Sunday, July 31, 2011

Puasa jangan tak puasa

Owh... Ramadhan kembali lagi ye adik2... Tapi kenapa macam tak rasa apa2 pun? Tak macam tahun lepas, eksaited jak aku nak sambut puasa. Tapi tahun ni rasa macam... Tak tau lah. Kenapa? Why? Astaga... 

Ermm.. Takpelah. Maybe dah puasa nanti, barulah terasa. Ye dok? Time2 puasa ni teringat pulak zaman dolu2. Macam2 benda pelik yang aku buat time bulan puasa. Haha. Bengong jak rasanya. Aku puasa penuh pun bila dah masuk Form 1.

1. Sambil mandi minum air. Ni perkara biasa bagi budak2 yang dah tak tahan sangat dah. Tapi time ni sikit jak lagi nak bukak posa. Tapi air paip tuh asyik menggoda aku jak. So, aku pun tertewas. Ambik getah paip, masukkan dalam mulut, then sedut. Ah~~ Lega.... Pastuh buat2 muka letih pi tunggu depan meja nak bukak puasa. Padahal dah kenyang air sedozen. Huahuahua!



2. Curi buah kat kebun orang, pastu makan time tu jugak. Adoi la.. Teruk betul. Time2 bulan puasa jugak la nak pi curi buah bagai. Ahah!


3. Buat2 sakit or demam nak mati. Ha, time bulan puasa la baru terasa nak makan ubat selalu. Yela, bila kena makan ubat, boleh ponteng puasa. Kalau hari biasa, memang tak la nak makan ubat. Hihi.


4. Makan kat belakang kelas. Sekolah rendah ni. Buruk perangai. Time rehat jak, terus meluru pi belakang kelas. Pastuh makan cekedis, cekelat. Makan laju2 takut cikgu nampak. Haha.


5. Makan nasik goreng dalam bilik. Punya la tak mau bagi orang nampak, sanggup makan dalam bilik. Tapi bau nasik tetap meninggalkan kesan. Haha. Bila ada orang datang jak, cepat2 sorok nasik tuh.


P/S: Selamat berposa

Saturday, July 30, 2011

Budak2 Kampung Zaman Sekarang

Ni bukan aku nak menghina orang kampung. Aku sendiri pun budak kampung jugak. Tapi nak cerita pasal perangai buruk diorang yang semakin menjadi2. Aku pulak yang naik rimas walaupun budak2 tuh bukan adik,  apatah lagi anak aku. Kalau anak aku, memang tak selamat la beliau. On da spot aku hantar Henry Gurney, tak pun Sekolah Wira Bakti dalam cerita Juvana tuh. Eheh!

Apa la nak jadi dengan budak2 sekarang nih. Baru sekolah rendah, dah bersoSial bagai. Khatan pun belum kering lagi, dah nak mula beromen sana sini. Siap ada port kat ceruk kampung tuh. Wadda.. Dah macam takda masa depan. Buntingkan anak orang sana sini. Sebab tu lah budak2 kampung dah ramai yang rosak. Serius weh. Ramai jugak yang muka tak bersalah kawen muda sebab terlanjur. Sekolah pun memang sah2 lah berenti. Mak bapak pun on jak. Tak pikir apa2 dah. Tak pikir masa depan anak diorang tuh. 

Yang aku pelik la kan, kampung tuh bukannya luas macam kat KL nun. Kalau ada anak2 muda yang buat perangai cibai macam khinzir, mesti kantoi punya. Tapi parent yang ada anak macam ni, takkan tak sedar yang anak diorang dah femes satu kampung dengan perangai sial anak tersebut?

Ada jugak parents yang terlalu open. Rilek jak biar anak diorang dengan geng2 kutu berahak mana tah dok lepak kat rumah diorang hari2. Siap sediakan peti karoke untuk diorang melalak hari2 tanpa segan dan silu. Dan yang paling penting, ada dalam geng2 kutu berahak tuh yang dah kawen. Umur baru 16 bai. Tu mesti kes kemaluan tak tentu arah dah. Satu lagi sikap parent yang selamber badak biar jak anak2 jantan diorang bawak balik betina jalang yang entah mana dikutipnya tidur kat rumah sampai berhari2. Siap buat makan2 lagi semata2 nak sambut betina tuh. Apa cita?? 


Kadang2 aku kompius sama ada mak bapak budak ni terlalu manjakan anak2 diorang or dah tak peduli apa anak2 diorang nak buat. Mana tak peliknya, budak baru darjah 6, dah dapat moto sebijik, henfon, komputer. Budak2 sekarang tak main la beskal bagai. Aku rasa macam.. ntah lah. Aku pulak yang geram. Yela, dah la takda lesen, pastuh senang2 bagi moto. Diorang tu pun bukannya kaya raya sangat. Kena saman baru nak nganga. Pastuh bila dah takda duit, mula la mencuri sana sini. Mak ayah, tok nek, tok wan, semua dah tau perangai budak tuh macam tuh. Tapi biar jak. Tak paham aku. Ponteng sekolah pun biar jak. Anak2 pi merempit pun biar jak. Bila orang lain tegur anak2 diorang, tau pulak melenting. Pokemon betul la.



P/S: Semua tuh benar2 berlaku.

[[Apakah?]] -Part 2-


Tak lama selepas itu, ibuku berkahwin dengan seseorang yang aku tidak kenali. Aku memang tidak bersetuju dengan perkahwinan ibuku tersebut kerana aku tidak menyukai lelaki itu. Aku pun tidak tahu kenapa aku tidak menyukai beliau. Mungkin selepas ibuku berkahwin, aku sering diabaikan dan ditinggal-tinggalkan. Aku seperti seorang kanak2 yang kurang kasih sayang. Bukan aku ingin menyalahkan ibuku, tetapi aku hanya inginkan sedikit perhatian darinya. Mungkin ibuku sudah lama tidak merasa kasih sayang seorang lelaki, sebab itulah beliau menjaga suami barunya dengan sepenuh hati jiwa raga serta bakul.

