Wednesday, July 13, 2011

Sukahatiandalah..

Ok.. Dah tak berapa nak tension da. Hermm.. Ni pasal kemenyampahan. Apa tuh? Sampah? Ah, layan la dulu kalau rajin. Huahuahua.....


Aku tau mostly setiap orang ada pasangan masing2, tak kira lah aweks, balaks, suamis, isteris, tunangs, skandals..eh, tu dikira pasangan ke?? Err... Actually tadi aku ada baca blog cik kak nih. Beliau dok cerita pasal pakwe beliau jak 24 jam 7 hari. Honestly nyampah baca pasal kesah chenta orang. Aku memang tak suka pun. Kalau sikit2 tuh boleh la. Dulu aku ada follow beliau. Tapi dah stop follow sebab malas tengok dok update pasal pakwe beliau. Kejam kan aku nih. Hihih. Yela, bagi aku nak cerita kat semua orang tuh, sikit2 dah la. Adoi.. Ni every minute, every second, every hour of the day iyiyi...eh, ternyanyi lagu cody simpson lak. Eheh! Ok sambung balik. Kalau boleh setiap saat yang berdetik nak cerita pasal pakwe beliau. Haih!

Pastuh tadi saja usha jap blog cik kak tuh, nak tengok ada lagi tak dok update pasal pakwe beliau. Aah, memang ada pun. Hahah. Tapi baca jugak aku nih. Usha punya usha, aku terbaca entry nih tajuk dia "korang suka ke menyampah?". Wahahahah! Cam beliau tau2 jak yang aku dok nyampah kat entry2 beliau pasal pakwenya. 

Lepas aku baca sat, patut la. Dalam blog beliau memang 90% pasal pakwe beliau jak. Hihihi. Pastuh aku baca komen2 entry tuh. Pakat bagi support la. Ada yang kata, "x kisah, blog kita.. suka hati kita lar kan? hehehe!" dan "bg sy, kalo org x suke, xpyh bace.. blog kite, suke ati laa.. hi3.."

Ok.. Ada betul komen2 tuh. So, tak jadi lah aku nak nyampah sangat kan. Betol la, blog beliau, lantak beliau lah. Kalau tak suka, tak payah baca. Daripada baca, tapi dok mengutuk macam2. Ye dok. Fine, aku tak nak baca dah beliau punya blog. Huahuahua. Jahatnya kamooo...

Haa.. Ada lagi nih. Tadi kat blog, ok lagi. Ni kat fesbuk pulak. Adoi. Suka depa dok becinta dalam tuh. Tahniah2. Ni lagi satu aku nyampah. Hari2 dok update status pasal pasangan memasing. Tag2 nama their lover. Pastuh share kat satu dunia. Orait then. Nak remove friend, tak sampai hati pulak kan. Hahaha! Busuk hati betul la kau nih juzme. 

Satu lagi yang baru kawen tuh. Aduh.. Dah kawen tuh dah la. Ni dok update status setiap benda yang diorang buat lepas kawen. Cuma diorang beromen jak tak gitau. Kuang3. Ish, awat aku jahat sangat ari nih woi! Syaitonirrojim nih. Astaga.. Tapi post jugak entry nih. Huhuh. 



Tapi bila pikir2 balik, suka hati diorang lah nak buat apa pun. Hidup diorang. Diorang tak kacau aku pun kan. Tak perlulah nak menyampah bagai sampai membawa kepada perbuatan mengumpat. Ish3.. Biasalah manusia, ada je yang tak kena dengan orang tu, orang ni. Sikit punya hal pun nak dijadikan isu. Huhuh. Life must go on. Eh, ada kena mengena ke? Err.. Tapi kan, honestly, kalau aku jadi diorang, maybe aku pun akan buat benda sama. Huahuahua.. lol (first time guna perkataan lol)

P/S: Betolkan diri sendiri dulu sebelum nak betolkan orang lain.

2 comments:

cik kompas said...

blogger pertama tuh aku kenal sapa....hahahahaahahahahaha....

wey, ajaq aku cara nak wat yang kat atas blog tuh....

awat aku letak gambaq asyik besaq ja..

juzMe said...

cik kompas: aku tau...aku nmpak dlm blog list hg..huhuhu...

hg kna crop dulu gmbaq bg kecik siap2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...