Monday, December 19, 2011

Cerpen: Anugerah [Part 2]


Selepas lima hari iklan tentang pencarian keluarga Pak Ahmad disiarkan, Hasrul mendapat panggilan daripada seseorang yang tidak dikenalinya. Seperti yang sudah dijangka, panggilan tersebut merupakan panggilan daripada keluarga Pak Ahmad. Kebetulan mereka juga sedang mencari keluarga Hasrul. Panggilan tersebut dibuat oleh anak Pak Ahmad sendiri iaitu Amran. Dia mengatakan bahawa Pak Ahmad telah meninggal sebulan yang lepas. Tetapi Mak Timah masih ada. Sebelum meninggal, Pak Ahmad juga telah menyuruh Amran mencari Pak Samad, ayah Hasrul serta menyatakan hasrat yang sama untuk mengahwinkan cucu mereka. Untuk memudahkan urusan, Hasrul mengajak Amran datang ke rumahnya bersama keluarganya untuk bertemu dengan Pak Samad.

Pada hari yang ditetapkan, keluarga Amran tiba di rumah Hasrul. Tetapi Amran tidak membawa anaknya yang akan dikahwinkan dengan anak Hasrul kerana sibuk belajar di universiti. Begitu juga Aisya yang sedang belajar di universiti. Mereka dibawa bertemu dengan Pak Samad yang sedang sakit. Mak Timah yang masih kuat bercakap sesuatu dengan kawan baiknya yang telah lama tidak berjumpa. Terketar-ketar Pak Samad berusaha untuk bersuara.

“Amran, mak rasa kita perlu cepatkan perkahwinan anak kamu. Mak takut Pak Samad tak sempat untuk melihat cucunya bersanding. Mak tak nak dia jadi macam ayah kau. Tak sempat untuk melihat cucunya kahwin. Eloklah kamu beritahu Ammar segera.”
Mak Timah menyuarakan pendapatnya.

“Baiklah mak. Saya akan percepatkan perkahwinan mereka. Err..bagaimana En. Hasrul? Keluarga kamu setuju?” Amran bertanya Hasrul untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka.

“Kalau keluarga kamu sudah bersetuju, kami juga begitu. Demi ayah saya, saya sanggup lakukan apa saja untuk memenuhi permintaannya sebelum dia pergi. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberitahu anak kami, Aisya.” Hasrul bersuara dengan nada sedih. Berat rasanya untuk menyerahkan anak gadisnya yang masih muda kepada orang lain. Walaupun Aisya sudah berusia 20 tahun, namun dia masih perlu memberikan perhatian kepadanya. Baginya, masih terlalu awal untuk Aisya berkahwin. Tapi, apakan daya, kehendak ayahnya perlu dipenuhi. Dia tidak mahu ayahnya kecewa.

Bersambung..


PART 1

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...