Friday, January 13, 2012

Cerpen: Anugerah [Part 8]


“Awk, sy nk blik jmpe atuk sy. Awk nk ikut?”
“Eh, mesti la sy ikut. Sy kn cucu mnantu. Bile awk nk pegi?”
“Yela cucu mnantu. Klu bleh sy nk pegi esok.”
“Esok?Erm..bleh jgk. Eh awk, xsjuk ke? Klu sjuk meh sy pnaskn awk.bleh?”
“Eh, kta msj tya skit je dh nk ambk ksmpatan. Nsib baik awk tdo kt bwh tau”
Ala..xbdosanye kta..”
“Dh2, sy nk tdo. Nite”
“Cm2 je? Yela2. tdo la. Sy tgu awk. Nite”
Aisya mula terfikir sesuatu. “Tunggu? Ape maksud dia?” 
****************************
“Mak, ayah, atuk macam mana? Dia sihat?” Setelah sampai di rumahnya, Aisya terus bertanya keadaan datuknya. Dia sangat rindu akan datuknya.
“Aisya..datuk macam tu je la keadaan dia. Cuma lepas Aisya kahwin dia macam dah sihat sikit. Aisya macam mana pulak? Ok?” Asmah bimbang anaknya itu tidak bahagia.
“Aisya sihat je. Mak, Aisya nak jumpa atuk kejap”

Selepas menonton televisyen, Aisya terus menuju ke bilik tidurnya tanpa mempedulikan Ammar. Ammar pula sedang mengambil angin di luar rumah. Rancak sungguh dia berbual dengan bapa mertuanya sebentar tadi yang sudah masuk ke dalam rumah. “Hmm..apa Aisya tengah buat sekarang? Kalau la dia tau aku dah lama suka kat dia..” Sebenarnya Ammar sudah lama mengenali Aisya iaitu ketika menghadiri aktiviti kem kokurikulum yang diadakan bagi peringkat universiti. Ketika itu Ammar mencuba untuk me ‘nackel’ Aisya, tetapi tidak berkesempatan. Tambahan pula dia juga boleh dikatakan seorang pemalu. Dia tertarik dengan Aisya kerana sikap Aisya yang tidak seperti perempun-perempuan gedik yang lain. Sebab itulah dia menerima Aisya sebaik sahaja datuknya ingin menjodohkannya dengan Aisya Dia juga tidak percaya bahawa Aisya telah menjadi isterinya dengan begitu mudah sekali. Akan tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk menawan hati Aisya sekarang walaupun dia telah memiliki Aisya. Dia perlu juga mengambil hati Aisya.

Salam..awk tgh watpe 2?”
Bunyi mesej telefon bimbit Aisya telah mengejutknnya. Yela,bunyi mesej macam bunyi bom. “La..ape yang dia nak malam-malam camni..kacau betul la.” Aisya merungut di dalam hati. Tapi balas jugak mesej tu.
Wslm.xde wat pape pn..npenye?
Xde..sje je..xtdo lg ke?
Ni tgh tdo la..sy tgh msj lam mimpi.”
Wat lwk plak dier..awk,erm..
Ape?
Awk xske kt sy ke?
Ntah.nk kta ska 2,xsgt la..tp jgn rsau,sy xbnci awk.”
Klo mcm 2,sy ade hrapan la?
Setelah agak lama menunggu, Ammar berasa hairan kerana Aisya tidak membalas mesejnya. Dia terfikir mungkin Aisya telah tertidur. Dia segera balik ke bilik untuk tidur. Sebaik Ammar membuka pintu bilik, dia ternampak Aisya sedang berbual di telefon. Patutla Aisya tidak membalas mesej Ammar.
            “Hmm..nampaknya dia macam dah ada pakwe. Aku ni takde harapan rasanya. Ish,ape aku merepek ni? Dia kan dah jadi milik aku. Tapi tubuh dia aje milik aku, hati dia tak.” Ammar berkata-kata di dalam hati. Dia menjadi agak kecewa dan tidak jadi untuk masuk ke bilik. Dia hanya baring di atas sofa ruang tamu rumah Aisya.  
            “Eh,lupa nak balas mesej Ammar.” Setelah agk lama berbual dengan teman baiknya, Aina, Aisya baru teringat akan Ammar. Aisya sememangnya begitu. Kalau dah dapat berbual dengan sahabatnya yang satu itu, memang tak akan habis. Aisya terus meminta Aina untuk menamakan perbualan.
            “Sori, lmbt bls. Awk kt mne?” Aisya tidak menjawab pertanyaan Ammar. Dia pun tak tahu nak balas macam mana. Setelah agak lama menunggu, namun tiada balasan. Aisya pun mengambil keputusan untuk tidur saja.


Bersambung....

PART 1, PART 2, PART 3, PART 4, PA RT 5, PART 6, PART 7

Thursday, January 12, 2012

Awek kiss

Assalamualaikum...

Satu malam yang tak berapa nak indah, aku, mak aku ngn sepupu aku tengok DVD Ombak Rindu. Aku beli DVD ja sebab nak donlod tenet tak mengizinkan. Mak aku yang nak tengok. Aku takda la nak tengok sangat, tapi nak tengok la jugak. Eheh. Malas nak story panjang2. Aku buat short comic ja. Pasal sepupu aku yang gatai sangat ni, bukan pasal ombak rindu. 


Macam comolot pun ada bila tengok skali imbas part ni. Haha!






Keesokan harinya..





