Sunday, September 9, 2012

Stress

Hadoi...tetiba aku rasa takde semangat nak teruskan idup. Macam2 benda kena pikir. Ada kawan pun bukannya nak bagi semangat. Hermm... Serabut.. Rasa down gila. Rasa cam tak layak ada kat muka bumi ni. ARGHHHHH!!!



P/S: "Sabaq atik.. istighfar banyak2. Berdoa banyak2.... Ingat Tuhan...Tawakal...."

Sunday, June 10, 2012

Mimpi


Aku pelik la, macam mana si Najwa Latif ni asyik masuk dalam mimpi aku. Dua kali dah. Dua kali tu jugak dia jadi best friend aku. Hish, ngeri plak. Padahal aku tak minat pun kak cik nih. Kanak2 tak cukup umoq lagi ni. Lagu2 dia aku minat la jugak sikit2. 

P/S: Aku sakit ati lau on pesbuk. Taktau pasaipa

Friday, May 4, 2012

I,m Driving!

Assalamualaikum...

Fuh! Lama benor tak update blog. 


> Ari Rabu, first time aku drive. Kereta manual.
> Daripada rumah aku, Kangar --> Alor Setar --> Kangar
> Rasa macam mimpi sebab bangun ja daripada tidoq, mandi, siap2 terus drive. Brekpes pun tak.
> Drive dengan konpiden gila babi. Mamai kot. Sedangkan lepas amik lesen kira-kira 4 TAHUN yg lepas, aku    LANGSUNG TAK PERNAH DRIVE. Test JPJ pun repeat. Shhh...
> Tapi my step father ada kat sebelah la. (Tetiba rasa ayat cam poyo plak)

P/S: Malas nak buat ayat panjang2 and malas nak melukis.

Thursday, March 22, 2012

Nebes



Ya Allah...
Serius aku nebes gila neh. Tuhan ja yang tau. Tapi aku tak bleh nak ceritakan lagi apa yang membuatkan aku nebes gila bangang nih. Aduh.. butterfly in my stomach right now! Harap-harap semuanya ok Ya Allah... Dengan ini aku terima nikahnya... Eh, bukan, bukan... Astaghfirullahalazim... tu la terlampau nebes.  

P/S: Jantung berdegup laju

Wednesday, March 21, 2012

Kereta pertama aku

Assalamualaikum...



Yes! Akhirnya aku berjaya dapatkan sebuah keta and aku modified sendiri. Tak caya? Tak caya sudah.. Setelah berhempas pulas dok pikior camno nak buek kete ni ha, akhirnyo berjayo jugak den siapkan. Fuh. Eh, apahal aku guna bahasa nogori ala2 perak nih? Err.. abaikan. Keta nih complete. Boleh berfungsi kat jalan cam keta biasa. Enjin, wiring, component keta smua aku pasang sendiri. Tak caya jugak? Aku da test da kot. Perfect! Ni tengok ni.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Haa.. kool kan? Tayar siap kaler paddle pop lagi. Kau ada?? Wakakaka! Oh, yg atas tu gambar hiasan ja. Buat gimik. Ngaaaahahah!

Erm.. Time ni aku boring. Pastu pi kedai RM2. Usha2 lam kedai tuh cam tak dak apa yang menarik pun. So, ternampak la kotak keta nih. Aku pun terus melabur RM2 aku. Ala, keta mainan gini dulu femes kot. Apa tah nama dia. Desyenkuro? Kura2? Entah, Aku tak tau nak eja kat sini. Masa skolah rendah dulu aku ada beli gak sebijik. Tapi tak reti pasang. Abang aku yang pasang. Pastu dia bagi plak lagi sebijik yang dia punya. Pastu lama2 bila aku dah besor, dok menyemak saja dalam umah, mak aku bagi kat anak sepupu aku. Ha, ni first time aku pasang sendiri and it function well! Wuuhuu.. Bangga gila. Padahal budak skolah rendah pun bleh buat ni. Hukhuk. Ari tu aku ada beli jugak. Tapi tak reti pasang, bagi kat sepupu aku. 

Mesti orang ingat aku ni tak matured or kurang kasih sayang main menatang budak2 ni. Hek ala. Aku ada member pompuan yang dok main robot gundam lagi sampai skang. Ha, rilek ja. Kool apa..

P/S: Pasni da bizi. Tak sempat da nak main mainan lagi.

Sunday, March 4, 2012

Bayam dan kangkung

Assalamualaikum...

Cerita ni dah lama. Satu ari tuh, aku pi pasar nak beli barang2 dapur la, takkan barang2 laptop plak kan. Mak aku pesan soh beli kangkung. Pastu aku pun pi usha kat gerai sayur la, takkan gerai daging lak. Aku ternampak cam kelibat kangkung. Lalu dengan pantas dan konpidennya aku bertanya pakcik gerai tuh.

Aku: Pakcik, kangkung ni berapa hengget?

Tetiba makcik yang kebetulan tengah beli sayur kat situ jawab:

Makcik: Dik, ni bukan kangkung, ni bayam.
Aku: Oww..yaka? Macam kangkung ja ni. (Aku berkata dengan riak muka poyo + inesen)

So, dengan muka tak bersalah, aku pun blah cepat2 pi gerai yang ada kangkung. Padahal lam ati malu tak hengat. Taktau la pakcik sayur tuh dengar ke tak conversation aku ngan makcik tuh. Sebab beliau cam bizi ja time tuh. Mesti makcik tuh ingat aku tak pernah tengok kangkung. PERNAH OK! Optical illusion ja tuh...tak pun halusinasi. 