Akan tetapi, jiwa kanak2 aku yang semakin meningkat remaja ingin sahaja terasa nak memberontak. Aku sering melawan cakap ibuku. Tidak cukup dengan itu, barang2 dalam rumahku habis aku rosakkan kerana terlalu mengikut perasaan tidak matang aku. Hingga suatu hari, bapak tiriku melempangku laju2 kerana terlalu kurang ajar. Mulai saat itu, perasaan benci dan dendam kesumat terhadap lelaki semakin membara dalam diri ini. Apakah?

Hidup aku semakin hari semakin liar walaupun ketika itu aku baru sahaja berumur 13 tahun. Akan tetapi aku tetap mempunyai minat untuk bersekolah. Kecik2 lagi aku sudah pandai bersoSial dan perkara itu berterusan sehingga aku tinggal di asrama pada umur 16 tahun. Hal ini kerana keputusan PMR aku agak cemerlang dan berjaya ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh. Mulai saat itu, hidupku mula berubah sehari demi sehari. Dan aku juga sudah tidak aktif bersoSial. Yela, dok hostel mana boleh keluar ikut suka hati kan. Satu sahaja perkara yang masih tidak berubah dalam diri aku iaitu persepsi aku terhadap kaum lelaki. Aku masih lagi membenci kaum itu. Apakah?

Bersambung...

Part 1

Friday, July 29, 2011

Bukan Tak Suka, Tapi.....

Hermm... Aku bukan tak suka kat kau weh. Tapi perangai kau tuh. Apasal tah. Buruk perangai. Macam ni kah kawan?? Habis madu sepah dibuang. Wadda... Kau dah dapat advantage daripada aku, kau blah macam tu jak. Pandang muka aku pun tak. Apatah lagi nak pandang badan aku. (Eh?? Macam orang kena rogol lak. Bukan ek.) Ok fine! Kalau kau susah, usaha cari aku sampai lubang jamban. Kalau aku nak mintak tolong kau, kau pulak yang masuk jamban. Kalau kau tolong pun nak tak nak jek, baik tak payah tolong la wei. Pastuh bila aku dah tolong, banyak pulak bunyik. Itu tak kena, ini tak kena. Demm! Kau tau (memang kau tak tau pun), aku dah korban macam2 semata2 nak tolong kau. Tapi kau buat aku macam ni pulak. Aku pun ada hati dan perasaan tau tak. Apatah lagi emosi. Ye! Aku baik sangat. Selalu bagi muka kat orang. Jarang nak bagi tapak kaki, tapak kasut, tapak tangan, apatah lagi tapak sulaiman kat orang. Baik kan aku ni? Of course lah! Grrr....

P/S: Aku takkan benci orang

Tuesday, July 26, 2011

[[Apakah?]] -Part 1-


Ah, lelaki. Semua sama aje. Aku dah naik muak, mual, nak termuntah, nak terberak, tercirit semua ada dengan perangai manusia2 yang bergelar lelaki. Entahlah. Aku tak boleh hentikan hati aku ni daripada terus membenci kaum Adam itu. Mungkin kerana kaum lelaki ni telah banyak menyusahkan serta menghancurkan hidup aku. Sial la. (Abang Long Dil yang cakap)

(flashback ke zaman dolu2)
"Ape ni Pak Long? Ape yang Pak Long cuba lakukan ni??" Aku tersentak apabila terlihat Pak Long sedang memeluk ibuku ketika aku pulang dari sekolah. Ibu pula meronta2 sedaya upaya untuk melepaskan diri. Celaka punya orang tua. Berani dia mengambil kesempatan terhadap ibu aku yang ketika itu sedang memberi makan Tompok, kucing aku. Demm you jantan keparat! Tapi dengan kadar segera, Pak Long aku terus memblahkan diri apabila terpandangkan aku yang comel tercegat di depan pintu. 

Peristiwa tersebut telah lama berlaku, iaitu ketika aku masih bersekolah rendah. Ketika itu, hampir setiap hari Pak Long datang ke rumah aku untuk mengorat ibuku yang ketika itu telah kematian suami dua tahun yang lalu. Semakin hari, semakin menyampah dengan perangai beliau. Hingga aku menyimpan dendam kesumat terhadap lelaki jongos itu. Kalau boleh, ketika itu juga aku ingin merobek jantungnya hingga mampus. Tetapi apakan daya. Ketika itu aku hanya seorang budak hingusan yang masih lagi mengusung anak patung ke hulu ke hilir.

Anak2 Pak Long yang lelaki juga memiliki perangai yang lebih kurang serupa dengan bapaknya. Bapak rintik, anak borek. Eh, bapak borek, anak rintik. Aku yang merupakan satu-satunya anak perempuan mak aku selalu menjadi mangsa mainan perasaan oleh anak2 Pak Long. Ada juga yang cuba untuk mencabuli kehormatan aku walaupun hingus aku masih belum kering. Tapi belum tercabul lagi sehingga sekarang kerana setiap kali aksi itu ingin dilakukan, aku secara otomatiknya akan bertukar menjadi hulkhogen kaler pink. 

Bersambung...

P/S: Ini cerita ar..hanya rekaan semata-mata ok. Takda kena-mengena dengan hidup dan mati aku atau sesiapa sahaja. 

