Sunday, July 31, 2011

Puasa jangan tak puasa

Owh... Ramadhan kembali lagi ye adik2... Tapi kenapa macam tak rasa apa2 pun? Tak macam tahun lepas, eksaited jak aku nak sambut puasa. Tapi tahun ni rasa macam... Tak tau lah. Kenapa? Why? Astaga... 

Ermm.. Takpelah. Maybe dah puasa nanti, barulah terasa. Ye dok? Time2 puasa ni teringat pulak zaman dolu2. Macam2 benda pelik yang aku buat time bulan puasa. Haha. Bengong jak rasanya. Aku puasa penuh pun bila dah masuk Form 1.

1. Sambil mandi minum air. Ni perkara biasa bagi budak2 yang dah tak tahan sangat dah. Tapi time ni sikit jak lagi nak bukak posa. Tapi air paip tuh asyik menggoda aku jak. So, aku pun tertewas. Ambik getah paip, masukkan dalam mulut, then sedut. Ah~~ Lega.... Pastuh buat2 muka letih pi tunggu depan meja nak bukak puasa. Padahal dah kenyang air sedozen. Huahuahua!



2. Curi buah kat kebun orang, pastu makan time tu jugak. Adoi la.. Teruk betul. Time2 bulan puasa jugak la nak pi curi buah bagai. Ahah!


3. Buat2 sakit or demam nak mati. Ha, time bulan puasa la baru terasa nak makan ubat selalu. Yela, bila kena makan ubat, boleh ponteng puasa. Kalau hari biasa, memang tak la nak makan ubat. Hihi.


4. Makan kat belakang kelas. Sekolah rendah ni. Buruk perangai. Time rehat jak, terus meluru pi belakang kelas. Pastuh makan cekedis, cekelat. Makan laju2 takut cikgu nampak. Haha.


5. Makan nasik goreng dalam bilik. Punya la tak mau bagi orang nampak, sanggup makan dalam bilik. Tapi bau nasik tetap meninggalkan kesan. Haha. Bila ada orang datang jak, cepat2 sorok nasik tuh.


P/S: Selamat berposa

Saturday, July 30, 2011

Budak2 Kampung Zaman Sekarang

Ni bukan aku nak menghina orang kampung. Aku sendiri pun budak kampung jugak. Tapi nak cerita pasal perangai buruk diorang yang semakin menjadi2. Aku pulak yang naik rimas walaupun budak2 tuh bukan adik,  apatah lagi anak aku. Kalau anak aku, memang tak selamat la beliau. On da spot aku hantar Henry Gurney, tak pun Sekolah Wira Bakti dalam cerita Juvana tuh. Eheh!

Apa la nak jadi dengan budak2 sekarang nih. Baru sekolah rendah, dah bersoSial bagai. Khatan pun belum kering lagi, dah nak mula beromen sana sini. Siap ada port kat ceruk kampung tuh. Wadda.. Dah macam takda masa depan. Buntingkan anak orang sana sini. Sebab tu lah budak2 kampung dah ramai yang rosak. Serius weh. Ramai jugak yang muka tak bersalah kawen muda sebab terlanjur. Sekolah pun memang sah2 lah berenti. Mak bapak pun on jak. Tak pikir apa2 dah. Tak pikir masa depan anak diorang tuh. 

Yang aku pelik la kan, kampung tuh bukannya luas macam kat KL nun. Kalau ada anak2 muda yang buat perangai cibai macam khinzir, mesti kantoi punya. Tapi parent yang ada anak macam ni, takkan tak sedar yang anak diorang dah femes satu kampung dengan perangai sial anak tersebut?

Ada jugak parents yang terlalu open. Rilek jak biar anak diorang dengan geng2 kutu berahak mana tah dok lepak kat rumah diorang hari2. Siap sediakan peti karoke untuk diorang melalak hari2 tanpa segan dan silu. Dan yang paling penting, ada dalam geng2 kutu berahak tuh yang dah kawen. Umur baru 16 bai. Tu mesti kes kemaluan tak tentu arah dah. Satu lagi sikap parent yang selamber badak biar jak anak2 jantan diorang bawak balik betina jalang yang entah mana dikutipnya tidur kat rumah sampai berhari2. Siap buat makan2 lagi semata2 nak sambut betina tuh. Apa cita?? 


Kadang2 aku kompius sama ada mak bapak budak ni terlalu manjakan anak2 diorang or dah tak peduli apa anak2 diorang nak buat. Mana tak peliknya, budak baru darjah 6, dah dapat moto sebijik, henfon, komputer. Budak2 sekarang tak main la beskal bagai. Aku rasa macam.. ntah lah. Aku pulak yang geram. Yela, dah la takda lesen, pastuh senang2 bagi moto. Diorang tu pun bukannya kaya raya sangat. Kena saman baru nak nganga. Pastuh bila dah takda duit, mula la mencuri sana sini. Mak ayah, tok nek, tok wan, semua dah tau perangai budak tuh macam tuh. Tapi biar jak. Tak paham aku. Ponteng sekolah pun biar jak. Anak2 pi merempit pun biar jak. Bila orang lain tegur anak2 diorang, tau pulak melenting. Pokemon betul la.



P/S: Semua tuh benar2 berlaku.

[[Apakah?]] -Part 2-


Tak lama selepas itu, ibuku berkahwin dengan seseorang yang aku tidak kenali. Aku memang tidak bersetuju dengan perkahwinan ibuku tersebut kerana aku tidak menyukai lelaki itu. Aku pun tidak tahu kenapa aku tidak menyukai beliau. Mungkin selepas ibuku berkahwin, aku sering diabaikan dan ditinggal-tinggalkan. Aku seperti seorang kanak2 yang kurang kasih sayang. Bukan aku ingin menyalahkan ibuku, tetapi aku hanya inginkan sedikit perhatian darinya. Mungkin ibuku sudah lama tidak merasa kasih sayang seorang lelaki, sebab itulah beliau menjaga suami barunya dengan sepenuh hati jiwa raga serta bakul.

Akan tetapi, jiwa kanak2 aku yang semakin meningkat remaja ingin sahaja terasa nak memberontak. Aku sering melawan cakap ibuku. Tidak cukup dengan itu, barang2 dalam rumahku habis aku rosakkan kerana terlalu mengikut perasaan tidak matang aku. Hingga suatu hari, bapak tiriku melempangku laju2 kerana terlalu kurang ajar. Mulai saat itu, perasaan benci dan dendam kesumat terhadap lelaki semakin membara dalam diri ini. Apakah?

Hidup aku semakin hari semakin liar walaupun ketika itu aku baru sahaja berumur 13 tahun. Akan tetapi aku tetap mempunyai minat untuk bersekolah. Kecik2 lagi aku sudah pandai bersoSial dan perkara itu berterusan sehingga aku tinggal di asrama pada umur 16 tahun. Hal ini kerana keputusan PMR aku agak cemerlang dan berjaya ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh. Mulai saat itu, hidupku mula berubah sehari demi sehari. Dan aku juga sudah tidak aktif bersoSial. Yela, dok hostel mana boleh keluar ikut suka hati kan. Satu sahaja perkara yang masih tidak berubah dalam diri aku iaitu persepsi aku terhadap kaum lelaki. Aku masih lagi membenci kaum itu. Apakah?

Bersambung...

Part 1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...