Tuesday, September 27, 2011

Otak Nanar Suda

Aaaahhhh~~~~ Penat.
Jangan nak pikir bukan2 lak ek.. Aku tengah merehatkan otak aku ni sebenarnya. Adoi, penat otak den. Boleh jadi gila habaq mai. Aku baru habis buat esaimen ni. Fuh.. Dalam masa 2 minggu, aku terpaksa 3 siapkan esaimen non-stop. Tu la, time cuti raya ritu tak mau buat... Padan la muka. Eh, bukan tak mau buat, tak reti la. Raya, raya la.. Ni ada lagi esaimen yang menanti sebenarnye. Lagi 3 hari nak hantar. Memang aku tak sempat nak pikir pape dah. Lepas antar satu saimen, terus buat next esaimen. Hadoi... Nasib.. Nasib. Sebab tuh boleh jadi nanar nih. Grr.. Yang lagi nanar tuh, lepas hantar saimen je, ingat nak rehat jap. Pastu tetiba lecturer bagi free give sebabkan esaimen. Free give beliau adalah free lagi 2,3 esaimen. Arghh... Sapa lah yang mencipta esaimen ni. Aku lebih rela amik exam. Hermmm....



Astaghfirullah...jangan buat gini ek.. masalah boleh setel...esaimen boleh siap...huhuhu

P/S: Banyak lagi ni esaimen nak kena buat. Arghhh!!!



Saturday, September 17, 2011

No Luck

Hermm.. Sangat2 sedih.. terkilan.. kecewa.. sentap.. semua ada. Apakah semua ni?? Sepanjang minggu ni, semua benda mengecewakan aku. Setiap hari kot. Apa yang aku nak, semua tak dapat. Every single thing ok. Arghh! Memula aku boleh sabar lagi, so pikir positif je lah. Aku pikir takpe.. Mungkin ada orang yang lebih sedih daripada aku. Tapi dah setiap benda jadi macam ni, aku dah tak boleh tahan. Ya Allah.. Betapa nipisnya imanku. Tak bolah nak tahan dengan dugaan duniawi. Tapi serius aku memang tak boleh tahan. Rasa cam nak menangis guling2. 

Harapanku hampa belaka. Tajuk lagu apa tah ni. Ermm.. Camtulah yang aku rasa sekarang. Apa yang aku harapkan, semua tak menjadi. Benda ni bukan sekarang terjadi. Tapi sejak azali. Semuanya harapan palsu. Semua orang pun suka bagi harapan palsu kat aku. Sedih sangat2. Kenapa aku selalu tak bernasib baik? Kenapa? Apa dosa aku? Benda yang aku harapkan tuh pun bukannya besar sangat. Apa yang aku nak pun benda simple je. Boleh dapat bila2 masa. Tapi kenapa banyak sangat halangan dan kekangan ni?? Aku dah letih. Sampai saat ni, aku masih lagi tersentap dengan apa yang sedang berlaku.

Aku tulis kat sini bukan nak mintak simpati kat sapa2. Lagipun, aku tak suruh orang baca pun. Aku suruh follow blog aku ja, takda lah nak suruh baca sangat. Eh, apsal tetiba geram tak tentu pasal nih. Aduh.. Tengok, dah tak boleh nak kawal. Aku masih sedih lagi.. Hurmm..

P/S: Untungla bagi sesapa yang dapat dengan mudah apa yang korang impikan dan selalu bernasib baik..

Thursday, September 15, 2011

Lost Control


Tak boleh nak control marah da sejak akhir2 ni. Semua benda menguji kesabaran aku. Perangai lama datang balik. Dulu kalau marah, aku tunjuk yang aku tengah marah or merajuk (macam harem perangai camnih). Macam tu lah sekarang. Maaf la sape2 yang terlibat. Maybe da banyak sangat kot perasaan marah yang diperam dan terbuku di hati, banyak sangat yang tersimpan tak terluah2, tak terkata2. Ditambah pulak otak tengah berserabut. Gunung berapi pun lama2 meletus jugak kalau lava tuh diperam lama sangat. Selama ni aku just diam ja kalau marah. Tak pun dok jauh2 dari orang atau senang citer, dok menyendiri. Tapi sekarang da lebih agresif dengan mencarut depan2 serta bertindak ikut suka hati. Serius aku tak suka buat macam ni. Tapi da tak boleh nak kawal. Hurmm. Sabar atik.......


natang pe ni?gunung berapi ke bukit berapi ni?ah,mamposlah

P/S: Hari2 hidup dalam keBENGANGan. 