Sunday, July 24, 2011

Berlari berkejaran Part 2

Berlari berkejaran Part 1

Okeh... Kitorang pun naik bot tersebut. Time dalam bot tuh masing2 tengah susah hati sebab bot tuh lembab giler. Memang la, orang naik bot tuh untuk bersantai2 tengok pemandangan tasik kat Mines tuh. Mana ada bot untuk rushing2 nak drift bagai. Aku rasa macam nak pi campak orang yang bawak bot tuh masuk dalam tasik, then aku bawak laju2 bot tuh. Ahah!

Dah slow macam tuh, memang sah2 la tak sempat. So, diorang pun decide untuk tengok Harry Potter yang 3D punye. Demi mamat sihir tuh, diorang sanggup apa saja. Haha. Tapi before beli tiket tuh, ada sesuatu yang berlaku. Tengok nih.

Ni aku pinjam kat Fuuubook jap. Haha. 

(Berlari berkejaran babak 3)
Inilah apa yang berlaku time tuh. Si Ezani boleh pi tinggal beg duit dia lepas bayar tambang bot tuh. Haha. Yela, time tuh tengah rushing. Eheh! So, aku pun pi teman Ezani pi cari beg duit beliau. Siap berlari2 terjun escalator bagai. Habis makcik2 yang tengah naik escalator tuh kitorang rempuh. Eh, tak..tak. Dengan penuh kesopanan dan kesusilaan kitorang mintak izin nak lari dulu. "Makcik, kami tumpang lari jap"  Ha, macam tu lah. Sopan kan? Eh, termelalut lak.

Lebih kurang camni la kitorang lari. 

Ok, pastuh..err..mana tah. Ha, nasib baik pakcik bot tuh ada simpan beg duit Ezani kat kaunter tiket bot tuh. Pakcik tuh pun berkata:

"Lain kali tepuk dulu bontot (sambil menepuk2 bontot beliau), cek tengok beg duit ada tak."
"Baik pakcik..."

So, macam tu lah pengembaraan kitorang pada hari tersebut. Eheh! 
Dah lah, malas da nak buat cerita panjang2. Haha.

P/S: Hidup perlukan pengembaraan. Yeke?

Saturday, July 23, 2011

Berlari berkejaran Part 1

Fuhh.... Penat betul hari nih (Padahal tak penat sangat pun). Hari ni aku follow Ezani ngan Pijo pi Mines. Duit tak seberapa, tapi saja ikut nak jalan2. Diorang nak pi tengok Harry Potter. Aku dah tengok last week, so just jalan je la. Aku tak layan and tak pernah follow pun kisah si mamat sihir tuh. Tapi dah tertengok nak buat macam mana. Haha. Eh, apa tadi? Ouh, ok2. Tapi before kitorang sampai Mines tu kan, kitorang terpaksa menempuh onak duri ranjau bagai. Fuh! Pedih la jgk usus aku. Ikuti pengembaraan kitorang nak pi Mines.


Lepas basuh baju, mandi semua, aku dengan gelabah biawak terus pi campak2 kain kat ampaian. Hebat kan, campak jek. So, kami 3 orang pun dah ready nak kuar. 

Time tunggu bas tuh, lapar la pulak.

(Berlari berkejaran babak 1)

Ezani: Lapar la.. Makan nasik lemak kat kedai tepi tu sempat tak?
Aku: Tu la.. Kang tengah makan, bas sampai. Bawak nasik lemak tuh naik bas sekali. Aku nak beli kueh je la.

Kitorang pun pi order teh ais ngan beli kueh burger malaysia 3 bijik. Lambat pulak akak tuh buat air. Bas dah 2, 3 bijik sampai. Nasib baik bukan bas yang kitorang nak naik. Tetiba bas nak pi Kajang dah sampai. Arghh! Air tak siap lagi. Menggelabah la kejap. Makcik kedai tuh cakap, "Takpe dik, pegi la berambus naik bas tuh. Ni semua makcik kasi free jek." Ok, tak betul. Bertuah kau kalau makcik tuh nak kasi free. Lepas bayar semua, terus pi lari2 bawak teh ais, bawak kuih kejar bas. Sikit lagi nak berciciran. Fuh, nasib baik sempat.


(Berlari berkejaran babak 2)

Sampai Kajang dalam pukul 1 lebih. Wayang Harry Potter pukul 2.10. Sempatkah nak pi Serdang? Ah! Belasah jek. Naik bas pi KTM, then naik KTM, sampai Serdang dalam pukul 2.05. Pijo terus meluru meninggalkan aku dengan Ezani kat belakang. Jalan laju2 yang agaknya boleh mencapai 200km/sejam. Kitorang terus meluru naik bot tanpa bertanya ke mana arah tuju bot tersebut, apatah lagi nak bagi salam. So, rasa2 sempat tak diorang tengok mamat sihir kesayangan diorang tuh? Nanti la aku sambung pengembaraan yang seterusnya. Nak tengok muvi lak. Eheh! Tunggu...




Wednesday, July 20, 2011

Nasib Ayam

Adoi la.. Penat aku macam ni. Asyik batuk terbahak-bahak. Siyes berdengung telinga. Ngeeengg. Tekak pun rasa macam nak tertanggal. Sakit kot. Tak pernah aku sakit tekak sampai tahap macam ni. Mengalir jugak la ayaq mata cek. Pedih wei. Dah makan ubat macam2, tapi takdak efek pun. Adakah aku mengalami komplikasi eh, kompilasi sesuatu penyakit? Nauzubillah..

Actually aku malas nak buat new post, tapi tangan ni gatai jugak nak buat. Aku dah buat banyak, tapi dok dalam draft jak. Sebab belum bersedia untuk tayangan umum. Hihi.