Ni la style bayam aku nampak ari tuh. Bayam kan ada banyak style,
so aku tak cam semua style2 bayam yang ada kat muka bumi ni. Eheh!

Ni kangkung la kan. Tidak syak lagi.
Ce usha sekali imbas bayam kat atas ngan kangkung  nih,
lebih kurang kan. Tapi tak tau kot mata aku nih yang problem. 


P/S: Ni peristiwa memalukan diri sendiri yang ntah ke berapa kali tah. 

Friday, March 2, 2012

Kecelakaan

Assalamualaikum...


Pada hari ini aku telah ditimpa kecelakaan motor. Akibat kecelakaan tersebut, aku telah mendapat kemaluan yang amat nyata. Hal ini kerana kecelakaan tersebut bukanlah berlaku di atas jalan raya, akan tetapi tidak jauh dari jalan raya, iaitu berhampiran jalan raya dan juga berhadapan dengan pasaraya Borong Dinhh. Entah bagaimana sebutannya aku pun tidak mengerti. Jika disebut betul2 seakan2 berdengus seperti kerbau naik angin. Oh, maafkan aku kerana terkasar bahasa serta terlebih bahasa. 

Baiklah kita teruskan penceritaan. Ketika aku memperlahankan motor untuk mencari posisi yang sesuai untuk memuaskan keadaan motor aku, aku telah menindih batu2 kecil yang berada di atas simen di hadapan pasaraya tersebut lalu terlanjur ke depan. Batu2 tersebut bertempiaran lari. Sungguh kasihan. Ketika membrek, tayar motor aku pula tergelincir dek batu2 kecil tersebut. Lalu terjadilah sedikit drifting dan sekaligus aku gagal mengawal imbangan motor aku. Aku pula secara otomatiknya telah mendarat kecemasan di atas batu2 kecil yang lain. Ketika itu juga nenek saudara aku atau lebih mesra dipanggil tokcik turut bersamaku membonceng motor tersebut. Jika difikir secara logiknya, mestilah beliau turut menyertai aku melakukan pendaratan kecemasan. Tidak mungkin beliau terbang pula.


GEDEGANG!! Begitulah bunyi ketika aku, tokcik aku serta motor aku jatuh ke tanah. Berbiji2 bebola mata manusia menfokus ke arah kami. Aku rasakan seolah2 aku begitu popular pada ketika itu kerana menjadi tumpuan ramai.

Setelah berjaya melakukan pendaratan kecemasan, tokcik aku juga sempat merehatkan diri selama satu minit setengah di atas batu2 kecil disitu serta sempat lagi berposing ala2 berjemur di bawah matahari di tepi pantai. Aku pula dengan seberapa pantas, terus mengangkat motor aku tanpa mempedulikan orang ramai yang menyaksikan kecelakaan tersebut. Sesungguhnya tahap kemaluan aku begitu tinggi sekali ketika itu sehingga hampir mencapai klimaks. (Ops, janganlah anda mensalah-ertikan bait2 ayatku.) Kerana terlalu malu, aku sempat melupakan tokcik aku selama 30 saat. Belum sampai satu minit, aku teringat kembali akan tokcik aku, lalu aku bergegas mengangkat beliau yang sedang asyik beristirehat di atas batu2 kecil di situ. Entah apa yang seronoknya di situ aku pun tidak tahu. Tetapi syukurlah, beliau tidak tercedera dan tidak mengalami sebarang komplikasi penyakit pada ketika itu. 


Dan lebih kurang 10 minit kemudian, aku dan tokcik terus masuk ke dalam pasaraya tersebut dan terus membeli belah dengan riak muka bersahaja. Aku sengaja berlagak kool untuk menutup kemaluan yang melanda. Aku juga turut berketawa secara palsu untuk menghilangkan rasa kemaluan. 

Nota:
* Gambar di atas tidak ada kena mengena dengan kecelakaan motor. Ianya sekadar penyedap serta pengindah cerita aku agar lebih extreme. Gambar tersebut adalah gambar kecelakaan ketika aku menyentuh tin susu pada hari yang sama. Aku pun pelik kerana tin susu tersebut telah bertindak agresif dengan menggigit jariku dengan mulutnya yang tajam mengalahkan mami jarum. Padahal aku hanya memegang tin susu, bukannya 'susu' semata2. Hermm

* FYI, tokcik aku masih muda walaupun merupakan nenek saudara aku. Beliau merupakan anak dara yang baru sahaja dilabelkan sebagai warga emas pada tahun ini. Harap anda faham. Kalau anda masih juga tidak faham, faham2lah sendiri. Renung2kan...

P/S: Lutut aku rasa lenguh lepas jatuh tadi. Mengalahkan tokcik aku.

Tuesday, February 14, 2012

Valentine's Day Special - Aura Cinta

Assalamualaikum...



