Sunday, January 15, 2012

Cerpen: Anugerah [Part 9]


Setahun kemudian.....

Walaupun Ammar dan Aisya tinggal serumah, mereka tetap tidur berasingan. Mereka berdua telah pun tamat belajar dan bersedia untuk bekerja. Mereka juga masih tidak berkomunikasi seperti biasa. Tetap menggunakan SMS dan komen mengomen serta IM di facebook. Relationship dalam facebook je married to. Tapi, tak macam suami isteri pun. Haha. Ammar juga masih beranggapan bahawa Aisya sudah mempunyai pilihan hatinya sebelum mereka berkahwin kerana dia kerap kali ternampak Aisya sedang bergayut dengan seseorang. Dia tidak tahu bahawa Aisya sedang bergayut dengan Aina. Mengalahkan kekasih pula mereka itu.
Aisya,sy nk tnye ckit bleh?”
Tnye je la...
Smpai ble kte nk msj je?Sy bosan la
Sy pn xtau..kdg2 tringin jgk nk ckp dgn awk
Eleh,yke..nti buah ati awk mrh plak
Dtg mne plak buah ati ni??Sy kn dh brsuami. Watpe nk cri buah ati lg” Aisya berasa geram dengan sindiran Ammar. Dia berasa seolah Ammar tidak mempercayainya. Memang Ammar bukan pilihan hatinya. Tapi dia juga tahu tanggungjawab seorang isteri. Dalam diam-diam, dia juga mula menyayangi Ammar. Tapi cinta belum lagi. Boleh pulak macam tu.
Yke?hbis tu spe yg slalu call awk tu?
Owh, tu Aina la. Kwn skola sy dulu. Tu pn nk jeles ke?
Eh,jeles knape plak...kwn awk?prmpuan?bkn boifren?” Ammar tersentak dengan jawapan tersebut. Gembira pun ada jugak. Dia tidak menyangka bahawa selama ini Aisya bergayut dengan teman lamanya.
Ish awk ni...xkan laki nme Aina kot. Tu la,lain kali tnye dlu. Jgn mai tduh je. Sy bkn mcm awk,rmai pminat” Aisya menyindir Ammar kembali. Memang tak dinafikan, Ammar ramai peminat semasa di kolej dulu. Hari-hari, ada saja mesej masuk daripada peminat misteri. Pelik betul. Walaupun semua orang tahu bahawa Ammar suami kepada Aisya, mereka tetap memburu Ammar. Orang ada rupa la katakan.
Nk wat mcm mne. Alah,awk jgn rsau la. Sy xlyn pn..” Memang benar, tidak ada seorang pun daripada peminatnya yang dilayan. Cintanya hanya untuk Aisya.
Hermm...yela. Watpe sy nk rsau
Eleh, yke xrsau. Aisya, jom kte kuar jln2. Atau nk sng citer,g dating la. Kte ni nme je suami istri, tp xpnah pn luangkn mse bsama. Nnti kte bleh borak2.” Ammar memberi cadangan kepada Aisya. Memang dulu mereka tidak ada masa langsung untuk bersama kerana sibuk belajar untuk menghabiskan pengajian mereka. Dan sebelum memulakan karier masing-masing, ada banyak masa untuk mereka luangkan bersama.
Hah? Kuar ngan awak? Err..” Aisya berasa berdebar-debar. Yela, dia tak pernah pun keluar dengan Ammar.
Knpe? Xkan nk kna bsedia jgk kot. Jom la...” Ammar cuba memujuk Aisya.
Yela,yela...tp ble?
Ari ni. Skrg. Awk siap la ek. Sy tgu lam kete kt bwh” 


Bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...