Sunday, August 14, 2011

[[Apakah?]] -Part 3-


Satu petang yang hening, aku terdengar salah seorang roomate aku menangis teresak-esak, tersemput-semput. Aku yang sedang tidur, terus terjaga kerana menyangka roomate aku sedang menangis kerana kelaparan.

"Dila, pehal kau ni nangis tersedu sedan?" Aku mula bertanya dengan perasaan curiga dan syak wasangka. Aku perhatikan mata Dila yang mula membengkak dan kemerahan. Mungkin sudah berjam-jam dia menangis di katilnya itu.

"Waaaaaa!!!! Boifren aku dah tinggalkan aku. Wuuu..."
"La... apa susahnya, ko cari la lain. Banyak lagi jantan bersepah kat dunia ni."
"Masalahnya Shad, aku sangat sayangkan Fikri. Semuanya aku dah serahkan kat dia. Disebabkan terlalu sayangkan dia, aku rela serahkan apa yang dia nak. Tapi, lepas dia dapat, dan aku pula disahkan mengandung, dia terus tak pedulikan aku."

Aku melopong apabila Dila mula membuka rahsianya bersama teman lelakinya itu. Bodohnya kau Dila. Sanggup kau. Setahu aku, Fikri tu memang lelaki tak guna. Dah ramai perempuan rosak akibat kata2 manis dan janji2 palsunya. Tiba-tiba persaan benci terhadap kaum lelaki kembali bertamu. Dendamku semakin membara walaupun bukan aku yang kena. 

"Habis tu, ape kau nak buat sekarang? Perut kau semakin lama, semakin besar nanti."
Aku bertanya kerana risau akan keadaan Dila walaupun itu semua salahnya juga. 

"Maybe aku akan berhenti sekolah. Aku memang dah tak ada masa depan dah Shad. Lelaki tu memang tak guna. Hidup aku dah hancur. Kalaulah aku tak tergoda dengan Fikri...."
"Dah la tu Dila. Benda dah jadi. Kau jadikan la semua ni pengajaran.."

Malam itu ketika aku berjalan berseorangan menuju ke hostel, aku ternampak Fikri. Aku mengikut jalan shortcut di belakang bangunan kerana ingin cepat sampai ke hostel. Tanpa ku duga, Fikri juga melalui jalan tersebut dan tidak perasan akan aku. Perasaan amarahku tiba-tiba semakin meluap-luap. Hatiku bukan sahaja membara, malah berapi-api dengan sikap Fikri. Di tepi dinding bangunan itu, aku terpandang sabatang cangkul yang berkemungkinan milik tukang kebun yang terlupa menyimpannya. Tanpa berfikiran waras dan dendam menguasai diri, terus aku mencapai cangkul tersebut dan ku ayunkannya tepat mengenai kepala Fikri.

"Hah, puas hati aku. Padan muka kau jantan sial!" 
Aku bermonolog seorang diri. Dengan separuh sedar, ku lihat Fikri sedang menggelupur kesakitan. Entah kenapa, aku masih belum puas. Lalu aku terus mengayunkan cangkul tersebut beberapa kali mengenai batang tubuh Fikri. Setelah ku agak2 Fikri sudah tidak bergerak, ku biarkan saja mayatnya di situ. Cepat2 aku membersihkan diriku dengan air paip yang terdapat di situ dan membersihkan tanda2 cap jari aku. Aku terus menuju hostel dan tiba-tiba aku tersedar...Apakah??

Bersambung....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...