Entahlah nak cerita apa nih. Erm... (pikir jap)

Ok semalam masa aku on da way nak pi kelas, aku nampak ayam 2 ekor dok kat tengah jalan. Kat rumah flat pun ada ayam dok jalan2 tau. Ada untie tuh bela kot. Aku nampak sekor ayam nih dok berdiri kat tengah jalan. Eh, ayam berdiri ke? Err.. Ayam tuh congok jak kat situ. Awat tah. 

Pastuh ada geng budak2 pompuan nak pi kelas macam aku jugak lalu tepi ayam tuh. Salah sorang geng tuh pi tepuk ayam tuh. Dia pi tepuk2 macam tepuk kucing. Ayam tuh buat bodo jak tak gerak2. Sakit kot. Hahah. Aku pun senyum sorang2. Tak tau la ada orang nampak ke tak. Uhuk! Uhuk! (adeh,terbatuk jap)

Pastuh ayam yang lagi sekor dok tercongok tepi jalan. Cam dok garu2 bontot dia. Macam baru lepas berak. Haha. Aku pun sambil lalu usha la menatang tuh. Bongok pi tengok ayam berak. Tapi aku bukan tengok tuh. Usha punya usha, aku nampak cam bontot ayam tuh terkeluar. Hah! Ayam tuh buasirkah? Kesian. Tapi aku tengok ja. Tak tau nak buat apa. Kawan aku pun dah sampai. Aku pun lambat2 melangkah kaki nak pi kelas. Sebelum tuh sempat lagi aku usha ayam yang dok tengah jalan tadi. Erk! Masih di situ. Bagaimanakah nasib binatang2 itu selepas ini?(Aku ingat nak kol Bersamamu suruh interview nasib ayam2 tuh. Tapi lupa lak. Eheh!)


*Gambar ayam buasir tak dapat dilukis kerana terlalu sadis untuk tontonan umum. Harap maklum.


Awat aku pi cerita pasal ayam ni wei?? Ah, lantaklah. Tu menandakan aku berperikebinatangan.

Dah la. Tak larat dah nak taip panjang. Batuk jak sampai bergegar laptop aku.

P/S: Ayam, bermacam ayam. IBU ayam, BAPAK ayam, Ayeem Ayam. Eh, err..

Tuesday, July 19, 2011

Cilakak

Hish, time aku nak buat kerja, internet slow gila babi. Time aku main pesbuk, blogging, or buat benda2 yang lagha, laju pulak. Aku nak buat kerja la wei.. Bukan nak bukak porn site. (Lau bukak laju jek). Ish, syaitonirrajim nih. 

Saturday, July 16, 2011

Hari Tak Best

6.30 am: Alarm fon bunyik. Tekan stop. Tidoq balik.
7.00 am: Baru terhegeh2 nak bangun subuh. Ish3... 
7.30 am: Tidoq balik. Set alarm kul 8.30 am nak bangun tidoq.
8.00 am: Tejaga. Awal lagi. Set alarm kul 9.00 am lak. Tidoq balik. 
9.00 am: Tejaga. Alarm tak bunyi. Terus off alarm. Tidoq balik.
10.00 am: Bangun cepat2 pi basuh baju, cuci jamban, cuci mata, cuci hati, mandi.
11.10 am: Usha housemate, ain adanan. Pastuh senyum.
                aku: ko tak kuar ke ari nih?
                ain: (geleng kepala) ko nak kuar ke?
                aku: tak arh. (senyum)
                Then terus pi sidai kain.
11.20 am: Pi buang sampah.
11. 35 am: Sapu sampah.
11.45 am: Mop lantai.
12.30 pm: Nampak ain. Senyum. 
                ain: boleh lalu ke tak? (tengok kat dapur sebab aku mop kat situ)
                aku: lalu je..
                Then aku pi buat megi.
12.45 pm: Tengok tv.
1.30 pm: Citer habis. Bosan. Baring. Baca novel.
1.45 pm: Ain masuk bilik. Senyum. Dia terus bukak laptop dan layan muvi. Aku still baca novel.
2.30 pm: Dok membaca lagi. Set dalam kepala kul 3 nak berenti baca. Nak pi buat homework lak.
3.00 pm: Sampai bab yang mendebarkan plak novel tuh. Baca lagi. Kul 4 nak berenti baca.
4.00 pm: Tak berenti pun. Baca lagi.
5.12 pm: Baru berenti baca. Bukak laptop. Online.
5.30 pm: Tengok ain.
              aku: ko nak makan tak?
              ain: (tanya aku balik) ko nak makan ke?
              aku: tak lapar lagi. ko?
              ain: aku pun. (sambung tidoq)
6.00 pm: Buat new post kat blog.

Hah! Di sini dapat dilihat bahawa aku tak banyak bercakap hari nih. Hish. Rasa macam tengah tidoq jak. Yang tuh jak dialog aku dengan ain untuk hari ni. Macam orang bisu. Dah la hari minggu. Sepatutnya keluar pi berfoya2. Ahah! Bukan apa. Jimat duit. Hihi. Time baca novel tuh hati aku tak tenang sebenarnya. Dok pikir kerja yang kena buat. (macam aku sorang jak banyak kerja. Hua hua hua)

QS => presentation standard organization (tak paham nak buat)
SDP => buat research example of software failure (tak tau nak cari yang macam mana)
WEB DESIGN => cari web site business online (tolong cari sat. hua hua hua)
PSD => takot nak masuk kelas tuh. hahah

Eh, awat aku pi list semua kerja yang aku kena buat kat sini?? Ah, biar lah. Malas nak delete. Eheh!


7.00 pm: Bermonolog. Eh? dah kul 7?? Cepatnya masa berlalu...