Di suatu tengah ari nak ke petang, yang bercuaca panas seperti berada dalam oven bersuhu 500 darjah celcius di bawah tahap didih yg melampau dan mampu mengeringkan air liur tanpa tinggal setitik pun, satu mesej aura cinta telah datang kepadaku....oh, so hot bebeh!









TROLL LOL LOL LOL.....


P/S: We as a muslim, toksah ler dok sambut Valentine's Day mahupun BELENtine's Day tuh. Cukup la sekadar sambut bola ataupun sambut kucing nak beranak. Sekian, terima kasih.

*BELENtine's Day <-- hanya org2 yg mahir ja paham.

Monday, February 6, 2012

Pengalaman ngeri

Assalamualaikum...


Aku ada pengalaman ngeri ntok dicoret disini. Nak percaya buleh, tak nak percaya pun, ada aku kesah?

Hari tu, aku kat kolej, baru habes kelas. Time on da way nak keluar kolej tuh, aku cam ternampak anak buaya. Tetiba makin banyak buaya yang masuk kolej. Ada la beberapa orang warga kolej yang kena serang. Aku ngan member aku terselamat. Then, kitorang terus berlari keluar daripada kawasan kolej. Kebetulan time tu bas lalu. Kitorang pun tanpa mempedulikan sama ada bas tu bas kilang ataupun bus stop, terus naik.


 Dah naik bas tu, uncle driver bas tu pulak cam bengong. Bleh plak beliau bawak bas masuk lam kedai makan. Kedai makan tu kedai cina. Beliau macam tak puas hati ngan kedai tuh. Tak tau pasaipa. Habis kerusi meja tunggang terbalik kena langgar ngan bas. Lepas langgar kedai makan tuh, dengan muka tak bersalah, uncle tuh meneruskan perjalanan. Orang2 dalam bas pun buat cam takda apa yang berlaku. Hish. Macam2.

Ni lepas langgar kedai makan tu la. Habes rongak bas. 
Cermin pun da retak sebab tokey kedai tuh baling pinggan.

Lepas naik bas tuh, aku ngan member aku naik motor plak. Kitorang nak gi balai polis. Nak report pasal buaya masuk kolej tu la. Tetiba rasa cam bangang. Nape kitorang tak kol je polis tu ek? Hukhuk. Tak pe la, tragis sikit. Time on da way nak gi balai polis tu kan, aku nampak banyak mayat2 bergelimpangan. Mesti disebabkan oleh serangan buaya tersebut. Darah bercampur air hujan bertakung sana sini. Time tu pun ujan jugak. Tetiba motor yang kitorang naik tuh termasuk lam neelopak. So, air hujan bercampur darah tuh, terpercik and then termasuk dalam mulut aku. Pergh... rasa masin, hanyir semua ada.





Setelah menempuh darah dan mayat, kitorang pun sampai kat balai polis tuh. Balai polis tuh balai polis bergerak. Bentuk dier macam bas la. Tapi dalam tu sebijik macam offis polis yang tak bergerak, Maknanya sama je la cam balai polis tak bergerak. Pastu lepas bagitau pasal buaya tuh, tetiba balai polis tuh bergerak. Dah nama pun balai polis bergerak. Nak bawak kitorang gi mana tah. Konon2 nak selamatkan diri la. Member aku cakap diorang nak bawak kitorang gi Singapore. Hui, biar betol! Tapi tak pun. Merepek je. 

Pastu kitorang sampai kat satu tempat ni. Macam terminal bas je. Ye la kot.. Sebab ada banyak bas. Haha. Pastu ada brader nih tanya kat kitorang, ade tak yang nak pergi perlis? Aku pun cakap la ada. First2 aku ingat nak ikut member aku je. Then, tetiba rasa nak balik perlis. Dengan lenggang kangkungnya. Apa pun tak bawak. Aku pun terus naik bas tersebut tanpa membayar satu sen pun lagi duit tambang. Kiranya macam naik bas on da spot la. Pastu aku terpikir, duit cam tak cukup. Aku raba poket depan belah kiri, ada saploh hengget ja. Ingat nak kol mak aku. Bila raba poket depan belah kanan, henfon plak tak ada. Ha, sudah. Pastu baru aku teringat, poket belakang ada lagi. Disitu la tersembunyi duit yang selebihnya dan juga henfon aku. Akhirnya, aku berasa sedikit lega. 

Tetiba aku pun tersedar dari mimpi akibat tido lepas subuh. 

Rasa air darah tuh macam real. Aku bleh ingat lagi rasa hanyir2 darah tu. Erghh. Mungkin ada nyamuk kencing atau nyamuk datang haid ketika terperangkap dalam mulut aku time tido. Tak pun, Edward Cullen yang baru lepas sedut darah makcik umah sebelah, datang kiss aku. OMG! Aku bakal jadi vampire dan juga bakal menjadi pesaing Bella!

Jeng je jeng.....



Tiba-tiba Taylor Lautner baca blog aku dengan menggunakan gugel translate, 
lalu beliau pun berkata:

wei, awat hang hensem sangat ha? tampaq mau? kot2 jadi huduh sikit.


SEKIAN SAHAJA KEMEREPEKAN AKU UNTUK KALI INI
DON'T TRY THIS AT HOME!

P/S: Agak2 bleh tak jadi contoh karangan jenis cereka?ke celaka?

Tuesday, January 24, 2012

Rindu naik train

Assalamualaikum...

