Pada suatu hari tuh, aku ngan mak aku baru balik dari shoping kat kangaq. Then singgah kedai runcit jap. Mak aku nak beli makanan kucing. Pastuh mak aku terjumpa dengan kawan beliau. Time mak aku borak dengan kawan beliau, aku terdengar. Memang la dengar coz diorang nyembang kat depan mata aku jek. Haha. Ok2, perbualan tuh lebih kurang macam ni la:
Mak: Nak pi mana ni?
Kawan mak: Nak pi antaq duit kat anak sat kat MRSM nun. Duit ni saya pinjam kat orang dulu. Takdak duit dah nak bagi. Anak mintak lima puloh, nak pi lawatan silat dia kata. Gagah jugak la pi pinjam sat.
Aku juz fokus kat perbualan tu ja. Tetiba aku rasa sebak bila dengar makcik tu cakap macam tu. Yela, makcik tu sanggup pinjam duit kat orang semata2 nak bagi kat anak dia. Siap beli jajan lagi nak gi hantar kat anak beliau, bawak moto gi sorang2.
Pastuh otomatik aku teringat time aku sekolah asrama dulu. Setiap minggu mak aku gi antar duit. Kadang2 kalau aku perlukan duit, time tu jugak aku suruh mak aku hantarkan. Sama la dengan makcik tu. Mak aku beli jajan untuk aku, pastu bawak moto sorang2 gi sekolah aku. Pastuh aku terfikir, mak aku cukup duit ke nak bagi aku time tu? Aku rasa bersalah pulak. Hurm.. Kalau nak cerita pengorbanan mak aku kat sini, banyak aku rasa. Aku ja yang tak sedar. Maafkan ika mak.
Sampai sekarang, aku tak sampai hati nak mintak duit kat mak aku. Tapi kadang2 mintak jugak. Tu pun kalau desperate sangat. Sebab seingat aku, mak aku pernah kata, jangan dok pinjam duit kat orang sangat. Lama2 nanti terbiasa.
P/S: Actually, I really miss my mom.
No comments:
Post a Comment