P/S: esok mesti mencari sesuatu yang baru. (kerja aku tak jalan lagi woi.heeee....)

Friday, July 15, 2011

Makan

Tadi pi makan dengan member aku. Kedai dekat2 umah sewa aku jak. Tempat yang kami dok tuh tak dak bumbung. Pastuh hujan. Semua pakat pindah dok atas, tempat yang terlindung daripada hujan la. Dok berasak-asak la dalam tuh. Tak muat. Ada satu jak tempat kosong. Kitorang pun pi dok situ. Adeh, sempit dowh. Bayangkan la meja segi empat tidak tepat tuh kitorang dok 3 orang sebaris. Nak makan pun terpaksa siku orang sebelah. Sikit lagi nak bertumbuk. Time tengah makan tuh, akak pelayan kedai tuh usha jek kitorang makan. Tak tau la beliau dok pikir apa. Sadis kot tengok kami bersempit-sempit camtuh. Ahah!

Time tuh gak ada budak2 kolej dok usha. Awat tah. Bajet muka macam Aliff Satar la. Tapi memang muka dia camtuh pun. Ah, lantak kau la. Maybe aku ngan member aku sorang nih dok usha dia tadi kot. Sebab tuh dia usha balik. Huahuahua! Eh, abaikan.

Bukan tak nak dok depan tuh, tapi dah sempit sangat. Dengan tv lagi kat depan tuh. Orang nak lalu lalang lagi. Eheh!

P/S: Jangan makan kedai time hujan.

Wednesday, July 13, 2011

Sukahatiandalah..

Ok.. Dah tak berapa nak tension da. Hermm.. Ni pasal kemenyampahan. Apa tuh? Sampah? Ah, layan la dulu kalau rajin. Huahuahua.....


Aku tau mostly setiap orang ada pasangan masing2, tak kira lah aweks, balaks, suamis, isteris, tunangs, skandals..eh, tu dikira pasangan ke?? Err... Actually tadi aku ada baca blog cik kak nih. Beliau dok cerita pasal pakwe beliau jak 24 jam 7 hari. Honestly nyampah baca pasal kesah chenta orang. Aku memang tak suka pun. Kalau sikit2 tuh boleh la. Dulu aku ada follow beliau. Tapi dah stop follow sebab malas tengok dok update pasal pakwe beliau. Kejam kan aku nih. Hihih. Yela, bagi aku nak cerita kat semua orang tuh, sikit2 dah la. Adoi.. Ni every minute, every second, every hour of the day iyiyi...eh, ternyanyi lagu cody simpson lak. Eheh! Ok sambung balik. Kalau boleh setiap saat yang berdetik nak cerita pasal pakwe beliau. Haih!

Pastuh tadi saja usha jap blog cik kak tuh, nak tengok ada lagi tak dok update pasal pakwe beliau. Aah, memang ada pun. Hahah. Tapi baca jugak aku nih. Usha punya usha, aku terbaca entry nih tajuk dia "korang suka ke menyampah?". Wahahahah! Cam beliau tau2 jak yang aku dok nyampah kat entry2 beliau pasal pakwenya. 

Lepas aku baca sat, patut la. Dalam blog beliau memang 90% pasal pakwe beliau jak. Hihihi. Pastuh aku baca komen2 entry tuh. Pakat bagi support la. Ada yang kata, "x kisah, blog kita.. suka hati kita lar kan? hehehe!" dan "bg sy, kalo org x suke, xpyh bace.. blog kite, suke ati laa.. hi3.."

Ok.. Ada betul komen2 tuh. So, tak jadi lah aku nak nyampah sangat kan. Betol la, blog beliau, lantak beliau lah. Kalau tak suka, tak payah baca. Daripada baca, tapi dok mengutuk macam2. Ye dok. Fine, aku tak nak baca dah beliau punya blog. Huahuahua. Jahatnya kamooo...

Haa.. Ada lagi nih. Tadi kat blog, ok lagi. Ni kat fesbuk pulak. Adoi. Suka depa dok becinta dalam tuh. Tahniah2. Ni lagi satu aku nyampah. Hari2 dok update status pasal pasangan memasing. Tag2 nama their lover. Pastuh share kat satu dunia. Orait then. Nak remove friend, tak sampai hati pulak kan. Hahaha! Busuk hati betul la kau nih juzme. 

Satu lagi yang baru kawen tuh. Aduh.. Dah kawen tuh dah la. Ni dok update status setiap benda yang diorang buat lepas kawen. Cuma diorang beromen jak tak gitau. Kuang3. Ish, awat aku jahat sangat ari nih woi! Syaitonirrojim nih. Astaga.. Tapi post jugak entry nih. Huhuh. 



Tapi bila pikir2 balik, suka hati diorang lah nak buat apa pun. Hidup diorang. Diorang tak kacau aku pun kan. Tak perlulah nak menyampah bagai sampai membawa kepada perbuatan mengumpat. Ish3.. Biasalah manusia, ada je yang tak kena dengan orang tu, orang ni. Sikit punya hal pun nak dijadikan isu. Huhuh. Life must go on. Eh, ada kena mengena ke? Err.. Tapi kan, honestly, kalau aku jadi diorang, maybe aku pun akan buat benda sama. Huahuahua.. lol (first time guna perkataan lol)

P/S: Betolkan diri sendiri dulu sebelum nak betolkan orang lain.

Grrr....



Arghh... Adoi... Tension... Tension.. Help.. Help..

P/S: Tiada pesanan.