Tadi tengok berita tv9 ada berita pasal ktm. Ala pasal coach wanita semua tu. Pastu pembaca berita tu ada sebut KTM Kajang. Tetiba aku rasa rinduuuuuuu sangat ngan ktm tuh. Rindu saat2 tunggu train berjam2, rindu saat2 train delay, rindu kejar train, rindu salah train, rindu dok berposing maut tepi landasan tuh, rindu terlajak stesen.. Ah, seriusly rindu dowh! Tak tau pasaipa.

GAMBAR2 POSING KAT KTM

Kat BTS (Bandar Tasik Selatan) kot ni. Dok ulang alik naik train. First daripada Kajang, then turun BTS. Ingat nak pi Hang Tuah lak sebab nak pi TS (Times Square). Tapi disebabkan ramai sungguh umat manusia sampai tiket pun terhad, terpaksa la patah balik pi Serdang jak. 

Kat dalam train sempat lagi member aku snap pic. Ladies coach yang penuh ngan pondan tua. Err.. kecuali kitorang la.

Rindunya background cenggitu. Ahah!

Zaman muda2


Trivia aku kat KTM ngan dalam train:
  1. Naik train pergi dan balik. Maksud aku naik train sampai ujung mana tah, pastu patah balik.  
  2. Naik train pagi2 buta. Pastu dok ja dalam train tu sampai train tu berenti kat penghujung jalan. Konon2 terlepas stesen. 
  3. Pernah sound orang dalam train. Padan muka. Sapa soh dok bercinta ja dalam train sampai takmau bagi ruang kat orang lain. Orang ramai, sempit, sesak kot.
  4. Beg sandang aku putus and sipi2 lagi nak jatuh kat landasan time dok berebut2 nak masuk train. Kalau tak, purse ngn henfon aku dah arwah kena lenyek ngn train. 
  5. Pernah sound promoter celcom yang dok promote sim card kat ktm. Yela, dok paksa2 aku amik sim card tuh. Siap kejar aku lagi. Orang nak cepat. Dengan bengangnya aku pun berkata "You mana bleh paksa2 orang macam ni!" Kuat jugak la suara aku. 
  6. Ha, pernah TERRraba tangan orang yang tengah pegang tiang dalam train tuh. Lama kot aku dok pegang tangan dia. Ingatkan tangan member aku. Sebab ramai sangat orang. Aku pun siap usik2 tangan tuh. Malu dowh. Mesti orang tu pikir bukan2. Erk!

P/S: Teruknya aku. Rindu ngan KTM ja. Member2 rindu la jugak.<----(spesis tak berapa nak ada perasaan)

Saturday, January 21, 2012

Parody Ombak Rindu yang menusuk kalbu

Parody daripada Mr Bie yang sangat syahdu dan menyentuh hati. Selalu aku dok tengok parody Ombak Rindu yang bangang2. Tapi ni versi Islamik. Ada pengisian la jugak. Aku tulis balik lirik lagu parody ni dalam bentuk graphic.  Layan video sambil tengok lirik, lagi syahdu:)
















Lokasi penggambaran: Bendang sebelah rumah aku dan bilik aku.
Model: Diimport dari alam maya.

Tuesday, January 17, 2012

Cerpen: Anugerah [Part 10, Akhir]


Ketika berada di dalam kereta, masing-masing diam seribu bahasa. Ammar yang seakan-akan berani pun tidak terluah kata-kata yang disusunnya sebelum bersemuka dengan Aisya. Keadaan sangat kekok. Peluh memercik di dahi Ammar walaupun tidak panas.
“Alamak...aku nk ckp cmne ni...aduh...” Ammar berkata-kata dalam hati. Aisya pula hanya membatu sampai tak bergerak-gerak pun.
“Err..hehe” Ammar hanya mampu tersengeh saja kepada Aisya. Tak terkeluar kata-katanya.
“Ish, kenapa awak ni? Tersengeh-sengeh macam kerang busuk.” Tanpa sedar, Aisya yang sejak tadi berasa cuak ketika berada di sebelah Ammar telah berkata-kata. Cepat-cepat dia menutup mulut dengan tangannya. Malu. Ammar juga agak terkejut kerana Aisya yang memulakan kata-kata dahulu.
“Eh, awak dah bersuara dengan saya? Wah, bahagianya rasa. Lepas ni kita berkomunikasi macam manusia biasa ek sayang. Takder mesej-mesej lagi.” Barulah Ammar ada kekuatan untuk bersuara. Hatinya sangat berbunga-bunga apabila mendengar suara Aisya.
“Err...ha?Ok,ok..” Aisya masih lagi kekok. Haih, macam mana la aku boleh terlepas cakap tadi.
“Err..jap,kita nak ke mana ni?” Aisya bertanya kerana rimas dengan Ammar yang masih tersenyum-senyum.
“Kita gi dating la. Tengok wayang, makan-makan, jalan-jalan.”

