Friday, December 23, 2011

Cerpen: Anugerah [Part 4]




“Umi, betul ke Am perlu berkahwin sekarang?”  Rokiah terkejut akan pertanyaan anak terunanya itu. Setahunya, dia belum beritahu lagi kepada Ammar tentang perkahwinannya. Tanpa sempat dia memberitahu, Ammar terlebih dahulu bertanya kepadanya.

“Err.. macam mana Am tahu?” Rokiah bertanya untuk mendapatkan kepastian.

“Nenek yang beritahu. Semua ni demi atuk kan?”

“Betul Am. Umi tahu kau belum bersedia lagi. Berat untuk kau memenuhi permintaan datuk dan nenek kau.” Rokiah cuba menyelami isi hati Ammar.

“Umi, pada mulanya memang Am berfikir begitu. Tapi bila Am fikir banyak kali, Am akan cuba. Mana la tau kahwin ni best. Haha!” Ammar berjenaka seolah-olah dia tidak risau langsung dengan perkara itu.

“Hish, orang tengah serius dia main-main pulak. Am kena ingat, kahwin ni bukan benda main-main tau.” Rokiah bersuara memberi peringatan. Geram betul dengan anaknya itu. Tak pernah serius.

“Am tau la umi.. sebab tu Am nak cuba. Mana tau orang tu jodoh Am. Tak payah la Am susah-susah nak cari calon isteri lagi. Hehe.. Am dah beritahu nenek yang Am dah setuju. Nenek dah tunjukkan gambar gadis tu kat Am. Boleh tahan. Cantik jugak.”

“Am ni biar betul? Tak kan senang-senang je Am setuju? Oo.. sebab dia cantik la Am setuju?” Rokiah mencubit anak lelakinya itu. Dia hairan macam mana la si Ammar tu boleh setuju macam tu saja.
            
“Aduh, sakit la umi. Aduhh... Bukan macam tu umi.. sebenarnya Am memang tunggu nenek atau mama yang carikan. Am tak nak cari sendiri. Tapi tak sangka pulak cepat pulak umi jumpa calon menantu.”
           
“Ye la tu.. Kalau Am dah setuju, eloklah. Tak payah umi susah-susah pujuk Am. Tapi, bila dah kahwin nanti Am jangan merungut macam-macam pulak tau. Ini keputusan Am. Umi pun tumpang gembira untuk nenek.” Rokiah menasihati Ammar sambil tersenyum supaya dia tidak menyesal suatu hari nanti.
            
“Baiklah umi. Umi jangan risau. Am akan jaga dia baik-baik. Lagipun Am tak akan berhenti belajar. Am nak belajar sampai habis. Umi, apa nama dia? Aisya kan? Aisya Ellina?”
            
“A’ah.. Betul la tu. Sejuk sikit hati umi bila dengar Am nak teruskan belajar. Tapi tanggungjawab Am dah bertambah tau.”
            
“Am tau. Am akan cuba sehabis baik ye umi.” Ammar memeluk uminya dengan penuh kasih sayang.

 ********************

“Hasrul, nampaknya kedua-dua anak kita dah setuju. Eloklah kita percepatkan perkahwinan mereka. Saya tahu Aisya menerima ini semua dengan terpaksa demi atuknya.” Amran cuba berbincang dengan Hasrul tentang perkahwinan anak mereka.
            
“Saya pun rasa begitu. Tak perlu lah dirtangguh-tangguh lagi. Tentang Aisya, awak jangan risau. Pandai-pandai la dia nanti. Dah memang jodoh dia agaknya.”
            
“Kalau macam tu, marilah kita bincang tentang tarikh yang sesuai.”
Mereka bersama-sama berbincang untuk majlis perkahwinan anak mereka. Bagi mereka cukuplah hanya majlis yang biasa sahaja walaupun mereka orang berada.

Bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...