Saturday, August 27, 2011

Dugaan Balik Kampung

Haih... Alhamdulillah.. Akhirnya sampai jugak aku kat rumah terchenta nih. Before sampai rumah, banyak betul dugaan. Letih aku. Rasa cam nak menangis guling2.

Tiket aku semalam, 26/8/2011, 1.30 pm. Betul la tu.. Semalam gak aku sampai lambat kat stesen bas. Hujan lebat gila. Awat rasa cam tak reti buat ayat ni? Err... Ok proceed2..

Dah sampai lambat tu, aku pun berlari2 nak dapatkan bas. Bas yang aku naik tu bas Shamisha Ekspress. Pastu aku pun tanya la kat orang dalam bas tu.

"Ni bas nak gi Kangar kan?"

Pastu ada akak dok kat tepi pintu bas tu jawab. 

"Eh, dik. Kami tak pi kangaq. Kami tak ambik penumpang yang pi kangaq. Kami berenti kat Shahab Perdana (Alor Setar) ja. Kalau ada pun bas lain kot."

Erk! Aku terdiam. Mana ada bas lain dah. Time tu pun dah pukul  1.40 cam tu la. Pastu aku pun berkata.

"Tapi kat tiket ni ada tulis pi kangaq. Pukul 1.30. Bas ni la"


Then akak tu tanya orang jual tiket tuh. Orang yang jual tiket tu pun buat muka takda perasaan suruh aku naik ja bas tu. Aku pun terpikir2 kalau sampai Shahab ja, mampos sapa nak amik aku. A.Staq ngan rumah aku jauh kot. Ayah aku kat sepital. Takkan nak suruh mak aku bawak moto pi situ tengah2 malam sorang2. Adoi.. Tapi naik jugak la bas tuh. Lega sikit sebab akak tadi tu kata maybe sampai Shahab nanti boleh tukar bas. Naik je bas tuh, aku terus tidur. Bukak puasa pun minum air kotak Dutch Lady ngan burger. Sedih. Sob2.

Time dah nak dekat sampai A.Staq tu, tetiba akak tu panggil. Tetiba terpikir, eh akak tu buat apa dalam bas ni? Takkan jadi cleaner bas buruk ni kot. Bas Sani pun takdak cleaner. Hermm.. Tengah mamai2 tu aku pun pi ja la depan kat tempat drive tuh. Erk! Akak tu driver bas rupanya. Patut lah. Beliau panggil aku sebab nak bagitau bas nak pi Kangaq memang takda dah. Beliau suruh aku talipon sapa2 pi amik kat Shahab sekarang jugak. Akak tu kata orang jual tiket tu main jual je tiket kat orang. Tak tengok bas tu pergi sampai mana. Bas yang aku naik tu bas extra. Bodoh betul la. Aku tertipu. Celaka. Ha, mampos la wei... Tak balik aku der. 

Aku tak expect pun yang tu bas extra sebab tiket tuh printed. So, tanpa syak wasangka dan ragu2, memang aku kompiden yang bas tu macam biasa punya bas. Akak yang jual tiket tu pun tak cakap apa2. Rugi duit aku bayar tiket Kangaq, tapi sampai A.Staq jak.

Pastu mak aku datang jugak dengan pak anjang aku. Terpaksa mintak tolong beliau, walaupun aku tak suka beliau atas sebab2 tertentu. Nak buat macam mana, nak naik teksi, duit pulak takdak. Aku ingat nak mintak tolong orang tu antar aku balik sampai Kangaq. Sebab time tu kebetulan dia ada kerja kat situ. Tapi pikir2 balik, mampos kalau mak aku tau aku balik ngan jantan. Tengah2 malam lak tu. Hihihiihi....

So, aku pun balik la dengan mak aku... Herm.. Aku masih lagi bernasib baik rupanya. Aku ingat nak kena tidur kat stesen bas da malam tu. Pakcik2 teksi yang lalu lalang kat situ dok kerja interview aku jak. Nak pi mana? Tunggu sapa? Awat tak balik lagi? Penat nak jawab. Ngantok la.

P/S: Tetiba rasa FEDUP nak naik bas

6 comments:

Yanayo said...

sabo2.. dugaan rayoo... aku pun pnah jadi gak. smpai pepagi buta.. seb bek ada transport.. mmg kna carut la bas tu ari tu.. haha

juzMe said...

haha..yka?
2 la..bodo la depa tu..
babiQiu,pokkkemon

cik kompas said...

musim raya ni, besa la kalo kena muhung lagu tu...sabaq ja la....


hehehe.... sapa dia tu....

ehem3....

*tersenyum gatai

juzMe said...

errr....theeeheeehehhee

~The Life Sketcher~ said...

Hahahahahaa....btw, ngan sape kau nak balik, kau kate mntk tolg anta tu??? sape??

AtiksaiD said...

xder sape lah der...huuuuuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...