Hari itu merupakan first date mereka. Macam pasangan kekasih yang baru menjalinkan cinta. Aisya hanya ikut sahaja ke mana Ammar membawanya pergi. Dalam hati Aisya berasa sangat gembira walaupun riak mukanya hanya bersahaja. Romantik jugak si Ammar ni ye. Getus hati Aisya.  Ketika sedang berjalan-jalan, tangan Ammar juga berjalan. Tapi bukan berjalan ke tempat yang tidak sepatutnye. Dia cuba memegang tangan Aisya. Yes! Berjaya! Ammar Berjaya memegang tangan Aisya sambil buat muka selamba. Aisya pula tidak mengelak. Dibiarkan saja. Yela, suami dia pun. Hehe. Wah, sweetnya..

Selesai saja mandi, Aisya terus memasang televisyen kalau-kalau ada cerita menarik. Sedang asyik dia mengeringkan rambutnya yang basah itu, tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Hah! Ammar! Alamak, apa dia nak.. Aisya mula gelabah.
“Err..maaf ganggu awak. Saya bosan ni. Jom teman saya tengok tv kat bawah.” Ammar sengaja ingin bermanja dengan isterinya yang satu itu. Aisya agak terkejut dengan ajakan Ammar itu. Yela, tak pernah-pernah Ammar mengajaknya menonton televisyen bersama.
“Err..boleh la. Tapi awak turun dulu. Nanti saya turun.” Entah mengapa begitu mudah saja Aisya menerima ajakan Ammar tersebut. Pada ketika itu juga Ammar berasa sangat berdebar-debar ketika terpandang Aisya di muka pintu. Jiwanya lelakinya dirasakan bergelora dan tercabar pada malam itu. Tak tahulah kenapa. Faham-faham la sendiri. Huhu.

Ketika mereka menonton televisyen, mata Ammar tak lepas daripada memandang wajah Aisya. Aisya yang perasan dirinya diperhatikan melatakkan tapak tangannya ke muka Ammar.
            “Dah la tu..Jangan pandang saya lagi.” Dirinya terasa rimas dan kekok. Akan tetapi, Ammar hanya tersenyum dan menggenggem tangan lembut Aisya yang berada di mukanya.
            “Apa salahnya. Saya bukan orang lain pun.” Dan di waktu itu juga mata mereka bertentangan. Ammar sudah tidak dapat menahan dirinya lagi. Perlahan-lahan dia merapatkan mukanya ke muka Aisya. Berderau darah Aisya ketika itu. Muka Ammar semakin hampir dan hampir ke muka Aisya dan ketika itu juga satu ciuman hinggap di bibir Aisya. Aisya agak kaget dan tidak dapat berbuat apa-apa. Nak menjerit pun tak boleh kerana Ammar suaminya sendiri. Setelah satu ciuman hangat diberi, Ammar membisikkan sesuatu di telinga Aisya.
            “Saya dah tak boleh tunggu lagi..”

*********************************************
“Papa, nak makan ais krim” Amzar Aniq, merengek-rengek inginkan ais krim kegemarannya.
“Yelah, yelah. Jom kite gi beli. Papa satu, mama satu, Aniq tak boleh.”
“Papa jahat!”
“Ok,ok..papa gurau je. Jom. Sayang, abang gi kedai dengan Aniq jap ek.”
Begitulah keletah Aniq, cahaya mata sulung Aisya dan Ammar. Aisya sangat bahagia dengan kehidupannya sekarang. Kadang-kadang dia tertawa sendirian kerana setelah usia perkahwinan mereka setahun barulah mereka mula bercakap. Kalau tidak sampai sekarang hanya hantar sms saja. Walaupun telah berkahwin di usia muda, namun dia tetap bahagia dan bersyukur kerana Ammar dan Aniq telah dianugerahkan untukknya. Jika atukknya masih hidup, mesti dia pun turut gembira dengan cucunya yang satu ini. Atukknya telah meninggal ketika usia perkahwinannya menjangkau setengah tahun.
“Terima kasih atuk....”
TAMAT

Sunday, January 15, 2012

Cinta muka buku


Assalamualaikum...

Herm..hari ni bosan yang amat. Tiap2 hari ahad aku mesti menanggung derita kebosanan yang amat. Tapi hari lain tak sangat. Tengah2 bosan, aku pun tengok tibi. Terlayan NONA kul 2 tadi. Terr.. Bukan apa, aku tertarik dengan kisah cinta muka buku. (Eh, apa masalah tengok Nona pun?Err..)

Yang pasal Zed Zaidi ngan bini dia tu, aku rasa semua orang tau kot. Tapi aku tertarik dengan pasangan suami isteri ni yang kapel kat fesbuk ja. Diorang kapel tak lama pun. Dalam 6 bulan kot. Pastu pakwe dia terus pinang. Diorang ni tak pernah jumpa pun lagi. Dok chat dalam fesbuk ja kot. Pasal hantaran semua tu pun, diorang discus lam fesbuk. Gambar2 hantaran semua uplod, pastu just tunjuk thru fesbuk ja. Time tunang tuh, baru first time diorang jumpa. 

Fuuhh.. Kalau orang lain, mesti pikir lima belas ratus ribu kali ni. Dok pikir nak terima ke tak. Sebab tak pernah jumpa langsung. Kenal dalam fesbuk pun tak sampai setahun. Kalau aku pun, mesti aku pikir banyak2 kali. Tapi mesti laki tuh eklas nak kawen dengan dia. Lepas tu ada ustazah yang semanis kurma tu, err tak ingat lak nama beliau. Beliau ada cakap, "hati eklas, pasti dibalas".



