Wednesday, September 7, 2011

Fuyoh! Lan Pet Pet pegang aku

Haa.. Sapa tak kenal Lan Pet Pet memang saja dengki la tuh. Ahahah! Kalau hampa nak tau, Lan nih sedara aku. (Bongkak gila). Betol la, aku tak tipu. Tak caya? Tengok nih zaman aku muda2 dulu. Dia selalu gak la pi lepak kat rumah aku petang2 main guli, main teng teng. Tengok siap pegang2 aku lagi. Wakaka. 


Err... Abaikan bulatan muka aku tuh ye adik2. Time nih dia yang paksa aku amik gambor ngan dia. Aku tak nak pun. Tengah bizi main guli.

Sapa percaya kepala senget. Hahah. Bwek! Tapi memang betul la Lan Pet Pet nih sedara aku. SEDARA SESAMA ISLAM. Hihihi. Saja ja poyo nak buat entri macam ni. Bukan selalu ye dok? 

Time nih masa aku darjah 5 atau 6. Lupa dah oi... Si Lan ni datang rumah kawan aku. Sebab apa beliau pi rumah kawan aku, aku tak pasti. Lupa lak nak tanya. Haha. Maybe ayah dia member Lan kot. Pastuh suka main ular. Rumah kawan aku ni ada bela banyak ular. Bukan untuk dimakan ek. Famili kawan aku ni selalu gak la buat show ngan ular nih. Selalu jugak la masuk tv, masuk paper (time tu la). Yang aku ingat dalam buku Mastika tahun bila tah. Ada la depa ni. 

Korang selalu nampak kan Lan selalu bawak ular beliau time shooting.  Hermm.. Eh, apa kena mengena ngan ular beliau? Err.. Abaikan.

P/S: Tetiba aku rasa ayat aku cam tunggang terbalik. 

Tuesday, September 6, 2011

Oldskool: Petua Petui

Ermm... Masa aku boring2, aku selongkar almari, serta laci meja. Ish, bukan cari geran tanah nak gadai. Gilo hapo?? Aku cari buku2 lama, nak baca. Aku suka baca karya2 zaman kanak2 dulu. Selongkar punya selongkar, jumpa la buku notes aku time Form 3. Ada tertulis kat depan tuh CATATAN.

Comey kan buku catatan aku. haha

Cantik lagi buku tuh. Lipas pun tak sanggup nak makan sebab cantik sangat. Haha. Aku pun belek helaian demi helaian. Pastuh gelak sorang2. Lawak dowh. Bukan nota yang aku tulis, tapi dok merapu apa tah. Kawan aku pun dok tumpang conteng sekali. Contiang (conteng) sana sini. Lukis katun la. Sekarang masih buat lagi macam tu. Tapi bukan setakat dalam notes aku ja, buku notes member aku habes aku conteng. Nasib hang la dok sebelah aku lam kelas. Haha.

Haish, lari topik lak. Ok2. Pastuh aku terjumpa beberapa petua yang Cik Lia tulis lam buku note aku tuh. Aku gelak guling2 bila baca balik. Sengal jak. Hahahh. Mengomm... Try la baca. Kot2 nak try. Boleh letak  lam blog Dunia Tuto nih. Kan Cik Lia? Huhu.

PETUA CIK LIA

Klik gambar untuk bacaan yang lebih jelas dan nyata


Klik gambar untuk bacaan yang lebih jelas dan nyata



Klik gambar untuk bacaan yang lebih jelas dan nyata


Tu je lah. Kalau aku jumpa lagi, nanti aku update lagi. Ahaks!

P/S: Berguna petua nih.

Thursday, September 1, 2011

[[Apakah?]] -Part 4-


Selepas peristiwa itu, memang tidak ada seorang pun yang menyangka bahawa aku lah pembunuh sebenar yang telah membunuh Fikri. Malah yang menjadi suspek adalah tukang kebun sekolah kerana cangkul yang aku gunakan sebagai senjata merupakan miliknya. Sungguh malang nasib tukang kebun itu. Akan tetapi, tidak ada sedikit pun rasa bersalah dalam diriku ini. Malahan aku berasa sangat puas. Kes tersebut tergangtung begitu sahaja sehingga beberapa tahun. 

Selepas seorang lelaki ku bunuh, aku terasa semakin gian untuk membunuh lagi. Setiap tahun, ada saja lelaki yang aku bunuh. Jika ada rasa tidak puas hati dengan mana2 lelaki, terus aku bunuh tanpa banyak bicara lagi. Aku bukan sahaja bunuh seperti biasa, mayat mereka aku potong2 dan kerat2 seperti mana yang dilakukan oleh arwah Mona Fendy dahulu. Sebelum ku tinggalkan mayat, akan ku pastikan kemaluan mereka telah ku 'khatankan' untuk kali kedua atau dengan kata lain, aku potong lalu bagi anjing makan. 

Setelah beberapa tahun menjalani hidup dengan karier sebagai pembunuh berantai, atau pembunuh bersiri, akhirnya aku tewas. Dan ketika itu, aku menjadi sangat terkenal dengan kejayaan aku sebagai pembunuh. Namaku sering saja menjadi tajuk bualan orang ramai. Muka depan akhbar, topik utama dalam berita, semuanya menyebut namaku. Oh, tidak kusangka sebegini femes jadinya. Setelah dibicarakan, akhirnya hukuman gantung sampai mati menjadi keputusan mahkamah untuk aku. Apakah?

Untuk pengetahuan semua, inilah kali terakhir aku meng-update blog aku. Siapa sangka dalam sibuk menjalani aktiviti pembunuhan di sana sini, aku tetap ada masa untuk blogging. Sepanjang aku di penjara, akak polis yang tolong taipkan untuk aku. Memang tak la kan diorang nak bagi aku main internet. Pada mulanya, mereka tidak membenarkan aku untuk menggunakan internet walaupun dengan bantuan polis. Akan tetapi setelah aku merayu dan melutut, aku dibenarkan untuk menggunakan internet. Mungkin mereka fikir aku dah nak mati, apa salahnya diberi peluang terakhir. 

Nampaknya sampai di sini saja lah coretan "Apakah?" ini. Sebentar lagi aku akan menjalani hukuman yang telah ditetapkan. Makna kata, sikit lagi aku dah jadi arwah. Sebelum itu, aku ingin meminta maaf kepada keluarga2 mangsa, keluarga aku, serta seluruh rakyat Malaysia dan bumi. Terima kasih jugak kepada akak polis yang telah menolong aku untuk update blog aku ini. Akhir kata, Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Innalillahiwainnailahirajiun....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...