Monday, September 12, 2011

Da Ulat

Penat la ari nih. Tadi tetiba ada explorace lak. Haha. Yang bestnya pakai baju kurung. Dem. Aku dapat tau lambat kena pakai baju tshirt. Time tuh da kat kolej. Takkan nak balik rumah tukar lak. Tak sempat. Aku rasa cam pompuan gila tengah cari anak je time ke hulu ke hilir cari klu pakai baju kurung. Redah utan pisang bagai. Korek pokok, batu. Berenang, merangkak, menyulur. Haih. <----(hiperbola je nih). 

Pastuh time nak balik tadi singgah bilik member jap nak amik beg. Ha, satu lagi yang tak tahan, before tuh aku usung laptop. Berat kot. Tu yang rasa tension. Tinggal jap kat bilik member. Ok, lepas nak gi amik laptop tuh, tetiba budak2 bilik tuh menjerit:


Tu je lah nak citer. Haha. Beria diorang menjerit. Macam ada ular sawa je. Siap lari jauh2 daripada aku. Hina sangat kah? Haha ayat tak boleh blah. Hihi.

P/S: Hari ni aku penat. Pastuh tetiba balik rumah rasa tension. Demmit!

Thursday, September 8, 2011

Tukar Lagi

Pahal Atik tuh?? Asyik tukar blog title ngn header je.



Ish, suka hati lah! Biaq pi ler... bukan ramai follower pun... Ye dok. Kalau belog pemes kot la cam serabut sikit. Ni tak pemes pun. Apa da hal?? Dalam seminggu aku nak tukar ada la dalam 14 ratus kali blog title ngn header. Muahahah!



P/S: Tak puas ati ngan tajuk blog nih. Hermp!

Wednesday, September 7, 2011

Fuyoh! Lan Pet Pet pegang aku

Haa.. Sapa tak kenal Lan Pet Pet memang saja dengki la tuh. Ahahah! Kalau hampa nak tau, Lan nih sedara aku. (Bongkak gila). Betol la, aku tak tipu. Tak caya? Tengok nih zaman aku muda2 dulu. Dia selalu gak la pi lepak kat rumah aku petang2 main guli, main teng teng. Tengok siap pegang2 aku lagi. Wakaka. 


Err... Abaikan bulatan muka aku tuh ye adik2. Time nih dia yang paksa aku amik gambor ngan dia. Aku tak nak pun. Tengah bizi main guli.

Sapa percaya kepala senget. Hahah. Bwek! Tapi memang betul la Lan Pet Pet nih sedara aku. SEDARA SESAMA ISLAM. Hihihi. Saja ja poyo nak buat entri macam ni. Bukan selalu ye dok? 

Time nih masa aku darjah 5 atau 6. Lupa dah oi... Si Lan ni datang rumah kawan aku. Sebab apa beliau pi rumah kawan aku, aku tak pasti. Lupa lak nak tanya. Haha. Maybe ayah dia member Lan kot. Pastuh suka main ular. Rumah kawan aku ni ada bela banyak ular. Bukan untuk dimakan ek. Famili kawan aku ni selalu gak la buat show ngan ular nih. Selalu jugak la masuk tv, masuk paper (time tu la). Yang aku ingat dalam buku Mastika tahun bila tah. Ada la depa ni. 

Korang selalu nampak kan Lan selalu bawak ular beliau time shooting.  Hermm.. Eh, apa kena mengena ngan ular beliau? Err.. Abaikan.

P/S: Tetiba aku rasa ayat aku cam tunggang terbalik. 

Tuesday, September 6, 2011

Oldskool: Petua Petui

Ermm... Masa aku boring2, aku selongkar almari, serta laci meja. Ish, bukan cari geran tanah nak gadai. Gilo hapo?? Aku cari buku2 lama, nak baca. Aku suka baca karya2 zaman kanak2 dulu. Selongkar punya selongkar, jumpa la buku notes aku time Form 3. Ada tertulis kat depan tuh CATATAN.

