Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432 Hijrah bersamaan 30/8/2011


Hari ni 1 Syawal. 1 Syawal, hari ni. Dengan kata lain hari ni hari rayaaaaa!! Tapi aku takda la eksaited pun. Biasa jak. Orang lain bizi dok sambut raya dengan family masing2. Aku masih disini. Siap update blog lagi. Itu menandakan aku sangat free di hari raya yang mulia ini ye adik2. Hurmmm... Bosan pun ada jugak. Untungla orang lain ada adik beradik ramai.

Tadi sikit lagi aku nak eksiden habaq hang. Masa tu aku nak pi rumah tok aku. Bawak moto. Pastuh time nak lintas jalan tu aku nampak kereta jak.  Lepas kereta tu berlalu, aku terus lintas jalan. Tetiba, PINNNNN!!!!! Erk!  Astaghfirullahalazim... Ada moto sikit lagi nak langgar aku. Nasib baik brader tu sempat elak. Laju jugak la dia bawak moto. Kiranya sipi2 jak. Kat depan batang idung aku ja moto brader tuh. Fuh! Ya Allah... Awat la aku tak perasan moto brader tuh. Sumpah aku tak perasan. Bukan aku sesaja nak lintas menonong. Brader tu pun pandang tak puas hati kat aku. Aku nak say sory pun dah kat tengah jalan. Kang benda lain pulak langgar aku. Mintak maap banyak2 la brader. Kira ok la dia sempat elak. Kalau tak, hurm, Innalillah...

Semalam pun aku hampir eksiden jugak. Nak berlanggar dengan kereta yang datang dari arah bertentangan. Time tuh aku memotong, kereta tu jugak sedang memotong. Laju siot. Kalau tak, tak raya la aku. Tak ter-update la blog nih. (Takpa, bukan ada sapa pedulik pun) Tetiba rasa cam dalam cerita Final Destination tuh. Maut sedang mengejar. Astaghfirullah... Maaf2. Banyak pikir.

Pastuh before raya and time raya nih, aku asyik terdengar lagu raya yang sedih2 berkali2. lagu Sepasang Kurung Biru-Khairil Johari ngan Pulanglah-Aishah. Pi sini, dengar lagu tu, pi sana dengar lagu tu. Dalam kedai, luar kedai. Sedih pulak rasanya walaupun lagu tu takda kena mengena dengan aku. Hehe. Hurmm, tak tau la cek pasai pa. Perasaan ja kot.




CAK! Ahaha. Sedih2 pun sempat lagi bergambor. Disini aku sertakan pic aku ngan anak buah aku yang encem ni, Mamat. Nama betol dia Muhammad Haris Taufiq. Comey kan we olls.. Kuang2:P
Ini menandakan aku beraya jugak la sikit2. Eheh!




P/S: Takut plak nak bawak moto. Kereta memang tak la. Lepas ni lesen aku gantung je kat dinding sebagai tatapan untuk menunjukan aku dah ada lesen tapi bergantung. Err.... Heeeee.....

Saturday, August 27, 2011

Dugaan Balik Kampung

Haih... Alhamdulillah.. Akhirnya sampai jugak aku kat rumah terchenta nih. Before sampai rumah, banyak betul dugaan. Letih aku. Rasa cam nak menangis guling2.

Tiket aku semalam, 26/8/2011, 1.30 pm. Betul la tu.. Semalam gak aku sampai lambat kat stesen bas. Hujan lebat gila. Awat rasa cam tak reti buat ayat ni? Err... Ok proceed2..

Dah sampai lambat tu, aku pun berlari2 nak dapatkan bas. Bas yang aku naik tu bas Shamisha Ekspress. Pastu aku pun tanya la kat orang dalam bas tu.

"Ni bas nak gi Kangar kan?"

Pastu ada akak dok kat tepi pintu bas tu jawab. 

"Eh, dik. Kami tak pi kangaq. Kami tak ambik penumpang yang pi kangaq. Kami berenti kat Shahab Perdana (Alor Setar) ja. Kalau ada pun bas lain kot."

Erk! Aku terdiam. Mana ada bas lain dah. Time tu pun dah pukul  1.40 cam tu la. Pastu aku pun berkata.

"Tapi kat tiket ni ada tulis pi kangaq. Pukul 1.30. Bas ni la"


Then akak tu tanya orang jual tiket tuh. Orang yang jual tiket tu pun buat muka takda perasaan suruh aku naik ja bas tu. Aku pun terpikir2 kalau sampai Shahab ja, mampos sapa nak amik aku. A.Staq ngan rumah aku jauh kot. Ayah aku kat sepital. Takkan nak suruh mak aku bawak moto pi situ tengah2 malam sorang2. Adoi.. Tapi naik jugak la bas tuh. Lega sikit sebab akak tadi tu kata maybe sampai Shahab nanti boleh tukar bas. Naik je bas tuh, aku terus tidur. Bukak puasa pun minum air kotak Dutch Lady ngan burger. Sedih. Sob2.

