Selepas peristiwa itu, memang tidak ada seorang pun yang menyangka bahawa aku lah pembunuh sebenar yang telah membunuh Fikri. Malah yang menjadi suspek adalah tukang kebun sekolah kerana cangkul yang aku gunakan sebagai senjata merupakan miliknya. Sungguh malang nasib tukang kebun itu. Akan tetapi, tidak ada sedikit pun rasa bersalah dalam diriku ini. Malahan aku berasa sangat puas. Kes tersebut tergangtung begitu sahaja sehingga beberapa tahun.
Selepas seorang lelaki ku bunuh, aku terasa semakin gian untuk membunuh lagi. Setiap tahun, ada saja lelaki yang aku bunuh. Jika ada rasa tidak puas hati dengan mana2 lelaki, terus aku bunuh tanpa banyak bicara lagi. Aku bukan sahaja bunuh seperti biasa, mayat mereka aku potong2 dan kerat2 seperti mana yang dilakukan oleh arwah Mona Fendy dahulu. Sebelum ku tinggalkan mayat, akan ku pastikan kemaluan mereka telah ku 'khatankan' untuk kali kedua atau dengan kata lain, aku potong lalu bagi anjing makan.
Setelah beberapa tahun menjalani hidup dengan karier sebagai pembunuh berantai, atau pembunuh bersiri, akhirnya aku tewas. Dan ketika itu, aku menjadi sangat terkenal dengan kejayaan aku sebagai pembunuh. Namaku sering saja menjadi tajuk bualan orang ramai. Muka depan akhbar, topik utama dalam berita, semuanya menyebut namaku. Oh, tidak kusangka sebegini femes jadinya. Setelah dibicarakan, akhirnya hukuman gantung sampai mati menjadi keputusan mahkamah untuk aku. Apakah?
Untuk pengetahuan semua, inilah kali terakhir aku meng-update blog aku. Siapa sangka dalam sibuk menjalani aktiviti pembunuhan di sana sini, aku tetap ada masa untuk blogging. Sepanjang aku di penjara, akak polis yang tolong taipkan untuk aku. Memang tak la kan diorang nak bagi aku main internet. Pada mulanya, mereka tidak membenarkan aku untuk menggunakan internet walaupun dengan bantuan polis. Akan tetapi setelah aku merayu dan melutut, aku dibenarkan untuk menggunakan internet. Mungkin mereka fikir aku dah nak mati, apa salahnya diberi peluang terakhir.
Nampaknya sampai di sini saja lah coretan "Apakah?" ini. Sebentar lagi aku akan menjalani hukuman yang telah ditetapkan. Makna kata, sikit lagi aku dah jadi arwah. Sebelum itu, aku ingin meminta maaf kepada keluarga2 mangsa, keluarga aku, serta seluruh rakyat Malaysia dan bumi. Terima kasih jugak kepada akak polis yang telah menolong aku untuk update blog aku ini. Akhir kata, Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Innalillahiwainnailahirajiun....
No comments:
Post a Comment