Sunday, December 18, 2011

Cerpen: Anugerah [Part 1]


“Ayah, ayah…mengucap yah…” Hasrul bercakap dengan ayahnya yang sedang sakit. Ayahnya sudah lama terlantar akibat sakit tua. Dia redha sekiranya ayahnya pergi meninggalkannya kerana dia tidak sanggup lagi untuk melihat ayahnya menderita.

“Rul…uhukk!” dalam keadaan begitu, ayahnya masih ingin menyatakan sesuatu kepada Hasrul. “Aku teringin nak tengok cucu aku kahwin sebelum aku pergi”. Hasrul berpandangan dengan isterinya, Asmah.

“Tapi ayah, Aisya kan belum habis belajar lagi. Calon menantu pun belum ada lagi.”
“Ayah dah lama ada calon untuk Aisya. Cuma kamu semua yang masih belum mengetahuinya. Ayah nak kamu pergi cari Pak Ahmad dan Mak Timah. Mereka kawan baik ayah, dan ayah telah berjanji dengan mereka untuk kahwinkan Aisya dengan cucu mereka. Uhukk..!uhukk..!”

“Cukuplah ayah. Jangan cakap lagi. Ayah kan tak sihat. Baik, saya janji akan cari mereka secepat yang mungkin.” Hasrul berjanji dengan ayahnya walaupun sukar untuk mematuhi janji tersebut.

“Macam mana ni Mah. Mana kita nak cari Pak Ahmad dan Mak Timah? Abang buntu la. Bukan senang nak cari. Tapi abang kesiankan ayah tu.” Hasrul menyatakan keresahannya untuk mencari Pak Ahmad dan Mak Timah.

“Saya pun kesiankan ayah. Kalau macam tu, kita kena cari juga la nampaknya. Erm..apa kata kita iklankan dalam surat khabar. Cepat la sikit nak mencarinya. Abang kan ada kawan yang bekerja di syarikat akhbar. Abang cuba la minta tolong dengan dia.”
Asmah menyuarakan pendapatnya.

“Betul juga. Esok abang cuba tanya dia. Tapi yang abang risaukan lagi, mahu ke anak kita tu kahwin. Aisya kan muda lagi. Baru 20 tahun. Nanti memberontak pulak budak tu.”

“Itu la..saya pun tengah fikir macam mana nak pujuk si Aisya tu. Nantilah saya fikirkan jalan untuk beritahu Aisya. Ini semua untuk atuknya juga.”

Bersambung....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...