Aku rasa kiss2 pipi ni perkara biasa la kot bagi setiap kapel kat dunia ni. Terbaik la ntok kapel yang tak pernah kiss2 or touch2. Kalau ada pun, kapel alam maya. Haha. Yang aku pelik tu, spupu aku ni rilex ja cerita kat aku pasal benda2 ni. Apa dia buat ngn awek dia, banyak jga la dia story ngn aku. Yela, dah macam adik aku sendiri da. Tapi tu la, tak matured lagi nih. Padan la tak segan bercerita pasal ni. Apa la aku ni. Eheh!

Tetiba aku terpikir, kalau time form 1, form 2 dah pandai semua tu, maknanya bila dah besar sikit nanti, lagi advance la?? Astaghfirullahalazim.. Patut la ramai budak muda kat kampung ni kawen awal. 

P/S: Alamak, tertengok Ombak Rindu ngn budak bawah umur. 

Sunday, January 8, 2012

Cerpen: Anugerah [Part 7]


Pada mulanya Aisya berasa kekok menjadi ahli baru bagi keluarga Ammar. Dia terasa begitu asing sekali. Akan tetapi, layanan yang diberikan oleh keluarga Ammar membuatkan dia berasa senang. Mereka begitu baik terhadap dirinya. Walaubagaimanapun, dia tetap kurang selesa untuk bergaul dengan Ammar. Dia tidak tahu bagaimana untuk melayan Ammar. Maklumlah tidak ada pengalaman melayan orang lelaki. Entah mengapa dia berasa sangat susah untuk berkomunikasi secara berdepan dengan Ammar. Jika ingin memberitahu sesuatu dia hanya menulis di atas kertas saja. Macam orang bisu pulak. Kadang-kadang Aisya berasa bersalah terhadap Ammar.

Bunyi mesej daripada telefon bimbit Aisya nyaring memanggil tuannya.
“Ish, sape pulak yang hantar mesej ni..kacau betul la.”
Salam..kalau awk susah sgt nk ckp, msj je num ni. Tak pyh gna krtas lg. Ni num sy -suami awk-
Aisya terkejut dengan mesej yang dihantar oleh Ammar tersebut. Dia hairan bagaimana Ammar mendapatkan nombor telefon bimbitnya sedangkan dia belum pernah memberinya kepada Ammar.
“Wslm. Mna awk dpt num fon sy?”
“Tak kisah la mna sy dpt num awk. Snang skit sy nk bkomunikasi dgn awk. Jgn lupa active num sy. Bleh kta msj lme2, kn syg..haha!”
“Ee..spe nk msj dgn awk?ngade2nye..”
“Hbs 2 knpe awk bls msj sy?”
“Sbb sy ingin tau..”
Ala..yela 2..ok la. Blajar leklok ye. Sy pn nk buat keje sy. Bye syg..jmpe kt
umh nanti.hehe..”
“Aduhai..kenapa la aku boleh kahwin dengan lelaki ni.” Aisya mula mengeluh.
“Hai Aisya,kau mesej dengan sape 2? Laki kau ek..” Kawan-kawan Aisya mula mengusik. Mereka sudah lama memerhatikan gelagat Aisya bersama telefon bimbitnya.
“A’ah Aisya. Sebelum ni kau tak pernah mesej dengan sape-sape pun.” Seorang lagi kawannya menyampuk.
Ala..sibuk la korang ni. A’ah..laki aku. Korang tau tak aku tak bercakap lagi dengan dia. Aku segan la. Aku just tulis nota je kat dia”
“Hish, ape la kau ni. Macam tu pulak dibuatnye. Tak baik tau.”

Untuk mengelakkan daripada keluarga Ammar salah anggap terhadap dirinya, Aisya terpaksa tidur sebilik dengan Ammar. Dia bernasib baik kerana Ammar faham akan dirinya. Oleh itu Ammar terpaksa tidur di bawah dan Aisya di atas katil. Dia dan Ammar tidak pergi berbulan madu seperti yang dilakukan pasangan pengantin baru yang lain. Hal ini kerana mereka terlalu sibuk belajar. Banyak perkara yang perlu mereka uruskan di kolej.

“Am, Aisya, umi dah sediakan rumah untuk korang berdua. Hadiah daripada umi.” Rokiah tersenyum lebar. Dia berharap anaknya akan hidup bahagia macam pasangan yang lain. Dengan adanya rumah sendiri, mereka mungkin akan menjadi lebih rapat.
“Yeke umi? Terima kasih umi.” Ammar menerima tanpa banyak alasan.
“Err.. umi, maknanya nanti kitorang tinggal berdua je la?” Aisya berasa cemas.
“Ye la..takkan umi nak ikut korang kot.”
“Oh, ok..”
“Kenapa? Aisya tak suka ke?”
“Eh, takde la umi. Aisya suka. Terima kasih ye umi.” Aisya terpaksa buat-buat suka. Nampaknya dia kena berhadapan dengan Ammar setiap hari, menyediakan makanan untuk dia setiap hari dan semua perkara perlu dilakukan dilakukan bersama-sama.
“Aisya, apa rancangan Aisya lepas ni?” Aisya tersentak daripada lamunannya.
“Err..buat masa ni takde rancangan ape-ape lagi umi. Kenapa? Umi ade rancangan untuk saya ke?”
“Ade..tapi untuk umi la. Umi rancang nak timang cucu.” Rokiah berkata selamba sambil tersenyum. Aisya agak tersentak dan hampir tersedak. Ammar hanya tersengih seperti siput sedut. Hmm..macam suka je dia tu.
“Takde la..umi gurau je..umi faham, Aisya dengan Ammar kan sibuk belajar lagi.”
Fuh.. Aisya berasa sangat lega.

Bersambung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...