Time dah nak dekat sampai A.Staq tu, tetiba akak tu panggil. Tetiba terpikir, eh akak tu buat apa dalam bas ni? Takkan jadi cleaner bas buruk ni kot. Bas Sani pun takdak cleaner. Hermm.. Tengah mamai2 tu aku pun pi ja la depan kat tempat drive tuh. Erk! Akak tu driver bas rupanya. Patut lah. Beliau panggil aku sebab nak bagitau bas nak pi Kangaq memang takda dah. Beliau suruh aku talipon sapa2 pi amik kat Shahab sekarang jugak. Akak tu kata orang jual tiket tu main jual je tiket kat orang. Tak tengok bas tu pergi sampai mana. Bas yang aku naik tu bas extra. Bodoh betul la. Aku tertipu. Celaka. Ha, mampos la wei... Tak balik aku der. 

Aku tak expect pun yang tu bas extra sebab tiket tuh printed. So, tanpa syak wasangka dan ragu2, memang aku kompiden yang bas tu macam biasa punya bas. Akak yang jual tiket tu pun tak cakap apa2. Rugi duit aku bayar tiket Kangaq, tapi sampai A.Staq jak.

Pastu mak aku datang jugak dengan pak anjang aku. Terpaksa mintak tolong beliau, walaupun aku tak suka beliau atas sebab2 tertentu. Nak buat macam mana, nak naik teksi, duit pulak takdak. Aku ingat nak mintak tolong orang tu antar aku balik sampai Kangaq. Sebab time tu kebetulan dia ada kerja kat situ. Tapi pikir2 balik, mampos kalau mak aku tau aku balik ngan jantan. Tengah2 malam lak tu. Hihihiihi....

So, aku pun balik la dengan mak aku... Herm.. Aku masih lagi bernasib baik rupanya. Aku ingat nak kena tidur kat stesen bas da malam tu. Pakcik2 teksi yang lalu lalang kat situ dok kerja interview aku jak. Nak pi mana? Tunggu sapa? Awat tak balik lagi? Penat nak jawab. Ngantok la.

P/S: Tetiba rasa FEDUP nak naik bas

Saturday, August 20, 2011

Actually..

Actually.. ada banyak benda aku cerita ni. Segala macam luahan, ludahan, aduan, and so on yang aku nak post. Tapi... tak jadi la. Sebab aku memikirkan dan mementingkan perasaan orang yang maybe terbaca entry2 amukan aku. Mana lah tau kot ada yang terasa. Ye dok. So, biarlah ianya menjadi draft dalam heart disk aku. Huahuahua. Eh, suka pulak. Ngeee. 


Lagipun... erm takpa lah. Malas nak taip panjang2. 

P/S: Actually disini... aku tak siap lagi saimen. Sekian makasih.

Sunday, August 14, 2011

[[Apakah?]] -Part 3-


Satu petang yang hening, aku terdengar salah seorang roomate aku menangis teresak-esak, tersemput-semput. Aku yang sedang tidur, terus terjaga kerana menyangka roomate aku sedang menangis kerana kelaparan.

"Dila, pehal kau ni nangis tersedu sedan?" Aku mula bertanya dengan perasaan curiga dan syak wasangka. Aku perhatikan mata Dila yang mula membengkak dan kemerahan. Mungkin sudah berjam-jam dia menangis di katilnya itu.

"Waaaaaa!!!! Boifren aku dah tinggalkan aku. Wuuu..."
"La... apa susahnya, ko cari la lain. Banyak lagi jantan bersepah kat dunia ni."
"Masalahnya Shad, aku sangat sayangkan Fikri. Semuanya aku dah serahkan kat dia. Disebabkan terlalu sayangkan dia, aku rela serahkan apa yang dia nak. Tapi, lepas dia dapat, dan aku pula disahkan mengandung, dia terus tak pedulikan aku."

Aku melopong apabila Dila mula membuka rahsianya bersama teman lelakinya itu. Bodohnya kau Dila. Sanggup kau. Setahu aku, Fikri tu memang lelaki tak guna. Dah ramai perempuan rosak akibat kata2 manis dan janji2 palsunya. Tiba-tiba persaan benci terhadap kaum lelaki kembali bertamu. Dendamku semakin membara walaupun bukan aku yang kena. 

"Habis tu, ape kau nak buat sekarang? Perut kau semakin lama, semakin besar nanti."
Aku bertanya kerana risau akan keadaan Dila walaupun itu semua salahnya juga. 

"Maybe aku akan berhenti sekolah. Aku memang dah tak ada masa depan dah Shad. Lelaki tu memang tak guna. Hidup aku dah hancur. Kalaulah aku tak tergoda dengan Fikri...."
"Dah la tu Dila. Benda dah jadi. Kau jadikan la semua ni pengajaran.."

Malam itu ketika aku berjalan berseorangan menuju ke hostel, aku ternampak Fikri. Aku mengikut jalan shortcut di belakang bangunan kerana ingin cepat sampai ke hostel. Tanpa ku duga, Fikri juga melalui jalan tersebut dan tidak perasan akan aku. Perasaan amarahku tiba-tiba semakin meluap-luap. Hatiku bukan sahaja membara, malah berapi-api dengan sikap Fikri. Di tepi dinding bangunan itu, aku terpandang sabatang cangkul yang berkemungkinan milik tukang kebun yang terlupa menyimpannya. Tanpa berfikiran waras dan dendam menguasai diri, terus aku mencapai cangkul tersebut dan ku ayunkannya tepat mengenai kepala Fikri.

