Sunday, January 8, 2012

Cerpen: Anugerah [Part 7]


Pada mulanya Aisya berasa kekok menjadi ahli baru bagi keluarga Ammar. Dia terasa begitu asing sekali. Akan tetapi, layanan yang diberikan oleh keluarga Ammar membuatkan dia berasa senang. Mereka begitu baik terhadap dirinya. Walaubagaimanapun, dia tetap kurang selesa untuk bergaul dengan Ammar. Dia tidak tahu bagaimana untuk melayan Ammar. Maklumlah tidak ada pengalaman melayan orang lelaki. Entah mengapa dia berasa sangat susah untuk berkomunikasi secara berdepan dengan Ammar. Jika ingin memberitahu sesuatu dia hanya menulis di atas kertas saja. Macam orang bisu pulak. Kadang-kadang Aisya berasa bersalah terhadap Ammar.

Bunyi mesej daripada telefon bimbit Aisya nyaring memanggil tuannya.
“Ish, sape pulak yang hantar mesej ni..kacau betul la.”
Salam..kalau awk susah sgt nk ckp, msj je num ni. Tak pyh gna krtas lg. Ni num sy -suami awk-
Aisya terkejut dengan mesej yang dihantar oleh Ammar tersebut. Dia hairan bagaimana Ammar mendapatkan nombor telefon bimbitnya sedangkan dia belum pernah memberinya kepada Ammar.
“Wslm. Mna awk dpt num fon sy?”
“Tak kisah la mna sy dpt num awk. Snang skit sy nk bkomunikasi dgn awk. Jgn lupa active num sy. Bleh kta msj lme2, kn syg..haha!”
“Ee..spe nk msj dgn awk?ngade2nye..”
“Hbs 2 knpe awk bls msj sy?”
“Sbb sy ingin tau..”
Ala..yela 2..ok la. Blajar leklok ye. Sy pn nk buat keje sy. Bye syg..jmpe kt
umh nanti.hehe..”
“Aduhai..kenapa la aku boleh kahwin dengan lelaki ni.” Aisya mula mengeluh.
“Hai Aisya,kau mesej dengan sape 2? Laki kau ek..” Kawan-kawan Aisya mula mengusik. Mereka sudah lama memerhatikan gelagat Aisya bersama telefon bimbitnya.
“A’ah Aisya. Sebelum ni kau tak pernah mesej dengan sape-sape pun.” Seorang lagi kawannya menyampuk.
Ala..sibuk la korang ni. A’ah..laki aku. Korang tau tak aku tak bercakap lagi dengan dia. Aku segan la. Aku just tulis nota je kat dia”
“Hish, ape la kau ni. Macam tu pulak dibuatnye. Tak baik tau.”

Untuk mengelakkan daripada keluarga Ammar salah anggap terhadap dirinya, Aisya terpaksa tidur sebilik dengan Ammar. Dia bernasib baik kerana Ammar faham akan dirinya. Oleh itu Ammar terpaksa tidur di bawah dan Aisya di atas katil. Dia dan Ammar tidak pergi berbulan madu seperti yang dilakukan pasangan pengantin baru yang lain. Hal ini kerana mereka terlalu sibuk belajar. Banyak perkara yang perlu mereka uruskan di kolej.

“Am, Aisya, umi dah sediakan rumah untuk korang berdua. Hadiah daripada umi.” Rokiah tersenyum lebar. Dia berharap anaknya akan hidup bahagia macam pasangan yang lain. Dengan adanya rumah sendiri, mereka mungkin akan menjadi lebih rapat.
“Yeke umi? Terima kasih umi.” Ammar menerima tanpa banyak alasan.
“Err.. umi, maknanya nanti kitorang tinggal berdua je la?” Aisya berasa cemas.
“Ye la..takkan umi nak ikut korang kot.”
“Oh, ok..”
“Kenapa? Aisya tak suka ke?”
“Eh, takde la umi. Aisya suka. Terima kasih ye umi.” Aisya terpaksa buat-buat suka. Nampaknya dia kena berhadapan dengan Ammar setiap hari, menyediakan makanan untuk dia setiap hari dan semua perkara perlu dilakukan dilakukan bersama-sama.
“Aisya, apa rancangan Aisya lepas ni?” Aisya tersentak daripada lamunannya.
“Err..buat masa ni takde rancangan ape-ape lagi umi. Kenapa? Umi ade rancangan untuk saya ke?”
“Ade..tapi untuk umi la. Umi rancang nak timang cucu.” Rokiah berkata selamba sambil tersenyum. Aisya agak tersentak dan hampir tersedak. Ammar hanya tersengih seperti siput sedut. Hmm..macam suka je dia tu.
“Takde la..umi gurau je..umi faham, Aisya dengan Ammar kan sibuk belajar lagi.”
Fuh.. Aisya berasa sangat lega.

Bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...