Monday, February 6, 2012

Pengalaman ngeri

Assalamualaikum...


Aku ada pengalaman ngeri ntok dicoret disini. Nak percaya buleh, tak nak percaya pun, ada aku kesah?

Hari tu, aku kat kolej, baru habes kelas. Time on da way nak keluar kolej tuh, aku cam ternampak anak buaya. Tetiba makin banyak buaya yang masuk kolej. Ada la beberapa orang warga kolej yang kena serang. Aku ngan member aku terselamat. Then, kitorang terus berlari keluar daripada kawasan kolej. Kebetulan time tu bas lalu. Kitorang pun tanpa mempedulikan sama ada bas tu bas kilang ataupun bus stop, terus naik.


 Dah naik bas tu, uncle driver bas tu pulak cam bengong. Bleh plak beliau bawak bas masuk lam kedai makan. Kedai makan tu kedai cina. Beliau macam tak puas hati ngan kedai tuh. Tak tau pasaipa. Habis kerusi meja tunggang terbalik kena langgar ngan bas. Lepas langgar kedai makan tuh, dengan muka tak bersalah, uncle tuh meneruskan perjalanan. Orang2 dalam bas pun buat cam takda apa yang berlaku. Hish. Macam2.

Ni lepas langgar kedai makan tu la. Habes rongak bas. 
Cermin pun da retak sebab tokey kedai tuh baling pinggan.

Lepas naik bas tuh, aku ngan member aku naik motor plak. Kitorang nak gi balai polis. Nak report pasal buaya masuk kolej tu la. Tetiba rasa cam bangang. Nape kitorang tak kol je polis tu ek? Hukhuk. Tak pe la, tragis sikit. Time on da way nak gi balai polis tu kan, aku nampak banyak mayat2 bergelimpangan. Mesti disebabkan oleh serangan buaya tersebut. Darah bercampur air hujan bertakung sana sini. Time tu pun ujan jugak. Tetiba motor yang kitorang naik tuh termasuk lam neelopak. So, air hujan bercampur darah tuh, terpercik and then termasuk dalam mulut aku. Pergh... rasa masin, hanyir semua ada.





Setelah menempuh darah dan mayat, kitorang pun sampai kat balai polis tuh. Balai polis tuh balai polis bergerak. Bentuk dier macam bas la. Tapi dalam tu sebijik macam offis polis yang tak bergerak, Maknanya sama je la cam balai polis tak bergerak. Pastu lepas bagitau pasal buaya tuh, tetiba balai polis tuh bergerak. Dah nama pun balai polis bergerak. Nak bawak kitorang gi mana tah. Konon2 nak selamatkan diri la. Member aku cakap diorang nak bawak kitorang gi Singapore. Hui, biar betol! Tapi tak pun. Merepek je. 

Pastu kitorang sampai kat satu tempat ni. Macam terminal bas je. Ye la kot.. Sebab ada banyak bas. Haha. Pastu ada brader nih tanya kat kitorang, ade tak yang nak pergi perlis? Aku pun cakap la ada. First2 aku ingat nak ikut member aku je. Then, tetiba rasa nak balik perlis. Dengan lenggang kangkungnya. Apa pun tak bawak. Aku pun terus naik bas tersebut tanpa membayar satu sen pun lagi duit tambang. Kiranya macam naik bas on da spot la. Pastu aku terpikir, duit cam tak cukup. Aku raba poket depan belah kiri, ada saploh hengget ja. Ingat nak kol mak aku. Bila raba poket depan belah kanan, henfon plak tak ada. Ha, sudah. Pastu baru aku teringat, poket belakang ada lagi. Disitu la tersembunyi duit yang selebihnya dan juga henfon aku. Akhirnya, aku berasa sedikit lega. 

Tetiba aku pun tersedar dari mimpi akibat tido lepas subuh. 

Rasa air darah tuh macam real. Aku bleh ingat lagi rasa hanyir2 darah tu. Erghh. Mungkin ada nyamuk kencing atau nyamuk datang haid ketika terperangkap dalam mulut aku time tido. Tak pun, Edward Cullen yang baru lepas sedut darah makcik umah sebelah, datang kiss aku. OMG! Aku bakal jadi vampire dan juga bakal menjadi pesaing Bella!

Jeng je jeng.....



Tiba-tiba Taylor Lautner baca blog aku dengan menggunakan gugel translate, 
lalu beliau pun berkata:

wei, awat hang hensem sangat ha? tampaq mau? kot2 jadi huduh sikit.


SEKIAN SAHAJA KEMEREPEKAN AKU UNTUK KALI INI
DON'T TRY THIS AT HOME!

P/S: Agak2 bleh tak jadi contoh karangan jenis cereka?ke celaka?

2 comments:

Yanayo said...

bole wat cerekarama..

Anonymous said...

hoi,abg lautner aku hensemmm ok..huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...