P/S: Kadang2 dengar tazkirah pun bleh menenangkan hati jugak daripada nak lepas tension dengan pasang lagu kuat2.


Cerpen: Anugerah [Part 9]


Setahun kemudian.....

Walaupun Ammar dan Aisya tinggal serumah, mereka tetap tidur berasingan. Mereka berdua telah pun tamat belajar dan bersedia untuk bekerja. Mereka juga masih tidak berkomunikasi seperti biasa. Tetap menggunakan SMS dan komen mengomen serta IM di facebook. Relationship dalam facebook je married to. Tapi, tak macam suami isteri pun. Haha. Ammar juga masih beranggapan bahawa Aisya sudah mempunyai pilihan hatinya sebelum mereka berkahwin kerana dia kerap kali ternampak Aisya sedang bergayut dengan seseorang. Dia tidak tahu bahawa Aisya sedang bergayut dengan Aina. Mengalahkan kekasih pula mereka itu.
Aisya,sy nk tnye ckit bleh?”
Tnye je la...
Smpai ble kte nk msj je?Sy bosan la
Sy pn xtau..kdg2 tringin jgk nk ckp dgn awk
Eleh,yke..nti buah ati awk mrh plak
Dtg mne plak buah ati ni??Sy kn dh brsuami. Watpe nk cri buah ati lg” Aisya berasa geram dengan sindiran Ammar. Dia berasa seolah Ammar tidak mempercayainya. Memang Ammar bukan pilihan hatinya. Tapi dia juga tahu tanggungjawab seorang isteri. Dalam diam-diam, dia juga mula menyayangi Ammar. Tapi cinta belum lagi. Boleh pulak macam tu.
Yke?hbis tu spe yg slalu call awk tu?
Owh, tu Aina la. Kwn skola sy dulu. Tu pn nk jeles ke?
Eh,jeles knape plak...kwn awk?prmpuan?bkn boifren?” Ammar tersentak dengan jawapan tersebut. Gembira pun ada jugak. Dia tidak menyangka bahawa selama ini Aisya bergayut dengan teman lamanya.
Ish awk ni...xkan laki nme Aina kot. Tu la,lain kali tnye dlu. Jgn mai tduh je. Sy bkn mcm awk,rmai pminat” Aisya menyindir Ammar kembali. Memang tak dinafikan, Ammar ramai peminat semasa di kolej dulu. Hari-hari, ada saja mesej masuk daripada peminat misteri. Pelik betul. Walaupun semua orang tahu bahawa Ammar suami kepada Aisya, mereka tetap memburu Ammar. Orang ada rupa la katakan.
Nk wat mcm mne. Alah,awk jgn rsau la. Sy xlyn pn..” Memang benar, tidak ada seorang pun daripada peminatnya yang dilayan. Cintanya hanya untuk Aisya.
Hermm...yela. Watpe sy nk rsau
Eleh, yke xrsau. Aisya, jom kte kuar jln2. Atau nk sng citer,g dating la. Kte ni nme je suami istri, tp xpnah pn luangkn mse bsama. Nnti kte bleh borak2.” Ammar memberi cadangan kepada Aisya. Memang dulu mereka tidak ada masa langsung untuk bersama kerana sibuk belajar untuk menghabiskan pengajian mereka. Dan sebelum memulakan karier masing-masing, ada banyak masa untuk mereka luangkan bersama.
Hah? Kuar ngan awak? Err..” Aisya berasa berdebar-debar. Yela, dia tak pernah pun keluar dengan Ammar.
Knpe? Xkan nk kna bsedia jgk kot. Jom la...” Ammar cuba memujuk Aisya.
Yela,yela...tp ble?
Ari ni. Skrg. Awk siap la ek. Sy tgu lam kete kt bwh” 


Bersambung...

Friday, January 13, 2012

#Bukan Niatku#


Sungguh berat hatiku
Untuk melepaskan dirimu
Membiarkan perasaanku padamu
Terbuai dan terus berlalu

Sungguhpun begitu
Tidak terniat dihatiku
Untuk menyintaimu
Kerna ku tahu
Dirimu tak mungkin milikku

Sungguh payah hatiku
Untuk melupai perasaanku
Kerana ia terus hadir membelenggu
Jiwa dan naluriku
Ah, aku keliru

Maafkan diriku
Andai terlebih perhatian padamu
Mengundang ragu di hatimu
Kerana ianya bukan kehendakku

Bukan juga pintaku
Memiliki perasaan padamu
Ia diluar kawalanku
Membuat hidupku terganggu
Sekali lagi maafkan aku

By:
Atik Said

Cerpen: Anugerah [Part 8]


