Tak lama selepas itu, ibuku berkahwin dengan seseorang yang aku tidak kenali. Aku memang tidak bersetuju dengan perkahwinan ibuku tersebut kerana aku tidak menyukai lelaki itu. Aku pun tidak tahu kenapa aku tidak menyukai beliau. Mungkin selepas ibuku berkahwin, aku sering diabaikan dan ditinggal-tinggalkan. Aku seperti seorang kanak2 yang kurang kasih sayang. Bukan aku ingin menyalahkan ibuku, tetapi aku hanya inginkan sedikit perhatian darinya. Mungkin ibuku sudah lama tidak merasa kasih sayang seorang lelaki, sebab itulah beliau menjaga suami barunya dengan sepenuh hati jiwa raga serta bakul.
Akan tetapi, jiwa kanak2 aku yang semakin meningkat remaja ingin sahaja terasa nak memberontak. Aku sering melawan cakap ibuku. Tidak cukup dengan itu, barang2 dalam rumahku habis aku rosakkan kerana terlalu mengikut perasaan tidak matang aku. Hingga suatu hari, bapak tiriku melempangku laju2 kerana terlalu kurang ajar. Mulai saat itu, perasaan benci dan dendam kesumat terhadap lelaki semakin membara dalam diri ini. Apakah?
Hidup aku semakin hari semakin liar walaupun ketika itu aku baru sahaja berumur 13 tahun. Akan tetapi aku tetap mempunyai minat untuk bersekolah. Kecik2 lagi aku sudah pandai bersoSial dan perkara itu berterusan sehingga aku tinggal di asrama pada umur 16 tahun. Hal ini kerana keputusan PMR aku agak cemerlang dan berjaya ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh. Mulai saat itu, hidupku mula berubah sehari demi sehari. Dan aku juga sudah tidak aktif bersoSial. Yela, dok hostel mana boleh keluar ikut suka hati kan. Satu sahaja perkara yang masih tidak berubah dalam diri aku iaitu persepsi aku terhadap kaum lelaki. Aku masih lagi membenci kaum itu. Apakah?
No comments:
Post a Comment