Monday, July 11, 2011

Tak Gembira

Hermmm... hari nih hari first masuk kelas. Demm! Hari first je dah kena pikir banyak benda. Haih.. Biasa la, dah nama pun student. Aku ngah kusut sebenarnya. Kalau nak story mory dengan orang pun, mesti orang akan cakap camni "Alah ko ni... macam tak biasa pulak. Dah sem last kan. Nak kusut musut semua tuh perkara biasa la weh. Kecoh la lu. Lek ar.

Yes, i know it. But, dah aku tak happy, nak buat macam mana. Selalunya sem baru, permulaan baru, kena la happy2 kan. Dapat jumpa member2. Mesra2 macam selalu. Ok memang mesra pun. Lagipun salah sorang member aku satu kelas dengan aku sem ni. Kira ada member la jugak dalam kelas tuh. Selalunya dalam kelas aku sensorang jek. Yang lain semua dah ada member masing2. Tapi kata beliau, bosan dok kelas tuh. Memang pun. Cian pun ada jugak sebab terpisah dengan sahabat2 beliau yang lain. Sabor ye ciksukesenyum. Saya tak bersalah. Eheh!

Actually, mood aku untuk bergurau hari ni agak kureng sikit. Banyak benda dok pikir nih. Hermm.. Aku memang seorang yang banyak pikir walaupun benda tuh sikit punya hal. Sebab tuh aku diam jak time kawan2 aku dok nyembang tadi. Pastuh lepas satu, satu benda yang membuatkan aku tak gembira. Tak perlulah diceritakan kat sini. Benda kecik je pun. Saja nak kecoh2. Huhuh

Camni la time aku ngah berpikir lam kelas. Tengah2 tuh ciksukesenyum yang kebosanan. Sebelah tuh kin yang bizi ngan henfon touch skrin beliau. Heheh. Sori guys, juz kidding ok:)

Dah la tu. Takdak mood nak mencarut panjang2. Aku nak tenangkan fikiran jap. Lalalala~~

Eh jap. Gembira sikit sebab dapat hadiah for my belated bufday. Wakakaka! Tankz my fwens... I love you. Muahx!3x

JENG JE JENG.....



Ok.. itu saja lah..

P/S: Redha dengan setiap apa yang berlaku dan terimalah semuanya dengan hati yang tenang. InsyaAllah, boleh menghadapinya dengan penuh kesabaran. Kuatkan semangat. Hidup mesti diteruskan. (Macam orang sakit nak mati lak)

Sunday, July 10, 2011

Masyamnyew....auww~~

Ni lah benda tuh. Abaikan background yang cantik tuh.

Ermm... Nak minum vitagen lah. Dak umah aku bagi. Ah, straw ilang. Koyak jek mulut botol tersebut. Dan pecahkan selaput zink yang ada. Err.. Lain macam je aku rasa. Huahuahua. Then minum lah cecair oren tersebut. Mmmm~~~ Erk!


Memang la masyam, sebab tak simpan dalam peti sejuk eh peti ais eh, sama je kan. Eheh. 

P/S: Aku tak dak idea sebenarnya nak post entry. Tapi gigih nak post jugak. Kuang3

Friday, July 8, 2011

Pedih


Ni semua pasal bangun pepagi, tak mandi lagi (ops,kantoi), pastuh ngadap laptop. Pastuh dok wat menatang nih sama. (Aku memang gigih). Dok tunggu nak register tuh la. Semalam tido lambat. Kepala dah pening dah. Ahh~~~



Adoi la..

Herm...tadi dah daftar semester baru. Macam biasa la daftar tuh. Takde apa yang best pun. Serabot ada la. Yang menyerabotkan aku bukan pasal tuh, tapi pasal nak daftar subjek. Grrr..




P/S: Ayuh kembali ke kolej

Wednesday, July 6, 2011

Tidur dan Tidur

Arghh...  Penat woo 8 jam dok lam bas. Padahal bukan aku yang bawak bas. Ahah! Herm, akhirnya dah sampai kat tempat aku belajo.. Hehe. 

Dok dalam bas tadi aku tidur je sepanjang perjalanan tuh. Sampai nak tercabut tudung aku. Kalau ikutkan hati, aku nak bukak terus je tudung tuh. Tapi ada mamat lak kat sebelah aku. Tak jadi lah. 


Sedor2 dah sampai Kajang. Adeh. First time sampai awal giler siot. Pukul 5.29 am aku sampai. Perghh.. Selalu dalam pukul 6.30 am baru sampai. Awal sejam lak. Subuh pun tak masuk lagi. Aku pun pi cari surau dan meringkuk dalam tuh kejap sementara tunggu waktu subuh. 

Lepas subuh, aku pun blah la nak pi Metro Kajang pulak. Naik bas mini jek. Pastuh naik bas City Liner pulak nak balik Beranang. Masa on da way nak balik Beranang tuh, memang ngantuk gila babi derr. Terlentok2 aku dalam bas. Mak cik kat sebelah aku tengok je aku. Arghh! Malunya. Nasib baik mak cik yang tengok. Eheh! Uncle driver bas tuh pulak dok borak rancak punya dengan member seantero beliau kat depan tuh. Aku dok seat depan time tuh. Menyembor air liur diorang borak. Cisss!



Sampai2 jek umah sewa aku, terus aku tidur tak ingat apa dah. Sampai lupa nak gitau mak aku yang aku dah sampai. Eheh! Pastuh bangun2 jek terus on9. Then tengah pening2 macam orang mabuk tuh, terbukak gambar bogel. Wakaka. Ok tak betul. Bukak pesbuk dengan baca blog jak. Ingat nak update tadi je. Tapi tengah pening2 lagi. Kang termencarut yang bukan2 pulak. Kuang3.



Dah la tu. Aku dah ngantuk ler. Ish, ngantuk lagi. Tadi dah tidur berjam2 dah. Eheh! 

