Monday, October 24, 2011

Adat student










P/S: Komikal ni menjadi salah satu drpd bahan esaimen aku. Pehhh....

Sunday, October 23, 2011

Paintdrawing 1






Lukisan pertama yg aku guna paint. Selalunya lukis katun bodo2 ja guna paint. 
Berbangga sikit model2 aku. Wakaka!
(Padahal lukisan takda la hebat mana)

P/S: Jangan pertikaikan pasaipa tak sama ngan real pic. Sebab aku bukan lukis potret ok. Huahua.

Bila aku jadi hulkgurl



P/S: Marah sangat ni...grrr

Friday, October 21, 2011

Insan biasa


Aku hanya insan biasa..
Tak lepas dari dosa..
Kenangan lalu mengundang duka..
Ku tersedar semula..
Daripada semua noda..
Ku ingin mencuba..
Menjadi diriku seadanya..
Kerana aku insan biasa..

Andai kasih sayang ku pinta..
Bukan bermakna cinta..
Bukan simpati di pinta..
Bukan belaian semata-mata..
Hanya sedikit perhatian di pinta..
Kerana aku insan biasa...

Namun aku juga alpa..
Dengan kenikmatan dunia..
Hati mengikut minda..
Ke dalam alpa dunia..
Kerana aku insan biasa..
Tak penuh iman di dada..

KepadaMu ku berdoa..
Kuatkan iman didada..
Jauhi segala alpa..
Bersihkan minda..
Agar hati tenang sentiasa..
Kerana aku insan biasa..

Sunday, October 9, 2011

Kerana kau ibuku - Duit

Pada suatu hari tuh, aku ngan mak aku baru balik dari shoping kat kangaq. Then singgah kedai runcit jap. Mak aku nak beli makanan kucing. Pastuh mak aku terjumpa dengan kawan beliau. Time mak aku borak dengan kawan beliau, aku terdengar. Memang la dengar coz diorang nyembang kat depan mata aku jek. Haha. Ok2, perbualan tuh lebih kurang macam ni la:

Mak: Nak pi mana ni?
Kawan mak: Nak pi antaq duit kat anak sat kat MRSM nun. Duit ni saya pinjam kat orang dulu. Takdak duit dah nak bagi. Anak mintak lima puloh, nak pi lawatan silat dia kata. Gagah jugak la pi pinjam sat.

Aku juz fokus kat perbualan tu ja. Tetiba aku rasa sebak bila dengar makcik tu cakap macam tu. Yela, makcik tu sanggup pinjam duit kat orang semata2 nak bagi kat anak dia. Siap beli jajan lagi nak gi hantar kat anak beliau, bawak moto gi sorang2. 

Pastuh otomatik aku teringat time aku sekolah asrama dulu. Setiap minggu mak aku gi antar duit. Kadang2 kalau aku perlukan duit, time tu jugak aku suruh mak aku hantarkan. Sama la dengan makcik tu. Mak aku beli jajan untuk aku, pastu bawak moto sorang2 gi sekolah aku. Pastuh aku terfikir, mak aku cukup duit ke nak bagi aku time tu? Aku rasa bersalah pulak. Hurm.. Kalau nak cerita pengorbanan mak aku kat sini, banyak aku rasa. Aku ja yang tak sedar. Maafkan ika mak.

Sampai sekarang, aku tak sampai hati nak mintak duit kat mak aku. Tapi kadang2 mintak jugak. Tu pun kalau desperate sangat. Sebab seingat aku, mak aku pernah kata, jangan dok pinjam duit kat orang sangat. Lama2 nanti terbiasa. 

P/S: Actually, I really miss my mom.

Friday, October 7, 2011

Perkataan,huruf or abjad?

Text messaging between Maimun and Senah

Maimun: Senah, japgi tunggu aku kat bawah pokok mempelam tu tau. Aku lambat sikit, mak aku soh perah susu lembu jap. Nanti da smpai, aku msj ko.

Senah: k

Aku paling tak suka orang balas mesej sekadar letak huruf 'k' je. Ada maksud ke? Kalau dapat mesej macam tu, memang hati aku sedikit membara. Tapi kejap je lah membara tuh. Takkan nak pi tumbuk orang tu pulak kan. Benda kecik ja pun. Ye dok? Satu lagi perkataan 'kbai'. Jadah apa tuh? Nasib baik member2 aku tak pernah guna perkataan tuh. Maap lah kalau sapa2 yang selalu reply mesej 'k' tuh kat aku. Bukan nak marah pun. Just tertacing kejap sebab aku punya la taip mesej panjang2, tetiba dapat reply 'k' je. Kalau 'ok' aku boleh terima sikit sebab aku pun selalu reply kat orang macam tu je. Eheheh. 

P/S: Kalau boleh mesej tuh biarla lebih daripada satu huruf.  

Tuesday, October 4, 2011

Apam Polka Dot Dot


Apam beliau lagi comey daripada ni. Ni imaginasi aku jak. Haha. Gambar apam yang betol2 lupa nak amik. Hihihi

Cerita ni dah lama. Lupa lak nak masuk lam blog. Aku letak kat fesbuk jek gambar apam ni. Huhuh. Biarla nak cerita jugak.

Ni cerita pasal apam polka dot. Comel jak apam nih. Cik Ain yang buat. Aku ingatkan apam balik. Hahah. Bengong betol. Ni time gi beraya umah cik ain ari tu la. Aku sempat makan 2 bijik jek. Tak sedap perut. Bukan apam tuh tak sedap. Sedap... Nak makan pun sayang. Sebab comel sangat. Rasa cam nak buat keychain jek. Hahah.  



P/S: Cik Ain selalu cakap. "Tak payah la buat macam ni... Malu la sayew.." 
Takpe ain... Boleh femes sikit. Ahahh! Mesti aku kena marah nanti. Hik2

Aku tak bersalah







P/S: Takda motif. Last sekali tuh apa kena mengena? Lantaklah



Sunday, October 2, 2011

Kak Yong Cantik~♥

Semalam aku tengok Bini Biniku Gangster. Sempat lagi tengok muvi. Padahal saimen tak siap lagi. Wakaka. Suka hati la. Ermmm.. Boleh tahan movie tuh. Ada part geli2. Eheh! (Galok benor). Sam tak senunuh la dalam citer tuh. Ehheheh. Aku suka tengok Yana Samsudin sebenarnya. Semat. Cantik la beliau. Senyuman yang manis.. Oh~~ Ha, sudah2, kang orang pikir bukan2 lak. Takder, aku suka tengok beliau berlakon. Aku tertarik tengok beliau time beliau berlakon dalam citer Histeria. Nampak jek muka beliau, "E'eh, comey la pulok" hahah. Pape pun, ok la citer BBKG nih. Sapa2 yang tak suka, tolong senyap. Huhuuh.

Kak Yong Bini-Biniku Gangster

Time rambut panjang. Curi gambar2 kat fesbuk beliau. Huhuh





Yana nih suka kucing rupanya. I loike! Huhuh!

P/S: Meow~~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...