Assalamualaikum...
Dok saja2 ni tetiba teringat zaman2 sekolah dulu. Pasal denda. Semua orang mesti pernah kena denda kan. Aku yang budak inesen kat sekolah pun selalu kena denda. Siap kena kad merah lagi. Dem gila. Haha.
Dok saja2 ni tetiba teringat zaman2 sekolah dulu. Pasal denda. Semua orang mesti pernah kena denda kan. Aku yang budak inesen kat sekolah pun selalu kena denda. Siap kena kad merah lagi. Dem gila. Haha.
- Berdiri atas meja. Ni time kelas BI. Time tu dapat madam baru. Nama beliau Madam Ida. Nama penuh aku tak ingat la plak. Beliau ni bila masuk kelas tak pernah senyum. First time beliau masuk kelas, dah kena marah. Ni satu kelas kena denda sebab SATU KELAS FAIL subjek BI. Membebel la beliau. Bukan apa, beliau ni strict. Susah nak pass subjek BI kalau exam. Yang bestnya, bleh plak aku rasa ngantuk time berdiri atas meja. Sebab kitorang terpaksa belajar macam tu sampai habes kelas. Serius ngantuk. Huhu.
2. Berlari keliling padang sekolah. Time ni pun time kelas madam Ida jugak. Setiap kali kelas beliau, mesti kena denda. Haha. Tu yang best tuh. Time ni kitorang kena denda sebab kitorang satu kelas tak buat homework beliau. Siap bepakat lagi tak mau hantar lagi. Bayangkan la, before tuh beliau ada tanya bila nak hantar homework, tapi kitorang semua diam. Apalagi, turun padang la. Banyak round jugak la. Aku pun dah tak ingat.
3. Ketuk ketampi depan kelas. Ni standard la. Aku rasa ramai yang pernah merasa ketuk ketampi di khalayak ramai. Time ni subjek sains kot. Form 3. Dapat markah rendah. Bangang jugak aku time nih. Kena ketuk ketampi sat. Ceh. Nasib baik PMR sains dapat A. Wakaka.
4. Lap debu2 pakai tangan. Ni pun best jugak. Time ni kelas B.Melayu. Cikgu tu nama beliau cikgu Norma. Tegas jugak dia ni. Warden kot. Before mengajar, beliau mesti cek kelas dulu bersih ke tak. Pastu beliau mesti tanya sapa yang bertugas hari tu. Kalau tak kemas, orang tu la yang kena. Tapi time ni satu kelas kena. Sebab apa tah. Tak ingat. So, semua calit2 la tangan kat lantai, tingkap. Cikgu Norma ni pun suka cubit orang. Aku pernah kena sampai lebam2. Hihi. Aku gak pernah kena rotan dengan beliau sebab ikut rombongan rumah sukan yang bukan rumah sukan aku tanpa pengetahuan cikgu. Lebih kurang cam ikut secara haram la. Haha.
5. Kena rotan. Yang ni pun aku rasa standard la kot. Biasa la tu. Time ni kelas Cikgu Rahim. Kelas matematik Form 2. Cikgu Rahim pun tegas jugak. Tapi kadang2 lawak pun ada jugak. Aku kena rotan sebab exam ke test matematik tah salah banyak. Pastu kena rotan ikut banyak mana yang salah, banyak tu la kena rotan. Aduu.. Pedih gak la. Banyak kali kot. Piap! Piap! Piap!
6. Kena kad merah. Lebih kurang cam merit la kot. Tah aku pun tak tau. Time ni aku ngan member aku pegi outing. Hari Sabtu. Kalau ikutkan pompuan takleh outing hari sabtu. Laki ja bleh. Pompuan sepatutnya hari jumaat. Kalau nak keluar jugak, kena mintak kebenaran khas la lebih kurang. Time tu sebab apa tah kitorang keluar hari sabtu. Tak ingat. Kitorang keluar tanpa mintak kebenaran khas dulu. Lebih kurang macam fly la. Budak2 hostel, perkara biasa la tu. Aku pulak hantar buku outing. Tapi cheating la. Tanda tangan warden tah bila2 punya tah. Huhu. Pastu time balik outing tu tengok2 cikgu2 HEM (Hal Ehwal Murid) dah tunggu depan pintu pagar sekolah. Hambik hang. Terus kena marah, bebel, kaw2 punya. Time tu pun ada lagi dak2 pompuan yang kantoi. Cikgu2 marah sebab diorang ingat kitorang fly sebab nak pi tengok Sure Heboh. Time tu kebetulan ada Sure Heboh. Sekarang Jom Heboh la. Aku tak pi pun situ. Pastu cikgu tu siap amik gambar kitorang. Beliau kata nak letak kat notice board sekolah. Oh my... Tapi dia tak letak pun. Just bagi nama kitorang masuk dalam kad merah. Siap hantar surat kat rumah lagi. Mak aku buat bodo ja. Hak2.
P/S: Aku bukan budak jahat. Tapi budak inesen macam aku ni sekali buat salah, konpem kantoi punya. Banyak lagi yang aku dah kena. Tapi tak ingat da. Heheh.
No comments:
Post a Comment