Sunday, July 3, 2011

Tok aku, Kunci, dan JPA (Jabatan Pertahanan Awam)

Petang tadi tengah dok main dengan anak buah aku, tetiba sepupu aku datang. Dia gitau yang tok aku sakit tak leh bangun. Mak aku pun risau la tak tau nak bawak pi sepital macam mana. Yela, takdak kereta. Takkan nak bawak naik moto pulak. Abang aku ada la kereta. Tapi beliau dengan anak bini beliau macam nak bergegas balik umah diorang lak. "Abang ni, apa salahnya tolong hantaq tok pi sepital sat" Aku bermonolog ja dalam hati. Malas nak cakap. Biarlah. Diorang sibuk kot. (Bersangka baik). Ish, time2 ni nombor telefon embulen pulak berapa tah. Dok konpius dengan nombor polis dan bomba. (Nampak sangat tak prihatin dengan benda2 tuh semua. Huhu)

Lepas abang aku dan anak bini beliau balik, aku ngan mak aku pun siap2 la nak pi tengok tok aku. Pastuh boleh pulak aku tertinggal kunci dalam bilik yang aku dah kunci. Demm! So, biarla dulu. Tok aku lebih penting. 

Sampai ja umah tok, ada pak lang aku dengan tokwan aku dok lawan tengok tok tak tau nak buat macam mana. Haish. Pastuh aku tengok tok aku. Ulp! Jadi cuak. Yela, tok aku tengah mengerang kesakitan yang amat sambil mengerekot. Sakit perut macam sesak dada katanya. Adeh, camna nih?? Pastuh pak lang aku bagi nombor JPA. Mak aku tepon la. Aku lak balik umah aku jap. Nak amik lesen dengan IC aku. Kot2 aku kena bawak moto pi sepital. Tadi tak bawak siap2 sebab bilik terkunci. And semua benda dok dalam bilik. 

Balik ja umah, aku terus pi capai tangga. Nak buat apa lagi, nak panjat bilik aku la wei. Tak pasal2 jadi perompak rumah sendiri. Bilik aku takdak siling lagi. So, panjat ikut lubang atas tu la. Ish, payah kot nak buat semua tuh sorang2. Dah nak fedup da. Kalau fedup, memang aku dok atas tuh tak turun2. Uwaaa! Kalau silap langkah, memang malang la aku wei. Silap2 dengan aku2 sekali pi sepital. Lepas berjaya menjadi perompak, aku ambik la apa yang patut. Tetiba aku nampak van JPA dok depan umah aku dah. Van tuh lebih kurang macam van embulen. Adoi, satu hal lagi. (Silap alamat) Bukan rumah saya la bang, rumah tok saya. 


So, dengan bangga dan bongkaknya terpaksa la aku bawak moto cam polis pengiring untuk mengiring van tersebut menuju umah tok aku. Aku tak naik dengan diorang sebab nanti nak balik umah naik apa pulak. Nasib baik tak bunyik macam embulen tuh. Kalau tak, malu gak sikit2. Eheh! 



So, itulah pengembaraan aku hari ini. Tok aku kena tahan kat balai, eh kat sepital. Kena masuk wad. Rupa2nya kandungan gula naik terlampau tinggi dalam darah. Tok aku ada kencing manis. Biasa la orang tua2. Kalau tak bawak pi sepital cepat, maybe tok aku boleh koma. Nasib baik abang JPA cepat walaupun salah umah. Mekasih. Eheh! 



Wey kau juzme. Sempat lagi dok snap pic. Cucu derhaka betoi. Ahah!

Eh, tak habis lagi. Pastuh jiran2 aku sebok tanya siapa yang sakit. Sebab diorang nampak van JPA dok menyala2 kat depan umah aku. Aku pun tanpa rasa bersalah cakap la, "Saya la. Tetiba rasa nak terberanak tadi" Wakaka! Ok aku tak cakap pun.

P/S: Jangan konpius2 nombor embulen, polis ngan bomba dan satu lagi pastikan kunci kat tangan before kunci pintu. (Aku selalu tetinggal kunci dalam loker time dok hostel dulu. Ish3..)

4 comments:

cik kompas said...

aku guling2 tgk pic hat ang iring van JPA 2...jemmmmm,lawak ngommmm...hahahahahahahahaha.......

Cik Lia said...

aku bagi A kt gmb ang lead van tu..haha.helmet bulat cam kelemboi..

juzMe said...

cik kompas,mula2 aku xrasa nak gelak tgok gmbaq tuh.lpas hg kta gitu,aku tgok la balik.aku pun guling2 sama.kuang3

mkasih cikgu lia.tu kan helmet cap kelemboi hg yang dok minat dulu...hahah

yanayo said...

aku pun gelak gak woi.... hhahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...