Sungguh berat hatiku
Untuk melepaskan dirimu
Membiarkan perasaanku padamu
Terbuai dan terus berlalu
Sungguhpun begitu
Tidak terniat dihatiku
Untuk menyintaimu
Kerna ku tahu
Dirimu tak mungkin milikku
Sungguh payah hatiku
Untuk melupai perasaanku
Kerana ia terus hadir membelenggu
Jiwa dan naluriku
Ah, aku keliru
Maafkan diriku
Andai terlebih perhatian padamu
Mengundang ragu di hatimu
Kerana ianya bukan kehendakku
Bukan juga pintaku
Memiliki perasaan padamu
Ia diluar kawalanku
Membuat hidupku terganggu
Sekali lagi maafkan aku
By:
Atik Said
No comments:
Post a Comment