Comey kan buku catatan aku. haha

Cantik lagi buku tuh. Lipas pun tak sanggup nak makan sebab cantik sangat. Haha. Aku pun belek helaian demi helaian. Pastuh gelak sorang2. Lawak dowh. Bukan nota yang aku tulis, tapi dok merapu apa tah. Kawan aku pun dok tumpang conteng sekali. Contiang (conteng) sana sini. Lukis katun la. Sekarang masih buat lagi macam tu. Tapi bukan setakat dalam notes aku ja, buku notes member aku habes aku conteng. Nasib hang la dok sebelah aku lam kelas. Haha.

Haish, lari topik lak. Ok2. Pastuh aku terjumpa beberapa petua yang Cik Lia tulis lam buku note aku tuh. Aku gelak guling2 bila baca balik. Sengal jak. Hahahh. Mengomm... Try la baca. Kot2 nak try. Boleh letak  lam blog Dunia Tuto nih. Kan Cik Lia? Huhu.

PETUA CIK LIA

Klik gambar untuk bacaan yang lebih jelas dan nyata


Klik gambar untuk bacaan yang lebih jelas dan nyata



Klik gambar untuk bacaan yang lebih jelas dan nyata


Tu je lah. Kalau aku jumpa lagi, nanti aku update lagi. Ahaks!

P/S: Berguna petua nih.

Thursday, September 1, 2011

[[Apakah?]] -Part 4-


Selepas peristiwa itu, memang tidak ada seorang pun yang menyangka bahawa aku lah pembunuh sebenar yang telah membunuh Fikri. Malah yang menjadi suspek adalah tukang kebun sekolah kerana cangkul yang aku gunakan sebagai senjata merupakan miliknya. Sungguh malang nasib tukang kebun itu. Akan tetapi, tidak ada sedikit pun rasa bersalah dalam diriku ini. Malahan aku berasa sangat puas. Kes tersebut tergangtung begitu sahaja sehingga beberapa tahun. 

Selepas seorang lelaki ku bunuh, aku terasa semakin gian untuk membunuh lagi. Setiap tahun, ada saja lelaki yang aku bunuh. Jika ada rasa tidak puas hati dengan mana2 lelaki, terus aku bunuh tanpa banyak bicara lagi. Aku bukan sahaja bunuh seperti biasa, mayat mereka aku potong2 dan kerat2 seperti mana yang dilakukan oleh arwah Mona Fendy dahulu. Sebelum ku tinggalkan mayat, akan ku pastikan kemaluan mereka telah ku 'khatankan' untuk kali kedua atau dengan kata lain, aku potong lalu bagi anjing makan. 

Setelah beberapa tahun menjalani hidup dengan karier sebagai pembunuh berantai, atau pembunuh bersiri, akhirnya aku tewas. Dan ketika itu, aku menjadi sangat terkenal dengan kejayaan aku sebagai pembunuh. Namaku sering saja menjadi tajuk bualan orang ramai. Muka depan akhbar, topik utama dalam berita, semuanya menyebut namaku. Oh, tidak kusangka sebegini femes jadinya. Setelah dibicarakan, akhirnya hukuman gantung sampai mati menjadi keputusan mahkamah untuk aku. Apakah?

Untuk pengetahuan semua, inilah kali terakhir aku meng-update blog aku. Siapa sangka dalam sibuk menjalani aktiviti pembunuhan di sana sini, aku tetap ada masa untuk blogging. Sepanjang aku di penjara, akak polis yang tolong taipkan untuk aku. Memang tak la kan diorang nak bagi aku main internet. Pada mulanya, mereka tidak membenarkan aku untuk menggunakan internet walaupun dengan bantuan polis. Akan tetapi setelah aku merayu dan melutut, aku dibenarkan untuk menggunakan internet. Mungkin mereka fikir aku dah nak mati, apa salahnya diberi peluang terakhir. 

Nampaknya sampai di sini saja lah coretan "Apakah?" ini. Sebentar lagi aku akan menjalani hukuman yang telah ditetapkan. Makna kata, sikit lagi aku dah jadi arwah. Sebelum itu, aku ingin meminta maaf kepada keluarga2 mangsa, keluarga aku, serta seluruh rakyat Malaysia dan bumi. Terima kasih jugak kepada akak polis yang telah menolong aku untuk update blog aku ini. Akhir kata, Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Innalillahiwainnailahirajiun....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...