Wednesday, July 20, 2011

Nasib Ayam

Adoi la.. Penat aku macam ni. Asyik batuk terbahak-bahak. Siyes berdengung telinga. Ngeeengg. Tekak pun rasa macam nak tertanggal. Sakit kot. Tak pernah aku sakit tekak sampai tahap macam ni. Mengalir jugak la ayaq mata cek. Pedih wei. Dah makan ubat macam2, tapi takdak efek pun. Adakah aku mengalami komplikasi eh, kompilasi sesuatu penyakit? Nauzubillah..

Actually aku malas nak buat new post, tapi tangan ni gatai jugak nak buat. Aku dah buat banyak, tapi dok dalam draft jak. Sebab belum bersedia untuk tayangan umum. Hihi.

Entahlah nak cerita apa nih. Erm... (pikir jap)

Ok semalam masa aku on da way nak pi kelas, aku nampak ayam 2 ekor dok kat tengah jalan. Kat rumah flat pun ada ayam dok jalan2 tau. Ada untie tuh bela kot. Aku nampak sekor ayam nih dok berdiri kat tengah jalan. Eh, ayam berdiri ke? Err.. Ayam tuh congok jak kat situ. Awat tah. 

Pastuh ada geng budak2 pompuan nak pi kelas macam aku jugak lalu tepi ayam tuh. Salah sorang geng tuh pi tepuk ayam tuh. Dia pi tepuk2 macam tepuk kucing. Ayam tuh buat bodo jak tak gerak2. Sakit kot. Hahah. Aku pun senyum sorang2. Tak tau la ada orang nampak ke tak. Uhuk! Uhuk! (adeh,terbatuk jap)

Pastuh ayam yang lagi sekor dok tercongok tepi jalan. Cam dok garu2 bontot dia. Macam baru lepas berak. Haha. Aku pun sambil lalu usha la menatang tuh. Bongok pi tengok ayam berak. Tapi aku bukan tengok tuh. Usha punya usha, aku nampak cam bontot ayam tuh terkeluar. Hah! Ayam tuh buasirkah? Kesian. Tapi aku tengok ja. Tak tau nak buat apa. Kawan aku pun dah sampai. Aku pun lambat2 melangkah kaki nak pi kelas. Sebelum tuh sempat lagi aku usha ayam yang dok tengah jalan tadi. Erk! Masih di situ. Bagaimanakah nasib binatang2 itu selepas ini?(Aku ingat nak kol Bersamamu suruh interview nasib ayam2 tuh. Tapi lupa lak. Eheh!)


*Gambar ayam buasir tak dapat dilukis kerana terlalu sadis untuk tontonan umum. Harap maklum.


Awat aku pi cerita pasal ayam ni wei?? Ah, lantaklah. Tu menandakan aku berperikebinatangan.

Dah la. Tak larat dah nak taip panjang. Batuk jak sampai bergegar laptop aku.

P/S: Ayam, bermacam ayam. IBU ayam, BAPAK ayam, Ayeem Ayam. Eh, err..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...