"Hah, puas hati aku. Padan muka kau jantan sial!" 
Aku bermonolog seorang diri. Dengan separuh sedar, ku lihat Fikri sedang menggelupur kesakitan. Entah kenapa, aku masih belum puas. Lalu aku terus mengayunkan cangkul tersebut beberapa kali mengenai batang tubuh Fikri. Setelah ku agak2 Fikri sudah tidak bergerak, ku biarkan saja mayatnya di situ. Cepat2 aku membersihkan diriku dengan air paip yang terdapat di situ dan membersihkan tanda2 cap jari aku. Aku terus menuju hostel dan tiba-tiba aku tersedar...Apakah??

Bersambung....

Monday, August 8, 2011

Balik Johor??

Haih... Nak balik Johor? Ya, Johor. Tempat kelahiran aku. Tak pernah2 jejak kaki pun kat situ sejak mak aku bawak aku balik Perlis masa umur aku 2 tahun. So, dengan family belah ayah aku yang kat Johor tu pun dah lost contact. 

Macam mana aku boleh contact diorang? Ha.. Hari tu aku saja ja try search kt fesbuk dengan menaip nama my late father, Said Abu. Kot2 ada orang dalam fesbuk yang berayahkan Said Abu. Search punya search, aku jumpa 2, 3 orang berbintikan Said Abu. So, usha punya usha, memang sah la tu semua kakak2 aku. So, aku pun start interbiu salah sorang daripada kakak aku tuh. Nama beliau Siti Rohani Said Abu. Yang lain cam kerek sikit. Pastuh kitorang pun tukar2 number fon.

Then tak lama lepas tuh, abang aku mesej aku dengan mak aku. Hari2 beliau mesej. Tak larat nak layan da. Pastuh anak buah aku pulak dok chat kat fesbuk. Dah besar da beliau, 19 tahun da. Lebih kurang aku jak. Hihi. Then, diorang semua pun dok suruh aku dengan mak aku balik Johor. 

Arghh! Actually aku tak berapa bersedia lagi nak jumpa diorang semua. Segan la. Yela, diorang semua ramai. Segan dowh! Diorang suruh balik raya kat sana, siap nak support lagi duit tambang. Pastuh mintak nombor akaun nak bank in duit. Baik sungguh hati diorang. Aku hargai niat baik diorang tuh. Tapi.... Rasa macam tak sedap la pulak. Kang ada yang cakap aku dengan mak aku sengaja cari diorang untuk meraih simpati or nak tuntut harta. Aku tak suka orang bersimpati dengan aku. Bunyi macam kerek jak aku ni. Tak tau lah cek pasaipa. Ah, tak mau! No! Bukan nak berprasangka buruk, tapi aku takut. Hati orang ni macam2. 

Hermm... so.... ntahlah. Biar masa dan keadaan yang menentukan...

Eh, terfeeling lak sorang2



Hish, aku ni pahal?? Bulan Ramadhan Al-Mubarak ni kena la bersangka baik sesama insan. Ye dok? Ni tak jumpa lagi dah pikir bukan2. Haih...

P/S: Bukan tak nak jumpa, but i'm not ready yet. Tak cukup matang lagi. Eh, apa kena mengena?? Haha.

Sunday, August 7, 2011

Banyak Kerja

Oit, rasa cam dah lama tak update blog. Malas. Idea ada, tapi takda mood nak update, bukan takda masa. Huhu...

Fuuuhh.... Banyaknya benda yang nak kena setelkan. Esaimen, presentation. Dah la tough2 semua. Esaimen lak nak kena submit dalam masa 3 minggu ni. Bukan 1, tapi 3 esaimen. Setiap esaimen banyak task pulak tuh. Adoi la.. Runsing, rushing, pusing semua ada. Tapi sempat lagi dok update blog. Eheheh. Tapi bila aku nak buat semua kerja2 aku kan, ada ja dugaan, halangan, kekangan serta kangkangan. Eh, err... 

Cerita dia macam ni:

Dah pukul 9pm.(kantoi tak pi terawih.hihihi)
Ok la, nak start buat kerja. Lalala~~
Beberapa saat kemudian, otak aku terpikirkan sesuatu.
Erm... pesbuk la kejap. Mana tau kot2 ada latest post pasal kelas or esaimen. 


Sejam beberapa minit kemudian.....


2 jam kemudian....


15 minit kemudian...


sejam kemudian....(10 menet pa kajadahnya)
dah pukul 1 lebih..

Dipetik daripada fuuubook
argh!kerja2 aku semua tak start lagi!!!

Ni lah sebahagian daripada dugaan2 serta halangan yang terpaksa aku hadapi...... sadis kan.

P/S: buat kerja tak boleh nak foqus!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...