“Awk, sy nk blik jmpe atuk sy. Awk nk ikut?”
“Eh, mesti la sy ikut. Sy kn cucu mnantu. Bile awk nk pegi?”
“Yela cucu mnantu. Klu bleh sy nk pegi esok.”
“Esok?Erm..bleh jgk. Eh awk, xsjuk ke? Klu sjuk meh sy pnaskn awk.bleh?”
“Eh, kta msj tya skit je dh nk ambk ksmpatan. Nsib baik awk tdo kt bwh tau”
Ala..xbdosanye kta..”
“Dh2, sy nk tdo. Nite”
“Cm2 je? Yela2. tdo la. Sy tgu awk. Nite”
Aisya mula terfikir sesuatu. “Tunggu? Ape maksud dia?” 
****************************
“Mak, ayah, atuk macam mana? Dia sihat?” Setelah sampai di rumahnya, Aisya terus bertanya keadaan datuknya. Dia sangat rindu akan datuknya.
“Aisya..datuk macam tu je la keadaan dia. Cuma lepas Aisya kahwin dia macam dah sihat sikit. Aisya macam mana pulak? Ok?” Asmah bimbang anaknya itu tidak bahagia.
“Aisya sihat je. Mak, Aisya nak jumpa atuk kejap”

Selepas menonton televisyen, Aisya terus menuju ke bilik tidurnya tanpa mempedulikan Ammar. Ammar pula sedang mengambil angin di luar rumah. Rancak sungguh dia berbual dengan bapa mertuanya sebentar tadi yang sudah masuk ke dalam rumah. “Hmm..apa Aisya tengah buat sekarang? Kalau la dia tau aku dah lama suka kat dia..” Sebenarnya Ammar sudah lama mengenali Aisya iaitu ketika menghadiri aktiviti kem kokurikulum yang diadakan bagi peringkat universiti. Ketika itu Ammar mencuba untuk me ‘nackel’ Aisya, tetapi tidak berkesempatan. Tambahan pula dia juga boleh dikatakan seorang pemalu. Dia tertarik dengan Aisya kerana sikap Aisya yang tidak seperti perempun-perempuan gedik yang lain. Sebab itulah dia menerima Aisya sebaik sahaja datuknya ingin menjodohkannya dengan Aisya Dia juga tidak percaya bahawa Aisya telah menjadi isterinya dengan begitu mudah sekali. Akan tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk menawan hati Aisya sekarang walaupun dia telah memiliki Aisya. Dia perlu juga mengambil hati Aisya.

Salam..awk tgh watpe 2?”
Bunyi mesej telefon bimbit Aisya telah mengejutknnya. Yela,bunyi mesej macam bunyi bom. “La..ape yang dia nak malam-malam camni..kacau betul la.” Aisya merungut di dalam hati. Tapi balas jugak mesej tu.
Wslm.xde wat pape pn..npenye?
Xde..sje je..xtdo lg ke?
Ni tgh tdo la..sy tgh msj lam mimpi.”
Wat lwk plak dier..awk,erm..
Ape?
Awk xske kt sy ke?
Ntah.nk kta ska 2,xsgt la..tp jgn rsau,sy xbnci awk.”
Klo mcm 2,sy ade hrapan la?
Setelah agak lama menunggu, Ammar berasa hairan kerana Aisya tidak membalas mesejnya. Dia terfikir mungkin Aisya telah tertidur. Dia segera balik ke bilik untuk tidur. Sebaik Ammar membuka pintu bilik, dia ternampak Aisya sedang berbual di telefon. Patutla Aisya tidak membalas mesej Ammar.
            “Hmm..nampaknya dia macam dah ada pakwe. Aku ni takde harapan rasanya. Ish,ape aku merepek ni? Dia kan dah jadi milik aku. Tapi tubuh dia aje milik aku, hati dia tak.” Ammar berkata-kata di dalam hati. Dia menjadi agak kecewa dan tidak jadi untuk masuk ke bilik. Dia hanya baring di atas sofa ruang tamu rumah Aisya.  
            “Eh,lupa nak balas mesej Ammar.” Setelah agk lama berbual dengan teman baiknya, Aina, Aisya baru teringat akan Ammar. Aisya sememangnya begitu. Kalau dah dapat berbual dengan sahabatnya yang satu itu, memang tak akan habis. Aisya terus meminta Aina untuk menamakan perbualan.
            “Sori, lmbt bls. Awk kt mne?” Aisya tidak menjawab pertanyaan Ammar. Dia pun tak tahu nak balas macam mana. Setelah agak lama menunggu, namun tiada balasan. Aisya pun mengambil keputusan untuk tidur saja.


Bersambung....

PART 1, PART 2, PART 3, PART 4, PA RT 5, PART 6, PART 7

Thursday, January 12, 2012

Awek kiss

Assalamualaikum...

Satu malam yang tak berapa nak indah, aku, mak aku ngn sepupu aku tengok DVD Ombak Rindu. Aku beli DVD ja sebab nak donlod tenet tak mengizinkan. Mak aku yang nak tengok. Aku takda la nak tengok sangat, tapi nak tengok la jugak. Eheh. Malas nak story panjang2. Aku buat short comic ja. Pasal sepupu aku yang gatai sangat ni, bukan pasal ombak rindu. 


Macam comolot pun ada bila tengok skali imbas part ni. Haha!






Keesokan harinya..





Aku rasa kiss2 pipi ni perkara biasa la kot bagi setiap kapel kat dunia ni. Terbaik la ntok kapel yang tak pernah kiss2 or touch2. Kalau ada pun, kapel alam maya. Haha. Yang aku pelik tu, spupu aku ni rilex ja cerita kat aku pasal benda2 ni. Apa dia buat ngn awek dia, banyak jga la dia story ngn aku. Yela, dah macam adik aku sendiri da. Tapi tu la, tak matured lagi nih. Padan la tak segan bercerita pasal ni. Apa la aku ni. Eheh!

