: Sebenarnya first time tengok muka Encik Ujang ni rasa macam familiar. Err..pernah jadi jiran ke? Kalau Encik Ujang baca ni, maap ye.. Gurau2 jek. 

Sunday, November 13, 2011

"Together We Will Make A Different"

Tanggal 8 November 2011, maka bermulalah sesi presentation kitorang. Lebih kurang cam final project la. Fuh, rasa macam hilang satu beban. Yela dok bersengkang mata, bergaduh, bertumbuk, semata2 nk buat preparation ntok presentation nih. Serius wa cakap lu. Kitorang nak kena siapkan montaj lagi. Pergh. Takdop idea beb. Maklumlah, grup aku semua cik kak. Takdop cik abang. So, susah la sikit. Tuhan je la yang tau macam mana perasaan aku time tuh. Ok takpe lah. Benda dah lepas. Presentation ni pun Alhamdulillah berjalan lancar. Walaupun tak seberapa, aku still berbangga. I dont know why. Maybe we had put a lot of effort on it. Ni ada la aku tepek sikit2 gambar ngn video time presentation tuh. 




Ni kitorang punye montaj. Katun2 tu yg macam aku lukis kat entri sebelum ni. Aku rasa macam buruk jak montaj ni sebab kebanyakkan grup2 lain montaj hebat2. Tapi takpa lah, bukan competition pun. Just a part of our esaimen jek. Heheh. 










Yang baju biru tu grup 1 lagi. Tapi semua tu budak2 kelas aku la jugak. Ada dua orang jak hero dalam kelas aku. Heheh. Nice kan we ols. Hahah.

Tajuk entri ni merupakan tag line untok company bagi projek kitorang.
"Together We Will Make A Different"
(memang batch ni different pun)

FAKta pasal BATCH HND aku kat KPMB

1. Batch aku batch fisrt yg ada presentation mcm ni. Sebelum ni mana ada.
2. Batch aku yg tetiba terpaksa tukar nama kos daripada HND in Business Information Technology kepada HND in Software Development. So, silibus smua terpaksa tukar secara drastik dan terpaksa diiktiraf balik oleh MQA or LAN. Nak copy saimen senior memang tak dapat la kan. Eh kantoi selalu copy saimen. 
3. Start batch aku dah tak belajar bahasa asing. Batch sebelum ni diorang ada belajar bahasa mandarin. Pastuh mai tang junior, bahasa asing ada balik. Wat da hal!
4. Batch aku batch HND yg paling ramai. Ada 4 kelas. Batch yang lain just ada 1 kelas ja.
5. Batch ni banyak puak. Sampai sekarang ada lagi budak2 yang 1 batch, 1 kos ngan aku yg aku tak kenal walaupun KPMB ni kecik jak. Kalau UITM kot la, besor. Aku rasa stadium besaq lagi kot drpda kolej aku. Huhuh. Takpa, kecik2 cili padi. 
6. Start batch kitorang la LI (praktikal) dah takda ntok kos HND SD ni.

Setakat ni tu je la kot yang aku tau. Unik kan batch aku. 

P/S: Sikit lagi nak habeh da kat KPMB nih. InsyaAllah. I will mish u ols! 
HND tu apa? Err.. cari sendiri. Malas nak explen.

Monday, October 24, 2011

Adat student










P/S: Komikal ni menjadi salah satu drpd bahan esaimen aku. Pehhh....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...