Friday, December 30, 2011

Cerpen: Anugerah [Part 6]




Akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan. Sebentar lagi Aisya akan berkahwin dengan orang yang tak dikenalinya. Bercakap dan berjumpa pun tak pernah.
“Aduh..kenapa la hidup aku macam ni” Aisya merungut sendirian.
“Hai..kenapa dengan Aisya ni? Pakai cantik-cantik macam ni tapi muka masam je.” Asmah menyedari keadaan anaknya pada pagi itu sehingga saat untuk dinikahkan. Asmah tahu, bukan senang bagi Aisya untuk menempuh hidup yang seterusnya dengan keadaan begitu.
“Eh, mak. Bila mak ada kat sini?”
“Dah lama mak perhatikan Aisya. Kenapa ni? Aisya menyesal ke?”
“Nak kata menyesal tu tak la. Nanti nampak macam Aisya tak ikhlas dengan atuk. Hmm..tak tau la mak. Aisya tengah fikir macam mana hidup Aisya nanti dengan orang yang Aisya tak sayang, tak cinta, jumpa pun tak pernah, bercakap lagi la tak pernah.”
“Itulah..mak suruh jumpa dia hari tu Aisya tak nak.”
“Takpe la mak. Nanti jumpa jugak.”
“Eh, nampak macam tok kadi dah sampai. Ha, cepat la siap Aisya.” Saat yang mandebarkan buat Aisya akan tiba sekejap lagi.
“Alamak..takutnya aku..”

“Aku terima nikahnya Aisya Ellina Bt Mohd Hasrul dengan mas kahwinnya RM80 tunai..”Dengan sekali lafaz sahaja Aisya telah menjadi milik Ammar. Inilah pertama kali Aisya bertemu Ammar. Jantungnya berdegup kencang ketika Ammar menyarungkan cicin dan mengucup dahinya. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Ammar. 

Aisya masih lagi termenung seperti tadi. Dia belum berjumpa lagi dengan suaminya. Selepas majlis tadi dia terus ke bilik tanpa mempedulikan siapa-siapa lagi. Tiba-tiba seseorang telah masuk ke biliknya. Dia tidak menoleh kerana menyangka emaknya yang masuk. Dia terlupa bahawa dia kini berada di rumah Ammar.
“Ehem! Jauh termenung.”Akan tetapi suara garau yang didengarnya. Sebaik ditoleh, Ammar sedang terpacak di depannya sambil tersenyum. Aisya mencuba untuk berlagak cool. Dia tidak menjawab dan terus melangkah keluar.
“Ish, apahal minah ni? Dah la dari tadi diam je. Ape pun tak cakap. Ntah-ntah bisu.” Ammar mula meneka yang bukan-bukan kerana Aisya tidak ingin bercakap dengannya walau sepatah pun.

Setelah beramah mesra dengan ahli keluarga Ammar pada malam itu, Aisya terus masuk ke bilik. Dia sebenarnya takut kerana malam itu malam pertamanya bersama Ammar. Adik beradik Ammar ramai yang mengusiknya. Dia memutuskan untuk terus tidur.

Maaf” Perlahan-lahan Ammar mengambil sehelai kertas yang tertulis perkataan tersebut. Ringkas tapi bermakna. Kertas tersebut berada di atas bantal tempat untuk Ammar tidur. Melihatkan keadaan Aisya yang berselimut tebal walaupun tidak sejuk pun Ammar sudah tau.. Dia tergelak kecil kerana Aisya turut menutup kepalanya dengan tuala kecil.
Baiklah. Saya tak akan ganggu awak.” Ammar membalas semula nota Aisya dengan menulis di atas kertas juga.
“Hahh..sedapnya tidur” Aisya mengeliat besar. Dia terlupa Ammar berada di sisinya. Tangannya terhantuk kepala Ammar. (Baru nak terkejut beruk.)
“Hah! Alamak..” Cepat Aisya bangun dan tiba-tiba sehelai kertas terjatuh. Kertas tersebut merupakan nota yang dibalas Ammar. Dia menoleh ke arah Ammar. Dilihatnya Ammar sedang mengeliat kecil. Dia segera membalas nota tersebut. “Terima kasih
“Hai.. bila la pompuan ni nak cakap ngan aku? Asyik tulis nota je.”

Bersambung...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...