Tetiba aku terpikir, kalau time form 1, form 2 dah pandai semua tu, maknanya bila dah besar sikit nanti, lagi advance la?? Astaghfirullahalazim.. Patut la ramai budak muda kat kampung ni kawen awal. 

P/S: Alamak, tertengok Ombak Rindu ngn budak bawah umur. 

Sunday, January 8, 2012

Cerpen: Anugerah [Part 7]


Pada mulanya Aisya berasa kekok menjadi ahli baru bagi keluarga Ammar. Dia terasa begitu asing sekali. Akan tetapi, layanan yang diberikan oleh keluarga Ammar membuatkan dia berasa senang. Mereka begitu baik terhadap dirinya. Walaubagaimanapun, dia tetap kurang selesa untuk bergaul dengan Ammar. Dia tidak tahu bagaimana untuk melayan Ammar. Maklumlah tidak ada pengalaman melayan orang lelaki. Entah mengapa dia berasa sangat susah untuk berkomunikasi secara berdepan dengan Ammar. Jika ingin memberitahu sesuatu dia hanya menulis di atas kertas saja. Macam orang bisu pulak. Kadang-kadang Aisya berasa bersalah terhadap Ammar.

Bunyi mesej daripada telefon bimbit Aisya nyaring memanggil tuannya.
“Ish, sape pulak yang hantar mesej ni..kacau betul la.”
Salam..kalau awk susah sgt nk ckp, msj je num ni. Tak pyh gna krtas lg. Ni num sy -suami awk-
Aisya terkejut dengan mesej yang dihantar oleh Ammar tersebut. Dia hairan bagaimana Ammar mendapatkan nombor telefon bimbitnya sedangkan dia belum pernah memberinya kepada Ammar.
“Wslm. Mna awk dpt num fon sy?”
“Tak kisah la mna sy dpt num awk. Snang skit sy nk bkomunikasi dgn awk. Jgn lupa active num sy. Bleh kta msj lme2, kn syg..haha!”
“Ee..spe nk msj dgn awk?ngade2nye..”
“Hbs 2 knpe awk bls msj sy?”
“Sbb sy ingin tau..”
Ala..yela 2..ok la. Blajar leklok ye. Sy pn nk buat keje sy. Bye syg..jmpe kt
umh nanti.hehe..”
“Aduhai..kenapa la aku boleh kahwin dengan lelaki ni.” Aisya mula mengeluh.
“Hai Aisya,kau mesej dengan sape 2? Laki kau ek..” Kawan-kawan Aisya mula mengusik. Mereka sudah lama memerhatikan gelagat Aisya bersama telefon bimbitnya.
“A’ah Aisya. Sebelum ni kau tak pernah mesej dengan sape-sape pun.” Seorang lagi kawannya menyampuk.
Ala..sibuk la korang ni. A’ah..laki aku. Korang tau tak aku tak bercakap lagi dengan dia. Aku segan la. Aku just tulis nota je kat dia”
“Hish, ape la kau ni. Macam tu pulak dibuatnye. Tak baik tau.”

Untuk mengelakkan daripada keluarga Ammar salah anggap terhadap dirinya, Aisya terpaksa tidur sebilik dengan Ammar. Dia bernasib baik kerana Ammar faham akan dirinya. Oleh itu Ammar terpaksa tidur di bawah dan Aisya di atas katil. Dia dan Ammar tidak pergi berbulan madu seperti yang dilakukan pasangan pengantin baru yang lain. Hal ini kerana mereka terlalu sibuk belajar. Banyak perkara yang perlu mereka uruskan di kolej.

“Am, Aisya, umi dah sediakan rumah untuk korang berdua. Hadiah daripada umi.” Rokiah tersenyum lebar. Dia berharap anaknya akan hidup bahagia macam pasangan yang lain. Dengan adanya rumah sendiri, mereka mungkin akan menjadi lebih rapat.
“Yeke umi? Terima kasih umi.” Ammar menerima tanpa banyak alasan.
“Err.. umi, maknanya nanti kitorang tinggal berdua je la?” Aisya berasa cemas.
“Ye la..takkan umi nak ikut korang kot.”
“Oh, ok..”
“Kenapa? Aisya tak suka ke?”
“Eh, takde la umi. Aisya suka. Terima kasih ye umi.” Aisya terpaksa buat-buat suka. Nampaknya dia kena berhadapan dengan Ammar setiap hari, menyediakan makanan untuk dia setiap hari dan semua perkara perlu dilakukan dilakukan bersama-sama.
“Aisya, apa rancangan Aisya lepas ni?” Aisya tersentak daripada lamunannya.
“Err..buat masa ni takde rancangan ape-ape lagi umi. Kenapa? Umi ade rancangan untuk saya ke?”
“Ade..tapi untuk umi la. Umi rancang nak timang cucu.” Rokiah berkata selamba sambil tersenyum. Aisya agak tersentak dan hampir tersedak. Ammar hanya tersengih seperti siput sedut. Hmm..macam suka je dia tu.
“Takde la..umi gurau je..umi faham, Aisya dengan Ammar kan sibuk belajar lagi.”
Fuh.. Aisya berasa sangat lega.

Bersambung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...