P/S: Hobi saya tidur dalam bas 

Monday, July 4, 2011

Nak Mula Hidup Baru

Eheh! Hidup baru tuh bukannya aku nak kawen ke apa. Aku nak kena mula hidup baru sebagai student kolej aku. Yela, dah nak masuk part 7 da. Huiyoo... Bukan repeat ek. So, sem nih last aku kat kolej tersayang tuh. InsyaAllah... 

Malam nih aku nak bertolak balik Beranang dah. Malas, gumbira, eksaited, risau, takot, gelisah, suka, duka , lara semua ada. Tak tau la cek. Barang2 pun tak packing lagi. Sebok dok update blog dulu. Huhu. 

Tadi aku dah pi visit tok aku. Dok macam tu la. Tapi kurang sikit kot. Kesian aku tengok beliau. Tak sempat nak jumpa lama2. Sedih lak. Sob2.

Hermm... Tak tau nak taip pa dah. Bila nak balik Beranang ja, mesti rasa macam ni. Tapi bila dah sampai sana, dah tak ingat nak balik dah. Ish3

Kat Beranang nanti akan bermula la rutin busy aku. (Busy la sangat. Haha) Serius wey aku akan busy nak mati. Dah la final sem. Belum final sem pun dah nak putus nafas. Huk3. 



Dah la sikit2. Tak tau dah nak mencarut apa. Nak update status kat pesbuk kata nak balik da pun malas. Bosan la pesbuk. Macam ada sumthing missing. Apa ek??Ah lantaklah.

P/S: Gud bye kawan2 kat peghelih. Tata cik lia, cik kompas. Eheh! Nanti komen2 la blog aku noh. I'll komen u back. Aku kena balik cepat untuk belajar rerajin dan meronggeng sesuka hati. Har har har

Sunday, July 3, 2011

Tok aku, Kunci, dan JPA (Jabatan Pertahanan Awam)

Petang tadi tengah dok main dengan anak buah aku, tetiba sepupu aku datang. Dia gitau yang tok aku sakit tak leh bangun. Mak aku pun risau la tak tau nak bawak pi sepital macam mana. Yela, takdak kereta. Takkan nak bawak naik moto pulak. Abang aku ada la kereta. Tapi beliau dengan anak bini beliau macam nak bergegas balik umah diorang lak. "Abang ni, apa salahnya tolong hantaq tok pi sepital sat" Aku bermonolog ja dalam hati. Malas nak cakap. Biarlah. Diorang sibuk kot. (Bersangka baik). Ish, time2 ni nombor telefon embulen pulak berapa tah. Dok konpius dengan nombor polis dan bomba. (Nampak sangat tak prihatin dengan benda2 tuh semua. Huhu)

Lepas abang aku dan anak bini beliau balik, aku ngan mak aku pun siap2 la nak pi tengok tok aku. Pastuh boleh pulak aku tertinggal kunci dalam bilik yang aku dah kunci. Demm! So, biarla dulu. Tok aku lebih penting. 

Sampai ja umah tok, ada pak lang aku dengan tokwan aku dok lawan tengok tok tak tau nak buat macam mana. Haish. Pastuh aku tengok tok aku. Ulp! Jadi cuak. Yela, tok aku tengah mengerang kesakitan yang amat sambil mengerekot. Sakit perut macam sesak dada katanya. Adeh, camna nih?? Pastuh pak lang aku bagi nombor JPA. Mak aku tepon la. Aku lak balik umah aku jap. Nak amik lesen dengan IC aku. Kot2 aku kena bawak moto pi sepital. Tadi tak bawak siap2 sebab bilik terkunci. And semua benda dok dalam bilik. 

Balik ja umah, aku terus pi capai tangga. Nak buat apa lagi, nak panjat bilik aku la wei. Tak pasal2 jadi perompak rumah sendiri. Bilik aku takdak siling lagi. So, panjat ikut lubang atas tu la. Ish, payah kot nak buat semua tuh sorang2. Dah nak fedup da. Kalau fedup, memang aku dok atas tuh tak turun2. Uwaaa! Kalau silap langkah, memang malang la aku wei. Silap2 dengan aku2 sekali pi sepital. Lepas berjaya menjadi perompak, aku ambik la apa yang patut. Tetiba aku nampak van JPA dok depan umah aku dah. Van tuh lebih kurang macam van embulen. Adoi, satu hal lagi. (Silap alamat) Bukan rumah saya la bang, rumah tok saya. 


So, dengan bangga dan bongkaknya terpaksa la aku bawak moto cam polis pengiring untuk mengiring van tersebut menuju umah tok aku. Aku tak naik dengan diorang sebab nanti nak balik umah naik apa pulak. Nasib baik tak bunyik macam embulen tuh. Kalau tak, malu gak sikit2. Eheh! 



So, itulah pengembaraan aku hari ini. Tok aku kena tahan kat balai, eh kat sepital. Kena masuk wad. Rupa2nya kandungan gula naik terlampau tinggi dalam darah. Tok aku ada kencing manis. Biasa la orang tua2. Kalau tak bawak pi sepital cepat, maybe tok aku boleh koma. Nasib baik abang JPA cepat walaupun salah umah. Mekasih. Eheh! 



Wey kau juzme. Sempat lagi dok snap pic. Cucu derhaka betoi. Ahah!

Eh, tak habis lagi. Pastuh jiran2 aku sebok tanya siapa yang sakit. Sebab diorang nampak van JPA dok menyala2 kat depan umah aku. Aku pun tanpa rasa bersalah cakap la, "Saya la. Tetiba rasa nak terberanak tadi" Wakaka! Ok aku tak cakap pun.

