Tuesday, January 17, 2012

Cerpen: Anugerah [Part 10, Akhir]


Ketika berada di dalam kereta, masing-masing diam seribu bahasa. Ammar yang seakan-akan berani pun tidak terluah kata-kata yang disusunnya sebelum bersemuka dengan Aisya. Keadaan sangat kekok. Peluh memercik di dahi Ammar walaupun tidak panas.
“Alamak...aku nk ckp cmne ni...aduh...” Ammar berkata-kata dalam hati. Aisya pula hanya membatu sampai tak bergerak-gerak pun.
“Err..hehe” Ammar hanya mampu tersengeh saja kepada Aisya. Tak terkeluar kata-katanya.
“Ish, kenapa awak ni? Tersengeh-sengeh macam kerang busuk.” Tanpa sedar, Aisya yang sejak tadi berasa cuak ketika berada di sebelah Ammar telah berkata-kata. Cepat-cepat dia menutup mulut dengan tangannya. Malu. Ammar juga agak terkejut kerana Aisya yang memulakan kata-kata dahulu.
“Eh, awak dah bersuara dengan saya? Wah, bahagianya rasa. Lepas ni kita berkomunikasi macam manusia biasa ek sayang. Takder mesej-mesej lagi.” Barulah Ammar ada kekuatan untuk bersuara. Hatinya sangat berbunga-bunga apabila mendengar suara Aisya.
“Err...ha?Ok,ok..” Aisya masih lagi kekok. Haih, macam mana la aku boleh terlepas cakap tadi.
“Err..jap,kita nak ke mana ni?” Aisya bertanya kerana rimas dengan Ammar yang masih tersenyum-senyum.
“Kita gi dating la. Tengok wayang, makan-makan, jalan-jalan.”

Hari itu merupakan first date mereka. Macam pasangan kekasih yang baru menjalinkan cinta. Aisya hanya ikut sahaja ke mana Ammar membawanya pergi. Dalam hati Aisya berasa sangat gembira walaupun riak mukanya hanya bersahaja. Romantik jugak si Ammar ni ye. Getus hati Aisya.  Ketika sedang berjalan-jalan, tangan Ammar juga berjalan. Tapi bukan berjalan ke tempat yang tidak sepatutnye. Dia cuba memegang tangan Aisya. Yes! Berjaya! Ammar Berjaya memegang tangan Aisya sambil buat muka selamba. Aisya pula tidak mengelak. Dibiarkan saja. Yela, suami dia pun. Hehe. Wah, sweetnya..

Selesai saja mandi, Aisya terus memasang televisyen kalau-kalau ada cerita menarik. Sedang asyik dia mengeringkan rambutnya yang basah itu, tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Hah! Ammar! Alamak, apa dia nak.. Aisya mula gelabah.
“Err..maaf ganggu awak. Saya bosan ni. Jom teman saya tengok tv kat bawah.” Ammar sengaja ingin bermanja dengan isterinya yang satu itu. Aisya agak terkejut dengan ajakan Ammar itu. Yela, tak pernah-pernah Ammar mengajaknya menonton televisyen bersama.
“Err..boleh la. Tapi awak turun dulu. Nanti saya turun.” Entah mengapa begitu mudah saja Aisya menerima ajakan Ammar tersebut. Pada ketika itu juga Ammar berasa sangat berdebar-debar ketika terpandang Aisya di muka pintu. Jiwanya lelakinya dirasakan bergelora dan tercabar pada malam itu. Tak tahulah kenapa. Faham-faham la sendiri. Huhu.

Ketika mereka menonton televisyen, mata Ammar tak lepas daripada memandang wajah Aisya. Aisya yang perasan dirinya diperhatikan melatakkan tapak tangannya ke muka Ammar.
            “Dah la tu..Jangan pandang saya lagi.” Dirinya terasa rimas dan kekok. Akan tetapi, Ammar hanya tersenyum dan menggenggem tangan lembut Aisya yang berada di mukanya.
            “Apa salahnya. Saya bukan orang lain pun.” Dan di waktu itu juga mata mereka bertentangan. Ammar sudah tidak dapat menahan dirinya lagi. Perlahan-lahan dia merapatkan mukanya ke muka Aisya. Berderau darah Aisya ketika itu. Muka Ammar semakin hampir dan hampir ke muka Aisya dan ketika itu juga satu ciuman hinggap di bibir Aisya. Aisya agak kaget dan tidak dapat berbuat apa-apa. Nak menjerit pun tak boleh kerana Ammar suaminya sendiri. Setelah satu ciuman hangat diberi, Ammar membisikkan sesuatu di telinga Aisya.
            “Saya dah tak boleh tunggu lagi..”

*********************************************
“Papa, nak makan ais krim” Amzar Aniq, merengek-rengek inginkan ais krim kegemarannya.
“Yelah, yelah. Jom kite gi beli. Papa satu, mama satu, Aniq tak boleh.”
“Papa jahat!”
“Ok,ok..papa gurau je. Jom. Sayang, abang gi kedai dengan Aniq jap ek.”
Begitulah keletah Aniq, cahaya mata sulung Aisya dan Ammar. Aisya sangat bahagia dengan kehidupannya sekarang. Kadang-kadang dia tertawa sendirian kerana setelah usia perkahwinan mereka setahun barulah mereka mula bercakap. Kalau tidak sampai sekarang hanya hantar sms saja. Walaupun telah berkahwin di usia muda, namun dia tetap bahagia dan bersyukur kerana Ammar dan Aniq telah dianugerahkan untukknya. Jika atukknya masih hidup, mesti dia pun turut gembira dengan cucunya yang satu ini. Atukknya telah meninggal ketika usia perkahwinannya menjangkau setengah tahun.
“Terima kasih atuk....”
TAMAT

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...