Sunday, August 14, 2011

[[Apakah?]] -Part 3-


Satu petang yang hening, aku terdengar salah seorang roomate aku menangis teresak-esak, tersemput-semput. Aku yang sedang tidur, terus terjaga kerana menyangka roomate aku sedang menangis kerana kelaparan.

"Dila, pehal kau ni nangis tersedu sedan?" Aku mula bertanya dengan perasaan curiga dan syak wasangka. Aku perhatikan mata Dila yang mula membengkak dan kemerahan. Mungkin sudah berjam-jam dia menangis di katilnya itu.

"Waaaaaa!!!! Boifren aku dah tinggalkan aku. Wuuu..."
"La... apa susahnya, ko cari la lain. Banyak lagi jantan bersepah kat dunia ni."
"Masalahnya Shad, aku sangat sayangkan Fikri. Semuanya aku dah serahkan kat dia. Disebabkan terlalu sayangkan dia, aku rela serahkan apa yang dia nak. Tapi, lepas dia dapat, dan aku pula disahkan mengandung, dia terus tak pedulikan aku."

Aku melopong apabila Dila mula membuka rahsianya bersama teman lelakinya itu. Bodohnya kau Dila. Sanggup kau. Setahu aku, Fikri tu memang lelaki tak guna. Dah ramai perempuan rosak akibat kata2 manis dan janji2 palsunya. Tiba-tiba persaan benci terhadap kaum lelaki kembali bertamu. Dendamku semakin membara walaupun bukan aku yang kena. 

"Habis tu, ape kau nak buat sekarang? Perut kau semakin lama, semakin besar nanti."
Aku bertanya kerana risau akan keadaan Dila walaupun itu semua salahnya juga. 

"Maybe aku akan berhenti sekolah. Aku memang dah tak ada masa depan dah Shad. Lelaki tu memang tak guna. Hidup aku dah hancur. Kalaulah aku tak tergoda dengan Fikri...."
"Dah la tu Dila. Benda dah jadi. Kau jadikan la semua ni pengajaran.."

Malam itu ketika aku berjalan berseorangan menuju ke hostel, aku ternampak Fikri. Aku mengikut jalan shortcut di belakang bangunan kerana ingin cepat sampai ke hostel. Tanpa ku duga, Fikri juga melalui jalan tersebut dan tidak perasan akan aku. Perasaan amarahku tiba-tiba semakin meluap-luap. Hatiku bukan sahaja membara, malah berapi-api dengan sikap Fikri. Di tepi dinding bangunan itu, aku terpandang sabatang cangkul yang berkemungkinan milik tukang kebun yang terlupa menyimpannya. Tanpa berfikiran waras dan dendam menguasai diri, terus aku mencapai cangkul tersebut dan ku ayunkannya tepat mengenai kepala Fikri.

"Hah, puas hati aku. Padan muka kau jantan sial!" 
Aku bermonolog seorang diri. Dengan separuh sedar, ku lihat Fikri sedang menggelupur kesakitan. Entah kenapa, aku masih belum puas. Lalu aku terus mengayunkan cangkul tersebut beberapa kali mengenai batang tubuh Fikri. Setelah ku agak2 Fikri sudah tidak bergerak, ku biarkan saja mayatnya di situ. Cepat2 aku membersihkan diriku dengan air paip yang terdapat di situ dan membersihkan tanda2 cap jari aku. Aku terus menuju hostel dan tiba-tiba aku tersedar...Apakah??

Bersambung....

Monday, August 8, 2011

Balik Johor??

Haih... Nak balik Johor? Ya, Johor. Tempat kelahiran aku. Tak pernah2 jejak kaki pun kat situ sejak mak aku bawak aku balik Perlis masa umur aku 2 tahun. So, dengan family belah ayah aku yang kat Johor tu pun dah lost contact. 

Macam mana aku boleh contact diorang? Ha.. Hari tu aku saja ja try search kt fesbuk dengan menaip nama my late father, Said Abu. Kot2 ada orang dalam fesbuk yang berayahkan Said Abu. Search punya search, aku jumpa 2, 3 orang berbintikan Said Abu. So, usha punya usha, memang sah la tu semua kakak2 aku. So, aku pun start interbiu salah sorang daripada kakak aku tuh. Nama beliau Siti Rohani Said Abu. Yang lain cam kerek sikit. Pastuh kitorang pun tukar2 number fon.

Then tak lama lepas tuh, abang aku mesej aku dengan mak aku. Hari2 beliau mesej. Tak larat nak layan da. Pastuh anak buah aku pulak dok chat kat fesbuk. Dah besar da beliau, 19 tahun da. Lebih kurang aku jak. Hihi. Then, diorang semua pun dok suruh aku dengan mak aku balik Johor. 

Arghh! Actually aku tak berapa bersedia lagi nak jumpa diorang semua. Segan la. Yela, diorang semua ramai. Segan dowh! Diorang suruh balik raya kat sana, siap nak support lagi duit tambang. Pastuh mintak nombor akaun nak bank in duit. Baik sungguh hati diorang. Aku hargai niat baik diorang tuh. Tapi.... Rasa macam tak sedap la pulak. Kang ada yang cakap aku dengan mak aku sengaja cari diorang untuk meraih simpati or nak tuntut harta. Aku tak suka orang bersimpati dengan aku. Bunyi macam kerek jak aku ni. Tak tau lah cek pasaipa. Ah, tak mau! No! Bukan nak berprasangka buruk, tapi aku takut. Hati orang ni macam2. 

Hermm... so.... ntahlah. Biar masa dan keadaan yang menentukan...

Eh, terfeeling lak sorang2



Hish, aku ni pahal?? Bulan Ramadhan Al-Mubarak ni kena la bersangka baik sesama insan. Ye dok? Ni tak jumpa lagi dah pikir bukan2. Haih...

P/S: Bukan tak nak jumpa, but i'm not ready yet. Tak cukup matang lagi. Eh, apa kena mengena?? Haha.

Sunday, August 7, 2011

Banyak Kerja

Oit, rasa cam dah lama tak update blog. Malas. Idea ada, tapi takda mood nak update, bukan takda masa. Huhu...

Fuuuhh.... Banyaknya benda yang nak kena setelkan. Esaimen, presentation. Dah la tough2 semua. Esaimen lak nak kena submit dalam masa 3 minggu ni. Bukan 1, tapi 3 esaimen. Setiap esaimen banyak task pulak tuh. Adoi la.. Runsing, rushing, pusing semua ada. Tapi sempat lagi dok update blog. Eheheh. Tapi bila aku nak buat semua kerja2 aku kan, ada ja dugaan, halangan, kekangan serta kangkangan. Eh, err... 

Cerita dia macam ni:

Dah pukul 9pm.(kantoi tak pi terawih.hihihi)
Ok la, nak start buat kerja. Lalala~~
Beberapa saat kemudian, otak aku terpikirkan sesuatu.
Erm... pesbuk la kejap. Mana tau kot2 ada latest post pasal kelas or esaimen. 


Sejam beberapa minit kemudian.....


2 jam kemudian....


15 minit kemudian...


sejam kemudian....(10 menet pa kajadahnya)
dah pukul 1 lebih..

Dipetik daripada fuuubook
argh!kerja2 aku semua tak start lagi!!!

Ni lah sebahagian daripada dugaan2 serta halangan yang terpaksa aku hadapi...... sadis kan.

P/S: buat kerja tak boleh nak foqus!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...