Saturday, July 2, 2011

Pekikan Hari-Hari

Semalam aku pi kedai baju Hari-Hari. Masa aku nak masuk tuh, ada pekerja dia dok tercongok depan tuh. Elok ja aku melangkah masuk kedai tuh, tetiba satu suara memekik ala2 Ziana Zain tengah feeling nyanyi. "Selamat datangggg!!!!!" opocot mak hang. Terkejut jap aku kat situ sampai nak tersedak air liur. Pekerja tu lah sambut pelanggan. Kalau macam tu la aku rasa bila orang cecah kaki je kat situ, terus patah balik. Tapi aku teuskan jugak melangkah masuk. Kalau tak, nampak sangat aku menghina beliau.

Tengah kusyuk dok belek2 baju dalam kedai tuh, tetiba terdengar lagi pekikan yang kurang enak tersebut. Aku pun terkejut untuk kali kedua lalu aku terpandang mak cik kat sebelah aku. Mak cik tuh pun pandang aku balik dan kami pun gelak guling2 secara berjemaah hingga tunggang terbalik baju2 kat situ. Ok tak betul pun. Tapi memang kami gelak guling2...dalam hati je. Har har har. 

Lepas habis shopping kat kedai hari2 tersebut, aku pun nak balik la. Ye la takkan nak tidur kat situ kot. Elok je melangkah keluar, tetiba "Mekasih.... Datang lagi!!!!" Erk! pekerja kedai tuh memekik lagi. Hish, diorang memang diajar macam tuh ke untuk layan customer?? Tak paham aku. Rasa macam kena sergah ngan kuntilanak jek. Kuang3.

P/S: Berlemah lembut lebih afdal

4 comments:

Nurul Ashikin bt Azizan said...

hehehhe,,tik per kate ko g blik kdai tu ckp.nice la cara uols smbut customers cmtu lau yg ad skit jntung xke naya kekekek

cik kompas said...

hari-hari mana? ang ni macam dh bertaun xmasuk hari-hari....depa pnya trademark mmg gitu...kalau kt kangar,bkn sorg ja yg tempik selmat datang...semua pekerja dlm 2 menjerit sama2.kalu xsama lagi la mengganggu org...

juzMe said...

cik kompas: kangaq la..tau dah depa dok menjerit lagu tu..saja nk buat ceta.hg ni..mcm pasukan sorak dah aku tengok.huhuh

(tapi memang bertaun pn aku xpi situ.har har har)

yanayo said...

haha.. aku masuk kat arau punya.. arau dah la dua tingkat.. elok aku masuk bukan stakat yg bwh, ats skali join... gua tekejut beb... pasni aku nak pi main2 wat kluar masok hari2 tu.. biaq mulut depa letih kat a selamat datiang... hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...