P/S: Jangan konpius2 nombor embulen, polis ngan bomba dan satu lagi pastikan kunci kat tangan before kunci pintu. (Aku selalu tetinggal kunci dalam loker time dok hostel dulu. Ish3..)

Saturday, July 2, 2011

Pekikan Hari-Hari

Semalam aku pi kedai baju Hari-Hari. Masa aku nak masuk tuh, ada pekerja dia dok tercongok depan tuh. Elok ja aku melangkah masuk kedai tuh, tetiba satu suara memekik ala2 Ziana Zain tengah feeling nyanyi. "Selamat datangggg!!!!!" opocot mak hang. Terkejut jap aku kat situ sampai nak tersedak air liur. Pekerja tu lah sambut pelanggan. Kalau macam tu la aku rasa bila orang cecah kaki je kat situ, terus patah balik. Tapi aku teuskan jugak melangkah masuk. Kalau tak, nampak sangat aku menghina beliau.

Tengah kusyuk dok belek2 baju dalam kedai tuh, tetiba terdengar lagi pekikan yang kurang enak tersebut. Aku pun terkejut untuk kali kedua lalu aku terpandang mak cik kat sebelah aku. Mak cik tuh pun pandang aku balik dan kami pun gelak guling2 secara berjemaah hingga tunggang terbalik baju2 kat situ. Ok tak betul pun. Tapi memang kami gelak guling2...dalam hati je. Har har har. 

Lepas habis shopping kat kedai hari2 tersebut, aku pun nak balik la. Ye la takkan nak tidur kat situ kot. Elok je melangkah keluar, tetiba "Mekasih.... Datang lagi!!!!" Erk! pekerja kedai tuh memekik lagi. Hish, diorang memang diajar macam tuh ke untuk layan customer?? Tak paham aku. Rasa macam kena sergah ngan kuntilanak jek. Kuang3.

P/S: Berlemah lembut lebih afdal

Hidup Berkawan (entri serius.sapa gelak kepala senget)

Ok.. Erm.. Macam mana tah nak mula. (@_@)

Ok actually aku tak berkenan dengan berkawan secara berpuak nih. Atau nak lebih paham lagi, kawan ikut geng. Tak mesra alam. Ye la dah puak ni dok buat hal diorang, puak tu dok buat hal macam ni. Not gud.. Not gud.. Bila terpaksa berpisah, mula la tak boleh hidup sebab dah terbiasa dengan orang tu ja.
Kadang2 geng A dok kata kat geng B, geng B dok fitnah geng C. Macam tu lah dan seterusnya.

Aku tak suka sangat bergeng2. Aku kawan jak dengan semua orang. Kawan baik pun ntah la. Tak tau lah siapa yang betul2 baik2. Everybody is not perfect. Ada kekurangan, ada kelebihan. Sebab tu aku tak mau classifykan kawan2 aku sama ada dia ni geng aku atau tak. Bagi aku semua orang sama ja. Aku terima je siapa yang nak berkawan dengan aku. Janji hang best sudah. Kalau tak best pun terima jugaklah. Tapi tak berapa nak iklas. Hihihi

Kadang2 ada kawan aku yang terlalu percayakan aku. Ah, aku sendiri pun tak percaya dengan diri aku. Ini kan orang lain. Tapi tak tau la pasaipa depa dok percaya kat aku sangat. Aku rasa aku tak cukup baik pun. Har har har. Dah la. Nak buat benda lain pulak.


P/S: Terimalah aku seadanya

Friday, July 1, 2011

Tak da Mood Arr

Hemm... Takdak mood hari nih. Cemuih! Kalau orang tetiba layan tak layan hampa tanpa sebab, tak sakit hati ke? Aku sakit wooo.... Aku dah layan dia dengan penuh kasih sayang, dia buat macam ni kat aku. Hish, buat baik dibalas taik. Serius tak dak semangat aku malam ni wei...


Terbantut niat aku tak nak buat entri sedih or yang berkaitan ngan hati dan perasaan. Tapi dah tak tau nak luah kat mana. Sob2 :(

P/S: Hargailah seseorang itu sebaik-baiknya

Mesra Alam

Ah, mesranya kau.. I like! Auw~~~

Eh, tu dah lain macam da. Hahah. Point aku just nak gitau aku memang mesra orangnya. Ala, macam kucing lapaq nak mintak makanan tuh. Nampak ja orang terus gesel2. Eh, tapi aku tak gesel2 ek. Itu kucing, aku manusia. Hahaha.

Tapi kalau dah terlebih mesra, masalah jugak. Sebab orang akan pikir macam2 dan ini akan membawa pandangan negatif dalam kalangan masyarakat. (Macam nak buat karangan sekolah menengah lak)

Ada sesetengah orang tak suka dengan cara aku. Maybe sebab aku suka memanjakan kawan2 aku kot. Ahah! Gila kau juzme. Ada yang nak ugut aku dengan kepala khinzir kalau aku dok mesra lebih2. Ok tak betul pun.

Budak A: Hish, si juzme tuh pasaipa hah? Dok ramah mesra dengan aku. Pastuh dok buat comey depan aku. Dia syok kat aku ka weh??
Budak B: Hang ni.. Toksah dok perasan sangat la. Hang bukan comey pun. Dia memang macam tu la. Dengan semua orang pun dia macam tuh.


ini bukan pasangan sejenis

Kalau orang tak kenal aku, nampak macam aku ni crius orangnya. Ye dok? Ngeri jak tengok aku. Yela kalau orang tuh pun dok buat muka ketat macam lepat liat jak, takdak mood la aku weh. Pastuh dok kata aku garang. Tumbuk kang! Aku garang??? wakakakakkakahkahkah!!!

P/S: Teman tapi mesra
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...